Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan: 2 sudu makan minyak masak 2 sudu makan udang rebus 1 bawang besar saiz sederhana ½ cawan kacang pea separuh masak 2 tangkai cili merah — hiris 400 gm nasi sejuk 2 biji telur Garam dan lada sulah secukup rasa 1 tangkai daun ketumbar - dimayang Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang hingga sedikit coklat. 2. Masukkan nasi dan goreng beberapa minit sambil dikacau. 3. Ketepikan nasi dalam kuali dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali. 4. Kacau selama 3 minit. 5. Masukkan udang, kacang pea, garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api. 6. Hidangkan nasi goreng dengan daun ketumbar dan hirisan cili sebagai hiasan.

Cara Membuat Cucur Udang

Bahan-Bahan: 300 g udang basah (dicincang) 1 cawan serbuk roti 4 sudu besar susu cair 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh serbuk jintan 1 sudu teh serbuk rempah kari 1 biji telur (dipukul) Sedikit garam Cara membuatnya: Panaskan minyak dan goreng bawang, kemudian masukkan udang gaul sebentar dan diangkat. Gaulkan udang dengan serbuk roti, baking powder, serbuk rempah dan garam. Masukkan telur dan cucu cair uli hingga rata kemudian bentuk bulat-bulat kecil. Goreng hingga masak. Cucur ini sedap dimakan dengan cili sos.

Sup Bebola Ikan

Bahan-bahan: 300 gm ikan tenggiri 1 sudu teh tepung ubi 1 ½ sudu the garam 150 gm sawi 10 jalur so hoon 1 sudu teh jeruk kobis 4 sudu makan minyak masak 2 ulas bawang putih — cincang 5 cm halia — hiris 1 sudu makan kicap Serbuk lada sulah secukup rasa Cara Penyediaan: Siang ikan dan bersihkan. Ambil daging ikan sahaja dengan memotongnya secara melintang pada kedua-dua belah bahagian. Cincang daging ikan dengan pisau tajam. Tambahkan tepung ubi, garam dan 4-5 sudu air pada daging ikan. Ramas hingga membentuk paste lembut yang melekit. Basahkan tangan dan bentukkan paste menjadi bebola ikan. Celup setiap bebola di dalam air garam dan letakkan di atas pinggan. Ketepikan. Basuh sawi dan potong 5 cm panjang. Basuh jeruk kobis dan rendam so hoon. Ketepikan. Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga menjadi warna coklat keemasan. Angkat dan ketepikan. Untuk buat sup, panaskan sedikit minya, goreng halia hingga menjadi warna coklat cair, dan masukkan lebihan kulit dan tulang ikan....

Cara Senang Masak Spageti

Resepi Spagetti Bolognese Bahan-bahan: 150 gram Spaghetti lidi, rebus hingga masak ikut pada bungkusan 1 labu Bawang Bombay dicincang halus 2 ulas Bawang putih dicincang halus 2 buah Tomato segar, diparut 4 sudu makan sos Pasta Tomato (dalam tin) 2 sudu makan Sos Tomato 2 keping Daging Asap (smoked), hiris-hiris 100 gram Daging lembu kisar 1 kiub stok daging 100 ml Air 1 ½ sudu teh Garam ½ sudu teh Oregano ½ sudu teh Basil Cara penyediaan : Tumis bawang bombay dan bawang putih hingga naik bau dan layu. Masukkan parutan tomato, pasta tomato, sos tomato, daging asap dan daging lembu sambil dikacau hingga berubah warna. Tambahkan kiub daging dan air. Masak sambil dikacau hingga pekat. Masukkan garam, oregano dan basil, kacau lalu angkat. Sajikan panas bersama spaghetti.

Resepi Telur Dadar Sedap

Bahan-bahan: 3 biji telur 6 batang Asparagus 1 sudu makan keju Parmesan - parut (atau 1 sudu makan keju cheddar) 1/2 sudu makan minyak zaitun 1 sudu makan jus perahan limau nipis Garam dan lada sulah secukup rasa Cara penyediaan: 1. Panaskan ketuhar kepada400 F (200 C). Masukkan loyang tahan panas yang telah dilumur dengan 1/2 sudu makan minyak zaitun ke dalam ketuhar. 2. Potong asparagus dan buang bahagian bawah yang keras. 3. Celur asparagus selama 5 minit atau sehingga lembut. Boleh juga rebus asparagus dengan sedikit garam. Potong asparagus 2 cm (1 inchi) panjang. 4. Sementara itu, pukul telur, keju, garam dan lada sulah sehingga mesra. 5. Keluarkan loyang yang dipanaskan dari ketuhar. Pindahkan asparagus ke dalam loyang. Tuangkan campuran telur ke atas asparagus. 6. Masukkan loyang ke dalam ketuhar semula. Panaskan selama 10 minit atau sehingga telur masak. 7. Sedia dihidangkan dengan perahan limau nipis. Selamat mencuba.

Resipi Pizza Maggie

Bahan-bahan: 1 bungkus mee segera (pilihan anda) 2 biji telur – dipukul ½ sudu teh garam 2 sudu marjerin 1 sudu bawang besar dicincang 2 sudu sos pasta tomato 1 biji buah tomato – dicincang halus 1 sudu teh gula 100 gram daging ayam – dicincang 1 sudu lada benggala merah dipotong dadu 1 sudu lada benggala hijau dipotong dadu 75 gram keju mozzarella parut Cara Penyediaan: Rebus mee segera sehingga lembut dan toskan. Gaul mee dengan telur dan garam sehingga mesra. Ketepikan. Panaskan marjerin. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan sos pasta, gula, ayam dan buah tomato. Gaul hingga rata. Masukkan perencah mee segera dan cili benggala. Gaul hingga mesra dan tutup api. Sediakan loyang. Sapukan marjerin, letak adunan mee, kemudian atur ayam berperencah di atasnya. Taburkan keju mozzarella parut di atasnya. Bakar dalam ketuhar sehingga keju cair anggaran selama 10 minit. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Maggi Letup Pedas Berapi Special

Bahan-bahan: 1 bungkus Maggi Kari atau Maggi Letup Pedas Berapi 3 tangkai cili api – potong kecil-kecil 3 batang filamen ketam – potong kecil 1 sudu sos tiram 1 sudu kicap manis 1 biji telur 1 gelas air Cara penyediaan: Panaskan air di dalam periuk kecil. Masukkan mee maggi. Biarkan sehingga lembut sedikit. Masukkan cili, filamen ketam, perencah maggi, kicap dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Disclaimer

[Malay] Blog Billy Info mengakui bahawa walaupun pihak kami berusaha untuk membuat setiap entri secara tepat , kami tidak dapat mengesahkan kebenaran fakta - fakta yang dilampirkan pada setiap entri . Entri-entri mungkin mengandungi fakta , spekulasi atau khabar angin . Kami mencari gambar - gambar dari web yang diyakini milik   domain awam . Setiap fakta atau gambar, jika berkaitan, akan diletakkan/dinyatakan sumbernya. Sekiranya terdapat sebarang cerita atau gambar yang dipaparkan dalam halaman ini melanggar undang-undang hak cipta , sila e-mel kan kepada [ adliefastrain@yahoo.com ] dan kami akan memadam/membuang maklumat yang dimaksudkan dengan secepat mungkin . [English] Billy Info acknowledges that though we try to make every entry accurately, we cannot verify the absolute facts of everything posted. Entries/postings may contain fact, speculation or rumor. We find images from the Web that are believed to belong in th...