Skip to main content

Posts

Inilah Kereta Ferrari Putih F430 Milik Datuk Lee Chong Wei Berharga RM 1.6 juta !

Datuk Lee Chong Wei terkenal dengan ketangkasan dan karektor yang ‘garang’ ketika beraksi di gelanggang badminton untuk menundukkan lawannya. Ramai yang tidak tahu, pemain badminton nombor satu dunia itu juga mempunyai karektor seakan-akan sama ketika di luar dari gelanggang apabila dia di lihat baru-baru ini sedang ‘beraksi’ dengan sebuah kereta mewah. Malah, beberapa keping gambar yang melihatkan Chong Wei menaiki kereta Ferrari F430 berwarna putih tersebar meluas di internet.

(GAMBAR) Melawat Gudang Emas Bank of England Bernilai RM 750 Billion !!

Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! MasyaAllah. Kalau boleh dapat seketul pun jadilah...

Inilah 'iPad' Ciptaan Tentera Pakistan

Di dalam sebuah kompleks tentera udara kawalan ketat yang membina jet-jet pejuang dan sistem senjata api, tentera Pakistan kini mempunyai empayar komersial tambahan, iaitu komputer tablet iPad versi tempatan. Pengeluran komputer itu melibatkan kerjasama jurutera-jurutera Pakistan dan perkakasan komputer. Jurutera-jurutera penerbangan memasang komputer tablet iPad versi tempatan itu, PACPAD 1 di sebuah pangkalan tentera udara di Kamra, utara Pakistan.

(GAMBAR) Keindahan Iceberg Yang Menakjubkan

Sungguh menakjubkan melihat keindahan bongkah batu 'iceberg' yang menakjubkan ini...benarlah, setiap ciptaan TUHAN biarpun ianya hanya sebongkah 'batu ais', tetapi penuh dengan keindahan tersendiri.

Fakta Menyedihkan; Sebanyak 152,182 Anak Luar Nikah Dilahirkan di Malaysia Antara 2008-2010

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Bagi membendung gejala ini, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan “reproductive” dan sosial. Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka. Enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup. sumber: BERNAMA

Satu Hari Kini Hanya Tinggal 23 Jam?

Richard Gross, seorang saintis dari Jet Propulsion Laboratory, NASA menyusun model penghitungan kompleks untuk mengira secara teori, bagaimana gempa bumi di Jepun, yang merupakan gempa kelima terbesar sejak tahun 1900, mempengaruhi putaran Bumi. Memanfaatkan data dari United States Geological Survey, hasil pengiraan itu menunjukkan adanya perubahan pembahagian masa di bumi. Gempa Jepun telah membuatkan bumi berputar sedikit lebih cepat, dan memendekkan waktu dalam satu hari sehingga 1.8 mikrodetik atau satu persejuta detik.