Sungai Pinang |
5 sungai di negara ini 'diiktiraf' sebagai sungai paling tercemar sehingga diklasifikasikan sebagai sungai mati kerana airnya tidak sesuai untuk tujuan minuman atau pengairan.
Sungai-sungai itu adalah Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong dan Sungai Pinang di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.
Tahap pencemaran sungai-sungai itu menyebabkan kualiti airnya diletakkan di dalam kelas 4 (tercemar) dan kelas 5 (mati).
Bahan pencemar utama di sungai-sungai itu adalah sisa dari kilang-kilang yang banyak terdapat di kedua-dua tebing sungai tersebut.
Fakta ringkas:
- Hanya 306 batang sungai di negara ini dikategorikan sebagai sungai bersih pada tahun lalu berbanding 334 sungai pada tahun sebelumnya.
- Sungai tercemar pula terus menunjukkan peningkatan yang mana pada tahun lalu 54 sungai dikategorikan sebagai tercemar iaitu peningkatan enam sungai jika dibandingkan tahun sebelumnya.
- Sungai sedikit tercemar juga terus menunjukkan peningkatan apabila pada tahun lalu 217 sungai dilaporkan sebagai sungai kategori itu iaitu meningkat sebanyak 20 sungai jika dibandingkan 2008 lalu.
nasib baik sungai pahang tak masuk list:P
ReplyDeleteowh awak ni org pahang ek? patutla..hehe
ReplyDelete