Skip to main content

[Video]- 378 Orang Mati Dipijak di Festival Air, Cambodia

Tragis dan menyayat hati!!




Lagi berita dan gambar-gambar menyayat hati:

Sumber berita dari Harian Metro:



PHNOM PENH (Kemboja): Pasukan penyelamat, semalam meredah sungai berlumpur untuk mencari ramai lagi mayat ketika Kemboja meratapi tragedi kematian 378 rakyatnya manakala beratus-ratus lagi cedera akibat dipijak beribu-ribu pengunjung festival.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyifatkan ia tragedi terbesar negara itu sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Khmer Rouge pada 1970-an.

Beribu-ribu pengunjung panik yang meraikan festival berakhirnya musim hujan di sebuah pulau di tengah sebuah sungai cuba untuk melarikan diri melalui jambatan yang sempit di Phnom Penh pada lewat malam, semalam.

Ramai pengunjung yang dipijak ataupun jatuh ke dalam sungai. Mangsa yang keliru pula cuba untuk menyelamatkan diri di tengah-tengah lautan manusia dengan menolak sesama sendiri di setiap arah. Selepas insiden pijak-memijak itu, beratus-ratus mayat bertindihan antara satu sama lain di jambatan berkenaan, sementara pasukan penyelamat memenuhi kawasan itu.

Kejadian mengerikan malam itu yang disiar di televisyen kebangsaan menunjukkan mangsa sama ada yang masih hidup atau sudah mati bertindihan sesama sendiri.

Sesetengahnya pula menghulurkan tangan sambil menjerit meminta tolong dan ada yang menarik tangan petugas penyelamat yang bersusah-payah membantu mereka yang terperangkap.

Tidak dapat dipastikan apakah punca ynag menyebabkan insiden pijak-memijak itu berlaku. Pihak polis dan saksi kejadian mendakwa jambatan sempit itu tidak menyediakan laluan keluar masuk yang cukup luas ke pulau itu.

Dua ahli perniagaan warga Singapura yang mengendalikan sistem bunyi dan lampu untuk festival itu berkata, pihak berkuasa menutup laluan di jambatan lain sejak awal-awal lagi hingga memaksa berpuluh-puluh ribu pengunjung menggunakan satu laluan saja.

Seorang saksi berkata, insiden mengerikan itu bermula apabila beberapa pengunjung pitam akibat ditolak dalam kesesakan itu. Seorang lagi saksi yang terselamat pula berkata, dia mendengar siren polis sebelum pengunjung mula panik.

“Saya benar-benar terkejut. Saya sangka saya akan mati di situ juga. Mereka yang kuat dapat menyelamatkan diri tetapi ramai wanita dan kanak-kanak terkorban,” kata Chea Srey Lak, seorang wanita 27 tahun yang ditolak oleh ribuan pengunjung yang panik di jambatan itu.

Dia berjaya menyelamatkan diri tetapi memberitahu seorang wanita tua berusia 60 tahun yang terbaring di sebelahnya mati dipijak beratus-ratus pengunjung yang berlari menyelamatkan diri.

“Saya dengar banyak tangisan dan jeritan meminta tolong di mana-mana saja, tetapi kami tidak dapat membantu antara satu sama lain. Semua orang hanya berlari,” ujar Chea di Hospital Calmette, di mana dia menerima rawatan di kaki dan tangannya yang tercedera.

Sementara itu, van ambulans bergegas pergi dan balik berulang kali dari tempat kejadian ke hospital selama beberapa jam. Hospital Calmette yang menjadi pusat perubatan utama di Phnom Penh dipenuhi dengan mayat mangsa, selain mereka yang cedera hingga ada yang terpaksa dirawat di ruang masuk utama, manakala sanak-saudara mencari orang yang tersayang.


sumber gambar: http://news.malaysia.msn.com

Comments

  1. sebab tu aku xsuka pergi tempat2 yang crowded camni..lagho satu hal, pastu x berfaedah.

    ReplyDelete
  2. balasan ALLAH nie ! lgpn dh rmai sgt.., smpai MASYA ALLAH !!!!! xlh nk gerak ! mlekat !!!!

    jauhi la tmpt rmai org sgt k ! mcm2 leh jd
    NAUZUBILLAH

    ReplyDelete
  3. Bila kejadian ni?Takziah....dalam suka ada duka.

    ReplyDelete
  4. this was a very sad thing.pity to the victim

    ReplyDelete
  5. ya Allah!!!!!!!!!!

    tp gamba last tu rilek lg polis tu angkat mayat smbil isap rokok

    ReplyDelete
  6. to zmah: kalu x clp kejadian ni 22 oct lalu

    ReplyDelete
  7. to admin: tade yg peliknya.dlm keadaan ramai cmtue mcm2 boley berlaku. dulu byk kali kejadian yg lebey dasyat dr ni berlaku time musim haji kt Mekah

    to nadey: terang btol mata ko! haha

    ReplyDelete
  8. masyaAllah! sampai xleh nk gerak!

    ReplyDelete
  9. doh..mcm2 eh.. yg laz tu smpt plak mrokok..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.