Tuesday, December 21, 2010

Restoren McD Pertama Di Dunia

Hari ni Encik Billy nak ajar subjek sejarah pula. Boring la kan asyik-asyik post pasal hiburan, fakta tu fakta ini kan? (Walaupun sebenarnya paling tak suka subjek sejarah) . Tapi layan jelah...at least bertambah jugak pengetahuan Encik Billy dan anda semua. Hehe :p

Okey, hari ni sejarah pasal McDonald's, restoren pertama McD yang dibuka di San Bernardino pada tahun 1940. Macam biasa, info selanjutnya ada di bawah..


Fakta Ringkas:
  • Diasaskan oleh 2 beradik Richard "Dick" J. McDonald and Maurice "Mac" McDonald yang berasal dari Manchester, New Hamsphire. Mereka berketurunan Irish
  • Mereka bermula dengan membuka sebuah gerai menjual hot-dog yang dipanggil Airdrome di Monrovia, California pada tahun 1937. 
  • Hasil daripada keuntungan di Airdrome, dua beradik ini bersama bapa mereka, Patrick Macdonald kemudiannya membuka sebuah restoren barbeku drive-in pada tahun 1940 di San Bernardino, California
  • Untuk lebih spesifik, restoren ini dibuka pada tanggal 15 May 1940 di Route 66, dekat 14th and E St.
  • Ini merupakan restoren McD pertama mereka yang mengaut keuntungan $366.12 pada hari pertama pembukaannya.
  • Sebanyak 25 menu makanan dihidangkan, kebanyakannya makanan jenis barbeku. Manakala seramai 20 orang pekerja diperlukan untuk mengurus operasi restoren.
  • Siapa sangka, daripada hanya sebuah gerai menjual hot-dog di tepi jalan, kini terdapat lebih daripada 30 ribu restoren McD diseluruh dunia!





sumber: http://www.xtimeline.com, http://perez-mar-100.blogspot.com, http://www.faqs.org


Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. Terimakasih Encik Billy informasinya
    Alhamdulillah jadi nambah wawasan
    salam silaturahim

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails