Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Maher Zain: 'For The Rest of My Life' Versi Bahasa Indonesia- Sepanjang Hidup

Lagu "for The Rest of My Life' versi bahasa Indonesia ini baru saja di 'release' kan sempena pelancaran album Maher Zain di pasaran Indonesia oleh Sony BMG dan khabarnya Maher Zain kini sedang berada di Indonesia selama seminggu.  Boleh tahan juga translation lagu ni ke dalam bahasa Indonesia@ bahasa Melayu. Tapi rasanya sedap lagi versi bahasa Inggeris sebab dia punya lirik lebih menyentuh hati dan perasaan. Ye tak?

Pasangan China Ini Buat Majlis Kahwin Ala-ala Putera William & Kate

Ia merupakan perkahwinan untuk menyambut puteri Diraja British- tetapi peningkatan taraf hidup golongan elit China, menyaksikan konsep perkahwinan serba mewah itu mendapat permintaan yang tinggi.

Gambar Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri di Majlis Perkahwinan Diraja

Tidak ketinggalan menghadirkan diri semalam adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dari Malaysia, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand Mereka menyertai 50 ketua negara serta pekerja kebajikan dan veteran perang yang mengenali putera berkenaan sejak beliau menjalani latihan ketenteraannya.

[Video]- Trailer Terbaru Filem Transformer 3 (Paling Latest)

Trailer terbaru filem Transformer 3: Dark of The Moon baru saja di upload di Youtube semalam (29/4/2011), dan ia kelihatan sangat cool! Dalam trailer ini anda akan dapat melihat robot-robot terbang di Bandaraya New York, askar-askar (manusia) berlawan dengan robot jahat dan juga a 'new hot babe' yang menggantikan Megan Fox.  Ini videonya...enjoy!

Gambar Sekitar Perkahwinan 'The Royal Wedding' Putera William dan Kate Middleton

Di bawah ini ada sekitar 30 keping gambar-gambar di majlis perkahwinan terhebat di abad ini, majlis perkahwinan Diraja di antara Putera William dan Catherine Middleton. Saksikan kemeriahan majlis perkahwinan ini.... Gambar Prince William dan Catherine Middleton di Westminster Abbey dan sepanjang perarakan menggunakan kereta kuda berusia 100 tahun  

Seri Pengantin Kate Middleton di Hari Perkahwinan

Dengan memakai gaun satin putih Alexander McQueen rekaan Sarah Burton, Catherine Middleton tampak yakin ketika keluar dari kereta menuju ke dalam Westminster Abbey untuk upacara rasmi perkahwinan. Saksikan sendiri wajah manis, seri seorang pengantin ini.

Menang Pertandingan Ratu Cantik Selepas Wajah Dipenuhi Luka

Empat tahun lalu, wajah Jo Minto dipenuhi dengan luka disebabkan terkena serpihan sebuah gelas yang pecah apabila ia dilempar oleh seorang lelaki di sebuah bar. Dia memerlukan 35 jahitan dan menjalani pembedahan selama empat hari bagi mengeluarkan serpihan kaca kecil yang tertanam di muka dan matanya. Ekoran kejadian itu, dia meninggalkan kerjayanya sebagai model.

Acara Showjumping Arnab Ini Memang Comel !

Kalau sebut saja acara sukan showjumping, ia sememangnya sinonim dengan kuda. Tetapi kini muncul binatang lain pula yang boleh melakukan aksi tangkas seperti kuda. Binatang apa? Inilah dia keunikan acara sukan yang kini disertai oleh arnab pula. Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia.

Evolusi Kad Pengenalan di Malaysia

Untuk rekod, dari tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad. Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.

Kad Pengenalan Milik 5 Orang Perdana Menteri Malaysia

Kad pengenalan Tunku Abdul Rahman - Perdana Menteri dari 1957 - 1970

Tonton 'Live Streaming' Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton di Sini

Selain disiarkan di Astro dan saluran NTV7, korang juga boleh melihat siaran langsung upacara Perkahwinan Diraja Britain ini melalui live streaming di internet. Upacara "The Royal Wedding" ini akan disiarkan secara langsung di laman rasmi Royal Channel di Youtube. Di bawah ini adalah jemputan rasmi untuk menyaksikan majlis tersebut:

Surat Beranak (Sijil Lahir) Seorang Presiden Amerika Syarikat

 Sijil lahir didedah kepada umum, jawab kritikan ramai terutamanya Donald Trump yang berhasrat untuk bertanding sebagai Presiden US Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS. “Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini,” kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.

Komputer Tablet Pertama Daripada SONY, Bakal Cabar iPad Keluaran Apple

Gergasi elektronik dan peralatan hiburan Jepun, Sony Corp menampilkan komputer tablet pertamanya dengan kod nama S1 dan S2, dalam satu langkah untuk memberi cabaran langsung kepada iPad keluaran Apple. ‘Sony Tablet’ S1 mempunyai skrin tunggal dan ia bagi kegunaan rumah manakala tablet S2 yang bersifat mudah alih pula mempunyai dua skrin, kata Sony dalam satu sidang akhbar di Tokyo.

Populariti Kate Bakal Tenggelamkan Kehebatan Puteri Diana

Dengan tempoh hanya sehari lagi sebelum bergelar isteri kepada Putera William, populariti Kate Middleton terus memuncak.  Kate, 29, disebut-sebuh bakal mengambil alih populariti ibu William, Puteri Diana, sebagai wanita paling disebut-sebut di seluruh dunia. Kate dan William akan dikahwinkan di Westminster Abbey pada Jumaat, 29 April ini. Kajian mendapati, nilai berita Kate kini hampir menyamai apa dilalui Diana satu ketika dulu. Pegawai Global Language Monitor di Texas, Paul JJ Payack, berkata pada bila-bila masa Kate akan mengetepikan populariti Diana sebagai bintang media di kalangan keluarga diraja Britain.

Mengenali Siapa Itu Kate Middleton-10 Fakta Menarik

Seorang Putera Raja bakal berkahwin dengan gadis kebanyakan. Ianya kedengaran seperti sebuah kisah dongeng bak Cinderella. Namun kisah itu bukan lagi dongeng kerana impian gadis itu bakal menjadi kenyataan dan termaktub sebagai salah satu sejarah dunia yang baru. Inilah dia gadis bertuah bernama Kate Middleton. Sejak bertunang dan memutuskan untuk berkahwin dengan Putera William, nama Kate Middleton pantas dikenali di seluruh dunia. Berita itu dikhabarkan menimbulkan perasaan iri hati dan cemburu para wanita lain kerana beliau mampu menakluk hati Putera William. Inilah yang dinamakan cinta.

Undangan Perkahwinan Putera William Ditolak Oleh Raja Kemboja!

Perkahwinan diantara Putera William dan Kate Middleton tidak dinafikan lagi menjadi salah satu event yang paling ingin dihadiri oleh kebanyakan orang awam di seluruh dunia pada tanggal 29 April, Jumaat ini . Namun dalam banyak-banyak undangan rasmi yang diberikan, ada seorang ini yang sebaliknya menolak untuk hadir di majlis perkahwinan bersejarah ini!

Inilah Aturcara Majlis Perkahwinan Putera William dan Kate Pada Jumaat Ini

Perkahwinan Diraja diantara Putera William dan Kate Middleton adalah peristiwa besar yang dinanti-nanti oleh masyarakat dunia. Jutaan mata ingin menyaksikan perkahwinan terhebat di abad ini. Walaupun masih terdapat beberapa hari lagi sebelum majlis bersejarah itu berlangsung, pelbagai pihak nampaknya tidak jemu-jemu membuat berbagai andaian dan jangkaan hal berkaitan majlis itu. Ini termasuklah aturcara rundown majlis perkahwinan itu mulai kedua-kedua mempelai memasuki Westminster Abbey hingga ke majlis resepsi di Buckingham Palace pada 29 April 2011. Berikut adalah aturcara majlis itu seperti yang dikeluarkan oleh akhbar Telegraph.co.uk:  

Hayat Mesin Typewriter Berakhir; Satu-Satunya Kilang Terakhir Ditutup

Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai. Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer. Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard : "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.

Eskalator Tertinggi di Dunia

Selama ni eskalator paling tinggi yang pernah en Billy naik adalah eskalator yang ada dekat stesen LRT Dang Wangi dan Masjid Jamek. Naik yang itu pun da rasa cam gayat, apatah lagi eskalator di Jepun yang memegang gelaran tertinggi di dunia ini, mesti lagi gayat le...

Hebat! Inilah Terowong Yang Digali Oleh Banduan Taliban Untuk Melarikan Diri

Hebat betul! Bayangkan, bukan senang nak gali terowong macam ni. Teringat en. Billy dulu penah tengok satu cite Hollywood (tak ingat tajuk) yang berkisar tentang seorang banduan ni yang menggali terowong dengan hanya menggunakan pencungkil gigi pada setiap malam, bila banduan lain dah tidur. Setelah beberapa tahun menggali barulah dia dapat melarikan diri melalui terowong tu, tembus ke saluran pembentungan dan akhir sekali keluar di satu loji najis.  Dan bila tengok gambar di bawah ni...terus teringat cite tu. Memang diorang ni hebat betul.

Inilah Status Facebook Yang Mendapat 'Like' Terbanyak di Dunia

Apa yang anda harapkan setiap kali meng'update' status di Facebook? Selain mengharapkan apa yang anda tulis itu dibaca dan dikomen oleh rakan-rakan anda, paling kurang anda mesti mengharapkan status anda itu mendapat klik 'Like' yang banyak. Kan Kan? Hehe.. Setakat ini berapa banyak 'Like' yang pernah anda dapat? Adakah melebihi jumlah status di bawah ini yang mendapat jumlah 'Like' sebanyak 588,243 kali dalam dalam tempoh 24 jam saja?

Sebab Ape Zip Mempunyai Perkataan 'YKK' ?

Apa kata anda cuba buka zip seluar, baju atau apa-apa saja pakaian yang anda pakai sekarang. Cuba lihat dibelakang kepala zip. Anda pasti akan nampak tulisan 'YKK' di kepala zip tersebut. Nampak tak? Tahu tak apa maksud 'YKK' tu? Kalau dah tau takpela..tapi bagi yang belum tahu, meh en. Billy nak story...

Perabot-Perabot Paling Erotik!

Kat bawah ni ada beberapa design perabot yang kurang manis untuk diletakkan di rumah anda terutama sekali sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil yang masih membesar. Walaupun dah besar dan matang sekalipun, adalah tidak manis juga anda meletakkan perabot-perabot ini dirumah kerana mungkin ada yang akan menganggap anda gila s*k* atau lebih parah ada yang menganggap anda tidak betul (mereng). Jadi, cuci mata jelah ye...

Remaja Perempuan Ini Sering Disalah Sangka Sebagai Justin Bieber

Gadis tomboy bernama Dani Shay ini sudah puas menjelaskan yang dia bukannya Justin Bieber. Namun, masih ramai yang menganggapnya sebagai penyanyi popular itu.  Justin Bieber Dani Shay

15 Cara Mengikat Tali Kasut Snikers

  Selama ini yang en Billy tahu hanya dua cara saja; satu ikat selang (pic H), dan satu lagi ikat tangga. Tak sangka pulak rupa-rupanya ada banyak cara untuk mengikat tali kasut. Lepas ni boleh le mencuba stail-stail terbaru ni..huhu!  

Karikatur Snow White Yang Kontroversi

Inilah kartun Snow White yang mencetuskan kontroversi dan mendapat bantahan daripada rakyat Jepun. Dalam kartun itu, Snow White ragu-ragu untuk mengambil epal ditawarkan, menggunakan kanta pembesar dan memberitahu wanita tua berpakaian seperti ahli sihir ‘Tunggu, adakah anda datang dari Jepun?’

Kalau Malaysia Ada Cikgu Syida, Indonesia Pula Ada Lelaki Ini; Norman Kamaru

Sejak tiga minggu lalu, entah apa sihir yang telah merasuk dalam jiwa seluruh rakyat Indonesia sehingga mengangkat seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Norman Kamaru sebagai hero. Jadi Fenomena di Indonesia Popularitinya naik mencanak gara-gara sebuah klip video menunjukkan aksi dia menari sambil menyanyi secara gerak bibir ( miming ) lagu Hindi, Chaiyya Chaiyya (yang dipopularkan oleh ikon Bollywood, Shah Rukh Khan) lengkap dengan pakaian seragam polis. Biar sekadar miming namun kelancarannya menyanyikan lirik lagu tersebut yang disiarkan secara meluas di laman YouTube secara tiba-tiba membuatkan fokus masyarakat di negara ini tertumpu kepadanya.

10 Atlit Wanita Terkaya di Dunia 2010-2011

Analisis Forbes yang membabitkan penilaian hadiah kemenangan, tajaan, bayaran persembahan dan pameran bagi 10 atlit teratas ranking terkaya itu , didominasi pemain tenis, tiga pemain golf dan masing-masing seorang sukan permotoran dan sukan luncur ais.  1. MARIA SHARAPOVA Usia: 23 tahun Asal: Rusia Sukan: Tenis Pendapatan 2010: RM 73.5 juta 

[Video]- Wartawan Ini Tahan Malu Hingus Meleleh Ketika Buat Liputan Langsung

Apa perasaan anda bila melihat gambar di bawah ni? Adakah anda berasa kelakar atau berasa loya? Bagi en. Billy yang tengah makan apam balik ni, terus rasa tak lalu! Nasib baik tak termuntah dibuatnya...itu belum lagi tengok klip video wartawan ni. Bagi anda yang nak tengok, boleh usha kat bawah..

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Ashraf Muslim Dengan Noor Dayana

Di bawah ini ada sekitar 30 keping gambar majlis pertunangan Ashraf Muslim dan pasangannya yang berlangsung pada pagi tadi.

Menu Pelik: Hidangan Kepala Manusia di Sebuah Restoren Thailand

Tajuk dekat atas tu propa semata-mata. Bukan anggota badan manusia yang dihidangkan...namun menu di restoren ini tetap scary dan mengerikan! Apa menunya? Inilah dia...roti berbentuk kepala manusia...OMG!

Gymnasium Bogel Pertama di Sepanyol

Para pengguna gimnasium Easy Gym di Arrigorriagia, Sepanyol kini dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam. Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.

Train- is The Best Place To Take a Nap

Ini situasi di Jepun  pada waktu awal pagi dan selepas waktu bekerja. Situasinya, tak lebih dan tak kurang, sama saja dengan warga KL, di Malaysia ketika dalam LRT dan komuter. 

Hanya Gadis 'Virgin' dan Berpayudara C-Cup Dibenarkan Untuk Petik Teh di China

Pelik betul kaedah kualiti control di ladang teh di China ini. Pemiliknya hanya akan mengupah perawan/anak dara untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu. 

Telur Ayam Terkecil Hanya Sebesar Duit Syiling

Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan. Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.

Gambar & Video Trofi Copa del Rey Terjatuh dan Dilenyek Bas Real Madrid

Gambar-gambar di bawah menunjukkan trofi Copa del Rey terjatuh dari bas pasukan Real Madrid apabila Sergio Ramos terlepas piala seberat 15 kilogram itu semasa perarakan bagi meraikan kemenangan di Madrid awal hari ini.   

Design Kasut Paling Cool, Paling Pelik, Paling Canggih, Paling Gila!

Di bawah ni ada sekitar 40 design kasut yang boleh menyebabkan anda berasa gila dan sakit jiwa...! Hehe.. .  

7 Pemain Bola Sepak Paling Seksi Di Dunia

1. Christiano Ronaldo Adalah tidak menghairankan pemain kelahiran Funchal, Madeira, Portugal yang lahir pada 5 Februari 1985 ini menyandang gelaran terseksi di dunia. Sebabnya, pemain Real Madrid dengan tinggi 1.86 meter ini seringkali muncul di beberapa iklan terkemuka, seperti Pepe Jeans, Coca-Cola, Nike, Banco Espirito Santo, Castrol, Clear Shampoo, dan yang paling menggemparkan adalah posenya dalam iklan Emporio Armani yang  kelihatan mencabar posisi David Beckham. Dalam iklan tersebut, Christiano Ronaldo mengenakan underwear Emporio Armani dalam pelbagai pose seksi yang membalut tubuh berototnya.  

Rain Dinobatkan Sebagai Manusia Paling Berpengaruh di Dunia

Bintang terkenal Korea Selatan, Rain, telah dinobatkan sebagai individu nombor satu paling berpengaruh di dunia oleh sebuah undian yang dibuat secara maya. Undian yang dibuat oleh majalah Time dengan menamakan carta itu sebagai 2011 Time 100 , menyaksikan Rain menewaskan 204 orang peserta yang turut disenaraikan dalam carta undian tersebut. Rain menerima undian sebanyak 439, 251, sekali gus menumpaskan 'pencabar' terdekatnya, bintang popular dari Taiwan, Jay Chou yang menduduki tangga kedua dengan undian 229, 442, manakala penyanyi Britain, Susan Boyle, berada pada posisi ketiga dengan undian sebanyak 167,711.

Trick: Cara Membuat 'Babak Orang Ramai' di Dalam Filem

Bagaimana agaknya kru atau produksi filem membikin babak yang memerlukan ramai orang berada di sesuatu tempat contohnya di stadium, di mahkamah atau di padang olahraga (seperti dalam gambar di bawah ni) ? Any idea?   Tak mudah sebenarnya nak buat scene macam ni. Kalau tak percaya, sila lihat gambar-gambar di bawah. Mesti korang impress gilee... . . . .

Inilah 6 Produk Kosmetik Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan

Berikut adalah senarai produk-produk kosmetik yang disahkan mengandungi Racun Berjadual: 1. BML HB Lotion

[Video]- Aksi Seksi Nenek 65 Tahun Kejutkan Juri Britain's Got Talent

Rumah kata pergi, kubur kata mari..tapi nenek tua ni kata dia gunung berapi yang bakal meletus. Klakar! Seorang nenek berusia 65 tahun dilarang meneruskan persembahan tariannya dalam rancangan realiti televisyen Britain’s Got Talent berikutan aksinya yang 'terlalu seksi'.

Gadis Muslim Pertama Dari Turki Berbogel Untuk Majalah Playboy

Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di Berlin, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman. Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga. Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang. Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

10 Puteri dan Putera Diraja Tercantik dan Terkacak di Dunia

Perkahwinan Kate Middleton dengan Putera William akan menobatkan dirinya sebagai Puteri Diraja nombor 3 Tercantik di dunia. Posisi tersebut berada satu tingkat di atas mendiang Puteri Diana.   Menurut satu undian yang dilakukan oleh BeautifulPeople.com, Kate berjaya mengumpul 84 peratus  undian dari 127 ribu responden. Beliau berada satu tingkat di atas mendiang Puteri Diana yang mengumpul 82 peratus undian dan berada di tempat 4.

Setem Khas Perkahwinan Putera William dan Kate Cetus Kontroversi

Negara Pasifik Niue mempertahankan setem 'luar biasa' pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton yang didakwa menarik perhatian seluruh dunia kerana meletakkan garisan memisahkan William daripada bakal isterinya itu. Setem ini diluluskan Ratu Elizabeth II dan garisan itu menjadi penanda membolehkannya dikoyakkan. Setem pasangan terbabit dijual pada harga NZ$5.80 (RM13.60) tetapi apabila dipisahkan putera terbabit ia bernilai NZ$3.40 (RM8) manakala Middleton lebih murah, NZ$2.40 (RM5.70). Perdana Menteri Niue, Toke Talagi mendedahkan beliau menerima banyak maklum balas dari seluruh dunia sejak setem terbabit dikeluarkan bulan lalu dan ramai mengatakan bahawa setem terbabit ‘luar biasa’.

Lelaki Ini Berubah Menjadi Wanita Cantik dan Jelita

Amat menakjubkan bila mana terapi hormon selama 13 bulan boleh merubah diri anda. Pengambilan hormon ini merupakan sebahagian daripada proses yang perlu dilakukan sebelum pembedahan pertukaran jantina dilakukan. Ini bagi membolehkan 'tubuh' benar-benar bersedia menerima sebarang perubahan kelak. Lelaki ini telah membuat keputusan untuk mengubah jantinanya. Di bawah ini anda akan melihat perubahan lelaki ini sepanjang tempoh itu.