Skip to main content

Wanita Pengsan 100 Kali Sehari

Pelik! Tapi itulah kenyataannya.Wanita di bawah ini akan pengsan setiap kali ketawa, teruja, gembira, berasa takut atau terkejut!

Bayangkan, dengan hanya tersenyum sahaja, dia boleh jatuh pengsan!

Seorang saintis wanita di Britain, Claire Allen menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia pengsan sehingga 100 kali sehari.


Allen, 35, yang menetap di sini, England, menghidap penyakit tidur dikenali sebagai katapleksi. Penyakit saraf itu menyebabkan dia lumpuh antara 30 saat hingga lima minit setiap kali Allen ketawa, teruja, berasa takut, terkejut atau gembira.

Sewaktu diserang katapleksi, Allen akan kehilangan kawalan badannya tetapi berada dalam keadaan sedar.
Lebih teruk, Allen pernah pengsan 100 kali dalam masa sehari.

"Saya akan rebah setiap kali ketawa," katanya.

Allen menghidap penyakit ganjil itu sejak beberapa tahun lalu tetapi dia terpaksa mengambil ubat untuk melakukan rutin harian.

Terdapat kira-kira 25,000 penyakit tidur di Britain. - Agensi

Comments

  1. hmm.. 100 kali sehari..mesti orang yang first time dengan dia terkejut dia pengsan tiba tiba :)

    ReplyDelete
  2. kalau tengah drive macam mana? aiyak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.