Skip to main content

Resepi Billy: Cara Buat Puding Jagung

Biasalah orang bujang (dan available lagi) macam saya ni suka cuba macam-macam resepi. Tambah pula dalam bulan-bulan puasa macam ni memang teringin nak makan macam-macam. Nafsu kan...

Semalam cuba buat puding jagung. Ambik resepi internet macam dekat bawah ni...


Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 
Lagi cerita menarik di sebalik penyediaan puding jagung ini :


Cara penyediaan di atas adalah untuk hidangan satu family. Oleh sebab saya nak makan seorang saja, saya kurangkan setiap sukatan bahan-bahan kepada separuh sahaja.

Tapi disebabkan tiada susu cair, saya ganti dengan santan segera. Dan mengikut petua ibu saya, perlu campur secubit garam untuk membangkitkan lemak.

Juga saya kurangkan gula. Tak baik letak gula banyak-banyak. Gula pun tengah mahal sekarang ini. Kata orang, kurangkan manis pada masakan, lebihkan manis pada senyuman...hihi.

Hasilnya, memang sedap!!!

Comments

  1. to sizuka: memang sedap, awak kena cuba...pastu bagi sikit dekat kawan2 sana (mat saleh kt sana).mst diorg nk lagi..hihi

    ReplyDelete
  2. eh same la puding jagung kite..cuma sy punye ada hias buah pic...mmg sedap sgt kan?

    ReplyDelete
  3. to ummie: memang sedap, mcm yg mak sy buat..hahah..ooo, ada buah pic lagi, kena try jugak nih!

    ReplyDelete
  4. itulah...insyaAllah rajen2 nnti sy buat entry puding jagung..ehh haritu sy da buat laa...cuba carik kat blog sy haa...

    ReplyDelete
  5. Alahai adli weh. bujang (dan available lg)? hahaha ni nk jual resepi ke promote diri? hua3....

    dr: Aku yg juga bujang (dan avaiLABEL) hua3

    p/s: btw, awat dok rumah sewa sengsorang ka? hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.