Skip to main content

Rahsia Tapak Tangan LELAKI Untuk Golongan WANITA





Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si 'dia' yang ditemui beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.


Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

"Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.




1. Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.

Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.

Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.



2. Water hand

Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.

Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.

Lelaki jenis ini lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.



3. Air hand

Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada anda.




4. Fire hand

Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tinggi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

Sekiranya anda tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama anda.



sumber: duniajunko




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”