Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Alat-Alat Penyiksaan Yang Pernah Digunakan Oleh Manusia Dahulu Kala

Penyiksaan biasanya dilakukan kepada mereka yang di anggap bersalah atau orang yang dianggap melanggar peraturan. Tujuan penyiksaan biasanya adalah agar yang bersangkutan tidak lagi melakukan perkara yang sama atau sebagai bahan pengajaran bagi yang lain agar tidak melakukan kesalahan seperti orang yang diseksa. Berikut adalah cara dan alat-alat yang digunakan untuk melakukan penyiksaan terhadap pesalah dari zaman berzaman. Tak dapat dibayangkan betapa ngerinya penyiksaan pada zaman dahulu!

Memandu Boleh Rosakkan Ovari?

Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi mendakwa bahawa memandu boleh memberi kesan sampingan kepada golongan wanita termasuk merosakkan ovari selain menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah klinikal.

Ukiran Miniatur Yang Unik Pada Hujung Pensil

Jika anda melihat gambar-gambar berikut, pasti anda tidak akan menyangka bahawa ukiran ini terbuat dari hujung pensil yang hanya berdiameter beberapa milimeter sahaja. Karya-karya unik ini adalah hasil tangan Datton Ghent. 

Miss Filipina Raih Mahkota Miss World 2013 di Bali, Indonesia

Miss World 2013 rasmi melabuhkan tirainya pada malam ini. Dalam malam final Miss World 2013 yang berlangsung di Nusa Dua, Bali, Sabtu (28/9), Megan Young berasal Filipina akhirnya dinobatkan sebagai Miss World 2013. Sementara itu, France Marine Lorpheline berasal dari Perancis menempati Runner Up 2 dan Naa Okailey Shooter dari Ghana  di posisi Runner Up.

(GAMBAR) Proses Pemasangan Kapal Angkasa Space Shuttle oleh NASA

Pesawat ulang alik terbaru milik NASA bakal diterbangkan pada September 2014. Sementara pesawat ulang alik Endeavor telah ditamatkan perkhidmatannya dan disimpan di California Science Center. Pesawat ulang alik ini terbang secara vertikal dan biasanya membawa 3 - 5 angkasawan, bahkan pernah mengangkut 8 angkasawan sekaligus. Kapasitinya dalam keadaan darurat mampu mencapai 11 angkasawan dan mampu membawa muatan seberat 22700 kg. Dengan kepantasan 28,000 kilometer sejam, angkasawan di dalam pesawat ulang alik ini dapat melihat matahari terbit atau terbenam setiap 45 menit. Bayangkan betapa laju dan hebatnya teknologi kapal angkasa ini! 

Sekolah Khas Untuk Pelacur Dibuka di Belanda

Seorang wanita bekas pelacur di Belanda menubuhkan sebuah sekolah khas untuk belajar menjadi pelacur. Ia dikenali dengan nama Hanky Panky School. Kurikulumnya disusun khas agar para lulusannya dapat menjalankan pekerjaannya secara lebih profesional dan tentunya memperoleh lebih banyak wang pendapatan.

Tasik Di Atas Tasik di Denmark

Faroe – Pemandangan yang luar biasa di Kepulauan Faroe, Denmark. Bayangkan saja, di sini terdapat sebuah tasik yang berada di atas yang tasik lain.  Faroe adalah kepulauan yang terletak di antara Iceland dan Norway. Sekelilingnya adalah perairan Lautan Atlantik. Di kepulauan tersebut, terdapat sebuah pulau yang dikenali dengan nama Pulau Vagar yang mempunyai tasik yang unik. Tasik ini diberi nama Tasik Leitisvatn, yang mempunyai keluasan sekitar 3.4 km persegi.

Pulau Muncul Secara Tiba-Tiba Selepas Gempa Bumi di Pakistan

Menakjubkan apabila sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab selepas gempa bumi melanda Awaran, Baluchistan di Pakistan, kelmarin. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi itu berukuran 7.8 pada skala Richter. Gempa berkenaan amat kuat sehingga menyebabkan sebuah pulau kecil muncul di perairan Laut Arab.

Tahniah, Adam (AF2) & Fiza (Elite) Sah Bergelar Suami Isteri ( 6 GAMBAR)

Dengan sekali lafaz, penyanyi Mohd Aizam Mat Saman atau Adam (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, pada pagi Khamis. 

Kisah Suami Yang Menjadi 'Isteri', Isteri Pula Menjadi 'Suami'

Dipetik dari ruangan Fikrah Dr Salam Harian Metro Saya sudah berkahwin dan mempunyai empat anak. Bermula anak kedua hingga kini suami tidak bekerja. Beliau memberikan alasan menjaga anak lebih baik daripada menghantar mereka kepada pengasuh. Beliau juga berhenti kerja memandangkan saya sudah bekerja kerajaan dan bergaji lebih baik.

Maksud dan Tingkatan Darjah Kebesaran Kerajaan Diraja British

Di Malaysia, terdapat beberapa gelaran yang diberikan untuk mengiktiraf seseorang individu, antaranya gelaran  Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun yang diberikan oleh sultan-sultan termasuklah daripada Yang dipertua negeri. Di UK, yang juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja, turut mempunyai gelaran kebesaran yang tersendiri yang biasanya dikurniakan oleh Ratu Elizabeth. Berikut beberapa gelaran yang sinonim dengan pemerintahan beraja di sana:

Canggih, Tayar Kereta Tanpa Angin Buatan Korea Selatan

Pengeluar tayar terkenal dari Korea Selatan, Hankook, bakal menghasilkan tayar kereta canggih tanpa angin menjelang awal 2014. Tayar ini dikenali dengan nama i-Flex.

10 Artis Lelaki Paling COMEL di Malaysia

Siapakah artis lelaki paling comel di Malaysia? Cikidout... 10. Kefli AF3

Barbeque Daging Buaya (4 Gambar)

Hmmm...nampak macam sedap je kan!

Menakjubkan, Gambar Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Terletak di Lake Thingvallavatn di Thingvellir National Park di Iceland, Silfra adalah sebahagian daripada perselisihan Atlantik - garis pemisah di antara benua Eropah dan Amerika. Ia adalah satu retak an besar di permukaan bumi ini, di mana plat benua bertemu dan rekahan tersebut secara perlahan-lahan semakin melebar sebanyak kira-kira dua sentimeter setahun.  

10 Password Paling Popular di Dunia

Ini Password popular di dunia : 1. Tarikh lahir 2. Tarikh perkahwinan 3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan) 4. 123456789 5. 111111 6. ILoveYou 7. Nama123 8. Kata "password" 9. Nombor Telefon rumah/hp 10. qwerty

Rakyat Malaysia 'Gila' Miliki Telefon Pintar

Penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen.

Seorang Ayah Yang Merakam Gambar Anaknya Setiap Bulan

Seorang Ayah telah mencatat setiap langkah anak-anaknya dengan kehidupan seharian mereka selama 13 tahun. Munish BANSAL telah menghasilkan lebih dari 8500 gambar digital anaknya Suman 12 tahun, dan adiknya Jay 10 tahun sejak pertama kali mereka lahir.

Kegilaan Yang Hanya Ada di Dubai

Berkunjung ke Dubai, kita akan berasa seperti kita tidak berada di Timur Tengah kerana keadaan di sana sangat jauh dari kesan negara-negara Arab. Banyak pemandangan menakjubkan yang aneh, luar biasa dan membuat terpana. Seperti contohnya: Supercar unik yang tidak dapat dikenalpasti jenis dan brandnya ini meluncur laju pada tengah malam di Dubai.

(GAMBAR) Sekitar Pertandingan Miss World 2013 versi 'SOPAN' di Indonesia

Pertandingan Miss World 2013 telah rasmi dibuka di Nusa Dua Bali, Indonesia baru-baru ini. Pertandingan itu berlangsung dengan kawalan ketat pihak keselamatan akibat siri protes berpanjangan oleh sejumlah kelompok organisasi masyarakat Indonesia yang menentang acara itu.

Apa Itu Sexsomnia?

Sexsomnia adalah salah satu bentuk non-rapid eye movement (NREM) parasomnia, mirip keadaan tidur-berjalan. mereka yang memiliki sexsomnia akan melakukan perlakuan seks ketika sedang tidur, seperti onani, berciuman dan lain-lain. Ketika bangun, penderitanya tidak akan ingat apa-apa pun tentang kegiatan tersebut.

Bermain Game Adalah Pekerjaan Utama Lelaki Ini, Raih Pendapatan RM 10k Sebulan!

Ramai berkata rahsia kepada kerjaya yang berjaya adalah dengan melakukan apa yang anda suka, tetapi membayar bil-bil bulanan apabila perkara yang paling anda suka lakukan adalah bermain permainan video sepanjang hari bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tidak bagi Moru -chan, peminat permainan video Jepun yang kini meraih pendapatan yang baik USD 10,000 (RM 30, 000) pada dasarnya menghabiskan tiga bulan hidup bermain permainan video dan menyiarkan pengalamannya secara online.

Apabila Pakaian Wanita Diperbuat Daripada Belon

Hari ini mari lihat baju yang diperbuat daripada belon. Ianya rekaan pereka fesyen Jepun Rie Hosokai.

11 Fakta Menarik Hari Ini (versi kelakar)

1. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 2.Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

(WOW!) Pesawat 1st Class Yang Kelihatan Seperti Hotel Mewah

Melihat gambar-gambar  mewah ini , baru Encik Billy faham mengapa kelas pertama adalah kelas yang paling mahal pada kapal terbang. S ebahagian daripada pesawat ini kelihatan seperti sebuah hotel mewah sahaja . Patutlah sesetengah orang tak kisah untuk berbelanja mahal bagi sesebuah perjalanan udara!

Pemandangan Sebelum KLCC dan Menara Berkembar Petronas Dibina

Kawasan KLCC, tempat di mana berdiri megah Menara Berkembar Petronas dahulunya merupakan kawasan padang rumput hijau yang dijadikan track untuk perlumbaan kuda. Kawasan ini dikenali sebagai Selangor Turf Club. Siapa sangka, kawasan yang dahulunya hanya padang rumput, kini berubah menjadi kawasan paling elit dan pesat di KL.

Stesen Minyak 1 Malaysia

Mungkinkah akan wujud stesen minyak seperti ini di Malaysia? Yalah...yang lain semua dah ada; kedai kain 1 Malaysia, kedai runcit 1 Malaysia, klinik 1 Malaysia etc. Mungkin juga kalau wujud stesen ini, minyak yang dijual adalah berkualiti rendah. Pernah dengar bukan ada ura-ura kerajaan nak perkenalkan minyak RON92? Mungkin, hanya kemungkinan...

10 Negara Pengguna Telefon Bimbit Terbesar di Dunia

Diperkirakan jumlah handphone di dunia ini kini sudah melebihi 5 billion unit dan sudah tentu bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa. Berikut 10 negara yang paling banyak menggunakan handphone di dunia: 1. China Di China, jumlah handphone  diperkirakan mencapai sekitar 916,530,000 unit.  Dengan jumlah penduduk mencapai  1341000000  maka perbandingan  jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 75.32%.

Kuala Lumpur Pada Tahun 1870an Hingga 1920an (Koleksi Gambar Yang Belum Pernah Dilihat)

Mengikut sejarah, Kuala Lumpur telah bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar untuk pelombongan bijih timah. Penambang mendarat di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang, Pudu dan Batu.

Helmet Yang Paling COOL (Gambar)

Tak pernah nampak lagi helmet-helmet se-kreatif ni kat Malaysia. Ada yang berani nak cuba?

Hanya di Jepun, Rumah Paling Nipis Tapi Menakjubkan

Keterbatasan ruang dan melambungnya harga tanah adalah masalah serius bagi kota-kota besar di dunia. Salah satunya di bandaraya-bandaraya besar di Jepun. Jepun sendiri memang terkenal dengan biaya kos hidup yang mahal. Namun banyak warga Jepun yang cerdik mengoptimumkan keterbatasan ruang  dan mahalnya harga tanah dengan menciptakan desain rumah kecil yang unik dan canggih.

Cantiknya Pramugari Air Asia dan MAS Bila Bertudung

Hijab atau memakai tudung adalah salah satu daripada peraturan-peraturan dan keperluan untuk wanita Muslim Islam. Pramugari - pekerjaan yang dianggap popular dan high-class sering menampilkan uniform mencolok mata, apatah lagi berasal dari sebuah negara Islam yang majoriti pramugarinya juga adalah wanita Islam, masih menunjukkan sensitiviti dalam etika berpakaian terutamanya bagi perjalanan ke Mekah, Jeddah (Haji) dan acara-acara tertentu. 

Mesin Layan Diri Paling Pelik dan Gila Jual Ketam Hidup

Sebuah vending machine diberi nafas baharu dengan menjual makanan laut yang masih hidup kepada pelanggan di wilayah Zhejiang di China.

Pemakai Serban Tertinggi dan Terberat di Dunia (Gambar)

Nihang adalah pahlawan suci dalam pasukan bersenjata tentera Sikh. Mereka memakai serban/turban yang bukan calang-calang besar saiznya. Serban yang paling besar dan paling susah untuk dipakai biasanya memerlukan 350-450 meter kain, dan antara 45-50 minit untuk melilitnya di kepala!

(GAMBAR) Begini Cara Petani Turki Jemur Cabai

Para petani ini menggunakan jalan raya untuk menjemur dan mengeringkan cabai dan paprika di wilayah Kilis, Turki.

Detik-detik Wafatnya Nabi Muhammad SAW

PAGI itu, Rasulullah dengan suara terbata-bata memberikan petuah: “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan Cinta Kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah hanya kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, Sunnah dan Al-Qur’an. Barang siapa yang mencintai Sunnahku berarti mencintai aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku,". Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Ustman menghela nafas panjang dan Ali menundukan kepalanya dalam-dalam.

Dubai Menjadi Pusat Kelab Bogel Terbesar di Negara Arab

Dubai sememangnya merupakan negara Arab (sebahagian dari UAE), dan juga dengan majoriti penduduknya yang beragama Islam. Namun jangan hairan, jika berjalan-jalan ke pantainya, banyak wanita tengah berjemur dengan—maaf—bahagian atas badannya tanpa mengenakan sebarang pakaian.

Terbang Bersama Pesawat Hello Kitty

Tidak ramai yang pernah dengar nama Eva Air , syarikat penerbangan Taiwan yang beroperasi antara Taipei, Eropah, Amerika dan negara-negara Asia . Tetapi stigma itu cuba diubah dengan sedikit bantuan daripada kartun Jepun terkenal; Hello Kitty .

Koleksi Gambar Albert Einstein Dari Kecil Hingga Tua

Albert Einstein (14 Mei 1879–18 April 1955) adalah seorang pakar fizik teoretis yang dipandang luas sebagai saintis terbesar dalam abad ke-20. Dia mengemukakan teori relativiti dan juga banyak menyumbang bagi pengembangan ilmu mekanikal kuantum, mekanikal statistik, dan kosmologi. Dia dianugerahi Penghargaan Nobel dalam Fizik pada tahun 1921 untuk penjelasannya tentang kesan fotoelektrik dan "pengabdiannya bagi Fizik Teoretis".

Kesan Domino Kenaikan Harga Minyak 20 Sen

Kesan domino adalah satu frasa kata yang mendefinisikan kesan berangkaian dan saling kait mengait di antara satu perkara kepada perkara yang lain. Sekeping domino yang dijatuhkan akan menjatuhkan domino-domino lain yang tersusun secara satu persatu sehingga selesai kesemuanya. Begitu juga dengan apa yang akan terjadi kepada sesuatu perkara yang dikaitkan dengan kesan domino.

Pertandingan Lelaki Paling KACAK di Afrika

Peserta pertandingan paling kacak Wodaabe di Nigeria menghias muka dan menari berjam-jam dalam usaha mereka memburu kejuaraan. Mereka mengenakan make-up, menggoda dan memakai pakaian berkilau agar dewan juri yang keseluruhannya terdiri daripada wanita memilih mereka sebagai pemenang.

Kisah Tegar - Penyanyi Cilik Lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang'

Tegar, mungkin banyak di antara anda menduga siapa Tegar sebenarnya? Dan pekerjaan apa serta bagaimana dia boleh menjadi terkenal, bukan sahaja di Indonesia malah sampai ke negara kita juga?  Sesungguhnya nasib manusia tiada siapa yang tahu, ketika Tuhan menjadikan manusia itu baik di mata orang lain, maka akan diangkatnya darjat manusia tersebut yang memang orang tersebut mempunyai “kelayakan” untuk itu.