Skip to main content

Kambing Berkaki Dua


Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.

Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.

"Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati," jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.

"Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja," kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia.-AP & Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.