Thursday, January 6, 2011

Rokok Elektronik Cara Baru Untuk Merokok?

 
Rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan. Rokok yang menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj ini boleh digunakan di kawasan larangan merokok.


Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004. Malah, sejak ia dilancarkan, ia mendapat sambutan hangat di pasaran antarabangsa, terutamanya di Eropah.

Jualan meningkat

Pihak pengurusan syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007. "Sejak dilancarkan pada tahun 2007 jualannya menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus setiap tahun," kata seorang jurucakap syarikat EdSylver.

Terdapat set rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS pada harga AS$59.93 (RM184.85).

Rokok itu boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa. Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila.


"Saya berasa gembira dengan rokok ini. Saya mahu mengulangi perasaan merokok tanpa nikotin," kata salah seorang pengguna rokok tersebut.

Pengasas bersama syarikat Rokok Elektronik Premium di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Vitali Servutas berkata, jumlah jualan rokok elektronik keluaran pihaknya meningkat tetapi dia enggan mendedahkan jumlahnya.


Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok. Untuk membaca kesan E-cigarette kepada kesihatan sila klik di sini.  






sumber: wikipedia, http://www.mmail.com.my

Entri-Entri Berkaitan.....

12 comments:

  1. Woah...haritu baru je terjumpa menatang nih dekat Tesco Shah Alam. Kepada perokok-perokok tegar, merokok lah lagi. :D

    ReplyDelete
  2. rj Etika: woh, kt tesco pn da ada jual ek? lg byk lah org merokok lps ni

    ReplyDelete
  3. rokok ni..isap2 tak abis ker?? kira cam abis bateri jer baru cas ke???..nanti berebut2 mana nak cas talipon lagi..cas laptop lagi..ehhh..alih2..nak cas rokok pulak!!!

    ReplyDelete
  4. mcm yg digunakan oleh Johnny Depp dlm cite THE TOURIST..cewahhh mentang2 baru tengok smlm..kiki..palagi, mrokok la smpai semput ye! huhuu

    ReplyDelete
  5. sharipah nor: hoho encik billy pn xsure lah cm mana dis thing work..but apa yg faham, benda ni mcm kene refill dgn cartridge bl da abes (mcm kita ltak tembakau dlm rokok daun ler).n utk bakar cartridge tu, kena ada bateri, bila abes kena cas..

    ReplyDelete
  6. sripanggung: ow best ker cite tu..kene tgok ni

    ReplyDelete
  7. rokok cam ni lebih bahaya la~~ adesh...

    ReplyDelete
  8. mcm johnny depp guna dlm cite the tourist..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. nanti kampeni rokok lain marah.. huhu

    ReplyDelete
  11. wei kat mana ad jual bnda ni..... aku nak berenti laa......

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails