Skip to main content

Bandar Purba Atlantis ditemui?




Dipercayai tenggelam selepas bencana Tsunami beribu-ribu tahun lalu

Kawasan tanah paya di Dona Ana, Sepanyol

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) percaya, mereka mungkin telah mengenal pasti lokasi bandar purba Atlantis yang hilang beribu-ribu tahun dahulu selepas ia dilanda tsunami, menyebabkannya tertimbus dalam lumpur di selatan Sepanyol.

Penemuan itu didedahkan dalam rancangan khas di siaran National Geographic, Finding Atlantis.

"Inilah kuasa yang dibawa tsunami. Sukar untuk memahami ia boleh menenggelamkan bandar sehingga 96 kilometer ke daratan dan itulah yang banyak kami bincangkan," kata Richard Freund dari Universiti Hartford, Connecticut yang mengetuai kumpulan pencarian antarabangsa itu.

Bagi menyelesaikan misteri berkurun lamanya itu, pasukan berkenaan menggunakan gambar satelit untuk mengesan bandar yang tenggelam bagi mengenal pasti tapak Atlantis di selatan Sepanyol.


Menurut Freund, bandar yang tertanam di kawasan paya yang luas terbentang di Dona Ana Park itu menunjukkan ciri-ciri bandar purba yang dikenali sebagai Atlantis.

Pasukan arkeologi dan geologi itu pada 2009 dan 2010 menggunakan kombinasi radar untuk mengesan sesuatu benda jauh di dalam tanah, pemetaan digital dan teknologi di dalam air untuk meninjau tapak tersebut.

Penemuan beberapa siri 'bandar memorial' yang dibina di Atlantis dan digambarkan oleh pelarian kota purba itu selepas bandar tersebut dimusnahkan oleh tsunami menambahkan lagi bukti dan keyakinan kumpulan penyelidik itu.

Penduduk Atlantis yang tidak terkorban selepas bencana tsunami melanda telah melarikan diri ke kawasan darat dan membina bandar baru di sana.

Walaupun sukar untuk mengetahui dengan pasti tapak kota purba itu, Freund memberitahu, penemuan memorial bandar itu membuatkannya yakin Atlantis tertimbus dengan lumpur di selatan negaran Sepanyol.

sumber: utusan malaysia

Comments

  1. pelbagai hikmah akan muncul selepas musibah

    ReplyDelete
  2. sebenarnya,ini hanya teori, belum betul-betul benar..sblm ni pun da byk teori dia, ada yg kata atlantis ni dekat rome, israel, turki malah ada yg buat teori atlantis ni di Indonesia...skrg dkt spain lak..

    ReplyDelete
  3. @nawaitoo ada yg cakap di mexico :)

    ReplyDelete
  4. atlantis...hehe...
    femes tol bndr 2...
    mmg wujud eh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.