Skip to main content

FaceTime Jadi Taruhan iPad 2


Setelah berjaya diadaptasikan ke iPhone 4, iPod Touch, dan komputer/laptop Mac, FaceTime mulai diperkenalkan pula di iPad 2. Tak menghairankan jika Apple begitu ghairah mengenalkan aplikasi ini. FaceTime bukanlah sesuatu yang baru di dunia telekomunikasi selular. Sejak pertama kali jaringan 3G diperkenalkan, video call menjadi medium komunikasi paling menonjol. Namun faktanya, medium ini tidak terlalu banyak digunakan oleh pengguna. Apatah lagi kualiti jaringan yang seringkali tergendala disamping mengenakan caj yang agak mahal.






Namun, video call versi Apple punya cara tersendiri. FaceTime yang pertama kali diperkenalkan di iPhone 4 memanfaatkan internet sebagai media. Jadi, secara tidak langsung ia menggunakan jaringan komunikasi seperti mana video call 3G yang sering difahami. Melalui VoIP (Voice over Internet Protocol) inilah FaceTime berfungsi. Ia paling kurang menggabungkan empat teknologi dalam satu pakej. Antara lain coding decoding yang menggunakan format H-264 dan ACC. Kemudian protocol untuk proses signal memakai SIP (Session Initiation Protocol) dan IETF (Internet Engineering Task Force). Sementara untuk traversing firewall dan NAT, memakai STUN, TURN, dan ICE. Selanjutnya untuk proses real-time dan encryption streaming media melalui VoIP memanfaatkan RTP dan SRTP. (Faham tak? kalu tak paham, buat-buat paham jelah)


Dalam format iPad, FaceTime menjadi lebih menarik, kerana ukuran imej rakan bualan kita dapat diset pada skrin seluas 9.7 inci. Walaupun sebenarnya jika memakai komputer Mac, ia bahkan jauh lebih besar lagi. Perkara inilah yang tidak dimiliki oleh kemudahan video chat lain yang umumnya hanya beresolusi kecil dan tampak kecil di skrin komputer.


FaceTime yang dibeli Apple dari syarikat bernama FaceTime Communication ini sangat mudah digunakan. Pengguna hanya perlu memiliki ID Apple untuk menggunakannya. Dengan daftar kenalan yang sudah tersedia di dalam sistem, kita akan mudah mencari rakan berbual.


Bagi Apple, FaceTime merupakan sebuah aplikasi multi-device. Oleh sebab itu, pemakaian FaceTime boleh digunakan oleh semua gadjet keluaran Apple, tidak terhad antara iPad dan iPad sahaja. Ia boleh digunakan juga ke Mac, iPhone, mahupun iPod Touch generasi terbaru.


Kerana berteraskan internet, aplikasi ini dapat dihubungkan ke server melalui jaringan Wi-Fi mahupun jaringan selular. Namun, sejak awal lagi Steve Jobs(pengasas Apple) sudah mengatakan bahawa FaceTime hanya beroperasi melalui jaringan Wi-Fi. termasuk pada iPad 2.


Nampaknya, FaceTime mungkin akan menjadi pesaing kepada Skype yang telah lama berada di pasaran.

sumber: gsmarea.com, kompas.com

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.