Skip to main content

Radiasi Telefon Bimbit Boleh Ubah Sel Otak


Berbual menggunakan telefon bimbit dalam tempoh 50 minit sudah cukup untuk mengubah aktiviti sel dalam bahagian otak kerana ia berada paling hampir dengan antena gajet tersebut.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)  menyatakan bahawa masih belum jelas sama ada ia mendatangkan kesan buruk kepada pengguna atau sebaliknya.

Jelas saintis, kajian yang mereka jalankan tidak melihat kebimbangan berulang tentang kaitan antara telefon bimbit dengan kanser otak.


"Apa yang kami tunjukkan adalah peningkatan metabolisme glukosa iaitu satu aktiviti otak pada individu yang terdedah terlalu lama kepada telefon bimbit di bahagian otak paling dekat dengan antena," kata Dr. Nora Volkow daripada NIH dalam kajiannya yang disiarkan dalam Jurnal Pertubuhan Perubatan Amerika.

Katanya, kajian itu dibuat bagi meneliti bagaimana reaksi otak kepada medan elektromagnet yang disebabkan isyarat telefon tanpa wayar.


Volkow berkata, beliau terkejut apabila mendapati radiasi radioaktif lemah dari telefon bimbit boleh memberi kesan kepada aktiviti otak, tetapi penemuan itu, katanya tidak menerangkan sama ada telefon bimbit boleh mengakibatkan kanser.


"Kajian ini langsung tidak menyentuh mengenai kanser otak. Ia hanya menunjukkan otak manusia sangat sensitif kepada radiasi elektromagnet akibat pendedahan kepada telefon bimbit," katanya.

Penggunaan telefon bimbit meningkat mendadak sejak ia diperkenalkan pada pertengahan 1980-an dan kini ia digunakan oleh kira-kira lima bilion individu di seluruh dunia.

Sesetengah kajian mengaitkan pendedahan kepada telefon bimbit dengan risiko kanser otak, tetapi sebahagian besar penyelidikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak memberikan sebarang kesimpulan tersebut.


Berikut di bawah ini adalah antara senarai2 telefon bimbit yang mempunyai kadar radiasi yang tinggi dan rendah di US:


sumber: w-cellphones.com, articles.mercola.com, nexus404.com

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.