Skip to main content

[Krisis Mesir]- Mengenali Siapa Itu Hosni Mubarak



Hosni Said Mubarak, juga dikenali sebagai Hosni Mubarak, lahir di Kafr-El Meselha, Al Monufiyah, 4 Mei 1928, umur (82 tahun) adalah presiden Mesir sejak 14 Oktober 1981.

Hala tuju Mubarak sebagai wakil presiden bermula setelah pangkatnya dinaikkan di jajaran Angkatan Udara Mesir. Kemudian, beliau menjadi presiden untuk menggantikan presiden Anwar Al Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981 oleh kelompok radikal Islam. Beliau merupakan Presiden Mesir keempat selama hampir 30 tahun sejak menjawat jawatan itu pada tahun 1981. Sebagai Presiden Mesir, dia dianggap sebagai pemimpin yang paling berkuasa di wilayahnya.

Hosni Mubarak, yang berkuasa selama tiga dekad, menghadapi protes yang belum pernah terjadi sebelumnya iaitu bermula pada hari Rabu (26/1). Walau "gerakan benci Mubarak" sudah mulai merebak di laman jejaring sosial beberapa bulan sebelum itu, namun rusuhan itu hanya terjadi setelah terinspirasi daripada penggulingan presiden Tunisia.

Mubarak tidak mempunyai pengganti yang jelas. Hal ini telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau akan melepaskan jawatan itu kepada anaknya untuk mengambil alih. Inilah yang membangkitkan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan.


Mubarak dikatakan seorang Presiden yang angkuh dan mementingkan diri sendiri. Beliau dikatakan telah bersedia melantik dua orang anak lelakinya iaitu Alaa dan Gamal sebagai pengganti pada masa hadapan.Mengikut BBC,beliau telah terselamat daripada 6 cubaan bunuh.Beliau juga seorang yang dikatakan tali barut Israel.Beliau salah seorang pemimpin yang tidak menyokong Amerika Syarikat keluar daripada Iraq.Tersebar juga berita mengenai kes rasuah yang melibatkan beliau dan dua orang anaknya membabitkan perolehan tender kerajaan dan syarikat swasta.Terdapat ungkapan rakyat Mesir bahawa seorang anggota polis lebih berbahaya daripada seorang penjenayah.




Berikut adalah beberapa fakta tentang Mubarak:
  • Mubarak, 82 tahun, mengambil alih pemerintahan setelah kelompok radikal Islam menembak mati presiden sebelumnya, Anwar Sadat, pada tahun 1981. Komando angkatan udara ini sebaliknya "tahan lebih lama" memerintah daripada yang dibayangkan pada ketika itu.
  • Mubarak dikenali sebagai seorang yang giat melakukan reformasi ekonomi yang dipimpin oleh kabinet di bawah Perdana Menteri Ahmed Nazif. Tetapi dia menutup rapat pintu pembangkang untuk berpolitik.
  • Dia telah menolak perubahan politik yang signifikan, bahkan di bawah tekanan Amerika Syarikat, yang telah menyogokkan berjuta-juta dolar bantuan ketenteraan dan lainnya ke Mesir kerana menjadi negara Arab pertama yang bersedia berdamai dengan Israel, menandatangani perjanjian pada tahun 1979. 
  • Mubarak memenangi pemilihan pertama multi-capres tahun 2005 meskipun keputusannya sudah dijangkakan. Kelompok hak asasi manusia dan penganalisis mengatakan pemilihan itu penuh dengan penyimpangan dan penyelewengan.
  • Mubarak tidak menyatakan apakah dia akan terus memerintah untuk penggal keenam  pada tahun 2011. Para penjawat kerajaan telah meramalkan bahawa dia mungkin akan terus memerintah, walaupun persoalan tentang kesihatannya dibangkitkan setelah melakukan pembedahan di Jerman Mac tahun lalu. Rakyat membaca dia bakal menyerahkan kekuasaan kepada anaknya, Gamal, yang kini berusia 47 tahun. Namun baik Mubarak mahupun Gamal menyangkal dakwaan itu.
      • Gamal, tidak seperti ayahnya dan presiden Mesir lainnya, tidak memiliki latar belakang ketenteraan. Para pemerhati politik mengatakan bahawa adalah lebih sukar bagi Gamal untuk naik sebagai presiden.

      sumber: wikipedia, krjogja.com

      Comments

      1. hmmm smoga warga egypt tabah..kalau kat malaysia, kita tengok d sarawak aja.. hmmm

        ReplyDelete
      2. @SriPanggung owh, maksudnya nak tukar pemimpin sarawak ke?

        ReplyDelete
      3. yela kot..dah lama sgt pegang jawatan..kat luar ngara aset blambak.cian kwasan2 yg memrlukan perhatian..bila pilihanraya baru nk janji mcm2..whatever..

        sgt tak suka politik..hmm

        ReplyDelete
      4. Info yang baik bagi yang belum mengenali Mubarak..

        ReplyDelete
      5. @SriPanggung politik is bullshit! stended la bila pilihanraya janji manis mcm2...but with politik la, masa dpn negara kita bergantung dan sbgai pengundi, disitulah kuasa kita kan..

        ReplyDelete
      6. Murtabak ni dah basi, kasi tukar murtabak baru! lol

        ReplyDelete
      7. p blah mubarak ni..slmtkn rakyat mlysia

        ReplyDelete
      8. aku ada terbaca info, mubarak ni yahudi, bukan Islam..ye ke?

        ReplyDelete
      9. @nawaitoo yeah, en. Billy pn ada terbaca jugak..ada yg kata dia islam, ada kata tak..xtahu ler yg mn satu btol

        ReplyDelete
      10. bleh x kalo kita labelkan dia sbgai kamal artartuk abad milenium???
        rasanya gelaran tu amat sesuai sangat.

        ReplyDelete
      11. @Anonymous mmg terdapat sekelompok org yg menggelarkan dia mcam tu..mgkin wajar berdasarkan track record dia sebelum ni..

        ReplyDelete
      12. bagos la kalo camnie, x puas hati ngan pemerintah
        kita yg guling kn xyah nk tggu dia undur diri..

        ReplyDelete

      Post a Comment

      Popular posts from this blog

      Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

      Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

      15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

      Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

      Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

       Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”