Skip to main content

'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' Tema Hari Kebangsaan Cadangan Pakatan Rakyat






Pakatan Rakyat (PR) pada Selasa mencadangkan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2012. 


Tema ini dipilih oleh Jawatankuasa Tema Hari Kebangsaan yang ditubuhkan oleh PR dan diketuai Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said.

"Dalam perbincangan selama hampir dua jam untuk menentukan slogan yang dirasakan sesuai kami mengambil kira soal yang dianggap sensitif, soal sahsiah dan perkauman.

"Tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' adalah merangkumi semua...diambil secara ringkas tanpa ada niat apa-apa (politik)," katanya dalam satu sidang media mengumumkan cadangan tema Hari Kebangsaan 2012 kepada kerajaan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dekat sini, Selasa.

Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad berkata jawatankuasa telah menerima sebanyak 250 cadangan tema daripada rakyat yang dibuat secara terbuka dalam talian.

Katanya, daripada 250 cadangan yang diberi, jawatankuasa sepakat memilih tema cadangan daripada Alhaimi Adam yang pada asalnya berbunyi 'Senegara, Sebangsa, Sehati, Sejiwa'.

Ahli jawatankuasa lain yang dilantik ialah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA), Ivy Josiah, bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Simon Sipun dan Felo Kanan Institut P.Pinang, Datuk Dr Toh Kin Woon.

"Akhirnya kami putuskan untuk memilih satu slogan yang turut kami ubah...kami rumuskan, ranumkan sehingga kami pilih tema tersebut," katanya.

Menurut Pak Samad, kerajaan seharusnya menerima cadangan ini memandangkan ia datang daripada rakyat.


"Kerajaan belum tentu akan menerima slogan ini. Harus diingat slogan ini datang daripada reaksi rakyat sendiri, kalau tak nak dengar kita tak apa...dia (kerajaan) harus dengar rakyat," tegasnya.

Sementara itu, Abdul Kadir, pada sidang media yang sama berkata sambutan kemerdekaan adalah untuk semua rakyat di negara ini.

Justeru katanya, pemilihan sesuatu tema itu perlu dibuat dengan berhati-hati oleh kerajaan supaya ia boleh diterima seluruh rakyat.

"Merdeka kepunyaan semua orang, bukan kerajaan Barisan Nasional (BN) punya.

"Saya terkejut bagaimana kerajaan boleh pilih slogan BN untuk tema merdeka," katanya.

Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali pula berkata tema yang dicadangkan pakatan pembangkang ini mempunyai sifat inklusif, kebersamaan dan bebas daripada unsur politik.

"Kalau tema 'Janji Ditepati' kita tak tahu itu janji siapa. Tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'tak ada sesiapa boleh pertikai," tegasnya.

Sambil berhasrat membawa cadangan tema ini kepada kerajaan dengan cara lebih formal, Mustafa turut meminta kerajaan supaya menghasilkan logo dan lagu tema Hari Kebangsaan yang selari dan serasi dengan tema baru yang dicadangkan.

"Harap kerajaan akan mempertimbangkan tema baru dan berfikir mengadakan logo serta lagu yang sesuai dengan tema. Kita harap lagu pun neutral jangan dipolitikkan," katanya.

Pakatan sebelum ini menggesa kerajaan menukar tema Hari Kebangsaan 2012 "Janji Ditepati" kepada tema yang lebih bersifat inklusif dan menganggap tema tersebut tidak munasabah untuk Malaysia, sebuah negara demokrasi kerana ia merupakan slogan BN.

sumber: mstar

Comments

  1. not bad.....sedap dengar...
    lagu bila nak kuar..hehe

    ReplyDelete
  2. wahh ini baru betul kena dengan jiwa merdeka...terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.