Sunday, August 1, 2010

Rumah Paling Sempit Di Dunia

Pernahkah anda terfikir untuk tinggal di rumah yang mempunyai kelebaran hanya 6 kaki dan panjang 21 kaki? Mustahil?

Sesiapa yang berpendapat tidak boleh membina rumah di lorong antara dua bangunan hendaklah melawat rumah yang dimiliki oleh Iain dan Rachel Boyle.


Rumah yang diapit di antara dua rumah teres, berukuran 21' x 6'.

Begitupun rumah kecil ini tetap mempunyai lobi masuk, dapur dan bilik pancuran di tingkat bawah, satu ruang tamu di aras pertama dan sebuah bilik tidur di tepi bumbung.



En Iain dan Mrs Boyle percaya yang bekas tapak kandang keldai ini mungkin rumah teres paling sempit di Britain, telah menulis kepada Guinness World Records untuk menanyakan jika fakta ini betul.



Pasangan yang menjalankan perniagaan penerbitan, membeli bangunan dalam kawasan Hollingdean Brighton pada harga £8,000 (RM 42,000) pada 12 tahun yang lalu.

Mereka membelanjakan £15,000 (RM 79,000) bagi dekorasi dalaman dan sekarang sedia untuk disewakan.





Dapur di tingkat bawah mempunyai sebuah pintu untuk taman, yang juga mempunyai kelebaran sama seperti rumah dan 10kaki panjang.

Sebuah tangga menyediakan akses ke ruang kediaman - keluasan yang cukup-cukup untuk sebuah sofa dua tempat duduk - dan satu tangga tarik untuk kawasan katil.

Pasangan itu berharap anak-anak lelaki mereka Joe, 14, dan Charlie, 11, satu hari nanti berpeluang untuk tinggal di rumah kecil ini.

sumber: pulakdah.blogspot dan cctv.com

Entri-Entri Berkaitan.....

6 comments:

Related Posts with Thumbnails