Tuesday, November 23, 2010

Robot Yang Boleh Mengubati Kesepian

 

Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta.

Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.

Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup.

"Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich.

"Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya.

sumber: kosmo, Agensi

Entri-Entri Berkaitan.....

3 comments:

  1. hoho...bahaya gak,nnti de yg xkawen dan xmo de anak, sbb dh de teman idup yg xbyk "cakap"...sesuke je nk mrh cz dia "diam" je...
    kdg2 teknologi ni memudaratkan jugak~~ngee

    ReplyDelete
  2. songkong cik mar!!!!!!!!
    adoi kalo leh aku nk je! tp nnti mendtgkan maslah gak

    ReplyDelete
  3. benda ni kalu sekadr suka2 xpela.tp kalu yg mcm cik mar ckp kn tu,minx simpg le coz da melanggar fitrah manusia. jgn pula nt ada yg kawen dgn robot..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails