Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Fakta-Fakta Kekejaman Israel Terhadap Rakyat Palestin

Tiada yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini.Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini. Ikuti fakta-fakta kekejaman Israel di Bumi Palestin: Langsung tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala. Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut.

Gambar Terkini Proton Prevé Dengan Warna Fire Red, Solid White, Silver dan Blue Lagoon!

Semakin menuju ke tarikh pelancarannya (dijangka awal April ini dan mengikut kata seorang Proton dealer tarikh sebenar pada 15 April ini), semakin banyak imej-imej model terbaru Proton ini 'leak' di internet. Bagi yang belum tahu, model P3-21a ini dikenali dengan nama Proton Prevé. Berikut di bawah ini dikumpulkan beberapa gambar Proton Prevé dengan pilihan warna hampir lengkap iaitu Fire Red, Solid White, Blue Lagoon dan Genetic Silver...cuma yang belum ada warna Elegant Brown dan Tranquility Black. Cekidout... sumber gambar: sumber 1 , sumber 2

Perbandingan Harga Minyak Termahal dan Termurah di Seluruh Dunia

          Inilah senarai harga petrol di negara-negara di dunia. Data ini terbahagi kepada 2 bahagian: 25 harga termurah dan 25 harga termahal. Untuk data selengkapnya, boleh klik di petrol-prices/ Perhatian: data dibawah ini disusun berdasarkan mata wang euro. Jadi anda harus congak sendiri untuk tukar kepada nilai Ringgit. (1 euro = 4.091 ringgit Malaysia). Lagi satu, tidak semua negara menggunakan standard petrol yang sama e.g Malaysia paling murah RON 95 manakala di Brunei RON 97.

Lembu Berkaki 6 Di Switzerland

Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama. Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.

(GAMBAR) Jenna Talackova, Seorang Peserta Lelaki/Pondan Dalam Miss Universe Canada

Miss Universe Canada tahun ini dipalit kontroversi apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, Jenna Talackova, seorang lelaki, didapati menyelitkan diri sebagai peserta Miss Universe. Walaupun peserta yang bernama Jenna Talackova ini telah menukar jantinanya pada lelaki, jawatankuasa masih mengekalkan keputusan yang peserta itu dikeluarkan dari pertandingan. Dan biarpun keputusan jawatankuasa itu sebulat suara, ramai yang bersimpati dengan Jenna. Jenna asalnya mendaftar sebagai wanita, tetapi akhirnya mengakui dia ialah seorang lelaki.

Perkampungan Melayu Warna-Warni di Afrika Selatan

Pada abad ke-17, ketika Syarikat Hindia Timu menguasai hampir seluruh wilayah Nusantara, pengasingan orang-orang yang menjadi tahanan politik dan hamba dilakukan hingga nun jauh ke benua hitam, Afrika. Orang-orang buangan tersebut ditempatkan di Bo-Kaap, sebuah kawasan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari generasi ke generasi, mereka beranak-pinak dan akhirnya membentuk perkampungan melayu. Secara tak sengaja pula, pembuangan tersebut akhirnya menjadi penyebab menyebarnya agama Islam di Tanjung Harapan. Menurut data, populasi muslim di Afrika Selatan kini mencapai 1.5% dari keseluruhan 44 juta penduduk di sana. Rumah-rumah di Bo-Kaap bercorak khas, paduan antara gaya Timur dan neoklasik. Jalan-jalannya masih buatan batu asli dari abad ke-17, ditambah cat rumah yang berwarna-warni sehingga menambah keunikan kota ini. Perkampungan yang unik itu dikenal sebagai Kampung Melayu atau The Malay Quarter.

Almari Khas Untuk ke Dunia Narnia

Antara filem fiksyen kegemaran Encik Billy ialah The Chronicles of Narnia, yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan kanak-kanak ke dunia aneh yang dinamakan Narnia. Dunia Narnia dihubungkan dengan dunia manusia melalui satu pintu yang terdapat pada almari di rumah di mana kanak-kanak ini tinggal. Kini, imaginasi ini telahpun diterjemahkan ke dalam realiti melalui idea unik ini...

12 Pahala Yang Hanya Eksklusif Untuk Kaum Wanita Sahaja

Ada dua perkara yang melekat pada diri wanita. Kemuliaan dan kehormatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, bila diterapkan secara berkesan  oleh kaum wanita, akan semakin membuat mereka dihormati oleh kaum Adam. Berikut ini beberapa kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah. Pertama Seorang wanita yang soleh lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki soleh, tetapi seorang wanita yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada 1000 lelaki yang buruk akhlaknya. Kedua Seorang isteri yang pandai menghibur suaminya yang sedang dalam keadaan gelisah, ia akan mendapatkan pahala separuh dari pahala jihad.

Teknik Melukis Menggunakan Darah Haid

Ramai kaum wanita yang berasa malu apabila mereka dalam keadaan haid dan ada juga yang merasa takut terutama bagi yang pertama kali didatangi. Tetapi tidak bagi Vanessa Tiegs  yang kemudiannya terfikir melakar darah haid itu ke kanvas untuk dijadikan lukisan.    Vanessa Tiegs seorang bekas penari ballet profesional yang tinggal di San Francisco USA .

Sejarah Tertubuhnya Manchester United

    Buat peminat MU, inilah sejarah ringkas penubuhan kelab kesayangan anda itu :) Sejarah Ringkas Penubuhan Manchester United: Kelab ini dibentuk pada tahun 1878 dengan nama Newton Heath Lancashire and Yorkshire Railway Football Club (Newton Heath LYR F.C.) oleh para pekerja rel kereta api di Newton Heath. 

Cara Elak Phishing di Internet

Sebelum bertolak ke kampung di Malaysia Timur, Kamal membuka kotak e-melnya bagi menyemak kiriman terkini yang mungkin memerlukan tindakan pantas.Jika sudah sampai ke kampung yang tiada kemudahan Internet, memang tidak berpeluanglah dia hendak menyemak dan mengemas kini apa yang patut. E-mel daripada sebuah bank tempatan yang digunakan majikannya untuk membayar gaji menarik perhatiannya. Di kotak e-mel tertera Maybank dengan tajuk '1 urgent message'.

Ilusi Optik (22) - Ilusi Optik Yang Membuatkan Mata Anda Berpinar!

Cuba tenung lama-lama setiap satu imej di bawah ini...apa yang anda rasa?

(GAMBAR) Rumah Dibuat Dari Botol Minuman

Menariknya rumah di bawah ini, dibina menggunakan bahan terbuang botol plastik menggantikan batu-bata sebagai bahan binaan asas rumah. Menarik bukan? Cekidout...

Hobinya Mengumpul Buku-Buku Kecil...

Seorang lelaki, József Tari dari Hungary mempunyai hobi yang dianggap unik- iaitu mengumpul buku-buku bersaiz mikro . Beliau memuat turun buku - buku dari Internet lalu mencetak   dan membuat salinan kecil buku-buku ini . Kini koleksi buku-buku kecil ini disimpan dalam sebuah perpustakaan khas di rumahnya.   

Diet Cara Rasulullah

  Semoga kita dapat beramal :)

Rahsia Kejayaan Pengasas Kedai Sukan aL-ikhsaN

          Jika anda ke mana-mana bandar besar atau pusat beli-belah di seluruh Malaysia sekarang anda  pasti akan ternampak papan tanda besar aL-ikhsaN. Syarikat aL-ikhsaN adalah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010. Tetapi, bagaimana ia bermula dan apakah resepi kejayaan pengasasnya?

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Melawat Taman Tema Angry Bird Land di China

Angry Bird Land dibina dengan latar belakang permainan popular Angry Bird, antaranya mempunyai papan gelongsor, tempat permainan berpasir dan berbumbung serta pelbagai lagi hiburan bertemakan Angry Bird. Di taman tema ini, pengunjung bukan sahaja ditayangkan dengan watak-watak Angry Bird menerusi filem dan rancangan televisyen, malah boleh mendapatkan kostum-kostum Halloween, buku resepi, permainan dan pakaian bertemakan permainan popular tersebut.

Snippets (23) - 10 Fakta Menarik Hari Ini

1. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun. 2. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekeringan oksigen 3. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari penglihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek. 4. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutut sama sekali akan membuat kita pengsan 5. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap sehingga dapat dicium dalam nafas kita. 6. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalah sama dengan tinggi kita. 7. Cuti selama sebelas hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya 8. Di dalam filem Silence of a Lamb, watak Hannibal Lecter tidak pernah berkedip. 9. Di jepun, warung kopi disebut ‘Kissaten’. 10. Merebus telur burung unta memerlukan waktu 40 minit.

(GAMBAR) Sabun Berbentuk Seperti Makanan

Menarik betul, sekali imbas mungkin ramai yang tak percaya 'makanan-makanan' di bawah ini sebenarnya hanyalah sabun semata-mata. Kreatif memang kreatif, tetapi amat bahaya untuk kanak-kanak kecil yang mungkin menganggap sabun2 ini sebagai makanan yang betul. So, keep out reach of children...

(GAMBAR) Efek Mekap Style K-Pop

Selain daripada pembedahan plastik, ada teknik yang lebih murah untuk gadis-gadis Korea kelihatan cantik, kini dengan trick mekap ala K-pop style. Tak percaya? Lihat transformasi gadis di bawah ini...yang hodoh pun boleh jadi cun melecun. 

Ketahui Reaksi Tubuh Saat Menghisap Rokok

Sebatang rokok yang dihisap seseorang akan habis dalam 10 hembusan atau dalam waktu 5 minit. Akan tetapi, dalam tempoh sesingkat itu terdapat 4000 jenis bahan kimia yang meresapi organ-organ tubuh. Lihat reaksi yang terjadi ketika kita merokok. 0-10 saat Pertama Pada hisapan pertama, asap rokok akan masuk ke mulut dan meninggalkan lapisan coklat tipis di gigi. Gas bersifat toksik seperti formalin dan amonia yang disedut akan membuat sistem imun menjadi aktif sehingga terjadi inflamasi.

Keputusan Penuh GP F1 Malaysia: Alonso Muncul Juara

Berikut keputusan penuh Grand Prix F1 Malaysia yang berlangsung pada 25 Mac 2012 di Litar Sepang : 2012 Malaysian GP: Formula One Race Results Pos No Driver Team Laps Time/Retired Grid Pts 1 5 Fernando Alonso Ferrari 56 Winner 8 25 2 15 Sergio Perez Sauber-Ferrari 56 +2.2 secs 9 18 3 4 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 56 +14.5 secs 1 15

Lady Gaga Cakes

Jika anda peminat Lady Gaga, mungkin anda akan suka dengan kek-kek di bawah ini...

Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal

Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur heboh selepas tersebar berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal. Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal. Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Perbezaan Dimensi Antara 0D, 1D, 2D, 3D, 4D dan 5D

Teknologi imej/paparan/skrin terkini pada zaman ini telah pun mencapai ke tahap 5D (5 dimension). Namun tahukah korang apakah itu 5D? Okey, sila lihat diagram di bawah... Ada paham? Seriously Encik Billy sendiri pun tak berapa nak paham. Otak Encik Billy sekadar mampu menangkap konsep 3D...4D dan 5D terlalu kompleks!

Sifat dan Perangai Wanita Ditafsir Mengikut Bentuk Payudara

Seorang pakar penyelidik tentang sosiologi manusia di Rome, Itali menarik perhatian ramai pihak apabila mendakwa beliau mampu mengetahui sifat dan perangai wanita menerusi bentuk dan saiz payudara mereka. Yang melucukan, pakar tersebut, Pieor Lorenzoni, mengklasifikasikan payudara wanita mengikut kategori buah-buahan seperti tembikai, nenas, pear dan sebagainya. Menurut laporan akhbar Jerman, Bild, Lorenzoni turut memberikan tips dan panduan kepada golongan lelaki untuk mengetahui sifat sebenar wanita idaman mereka melalui ‘keistimewaan’ beliau itu.

Bahaya 'Love Bite'

Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher. Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen. Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok itu. Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Hardisk Dengan Kapasiti 1 Yottabytes Dicipta

Hardisk dengan kapasiti 1 Yottabytes (1 Trillion GB) - kini sedang dibangunkan oleh syarikat NSA di sebuah ruangan seluas 92,903 m2 sebagai tempat penyimpanan hardisk dengan kos keseluruhan sekitar 2 billon dollar (RM 6 billion).  Mengikut perancangan, tempat ini mampu menyimpan data sebesar 1 Yottabytes yang dijangkai akan siap pada tahun 2015. Pasti korang tertanya-tanya apa itu Yottabytes kan?? Berapa besar kah 1 Yottabytes? Jangan risau, di bawah ini ada beberapa data untuk korang fahami.

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2011

    Buat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM tempoh hari dan masih tercari-cari peluang mendapat penajaan, di sini Abang Billy ( erk geli tekak..heehee ) ada sikit info biasiswa yang dikumpulkan dari beberapa sumber. Post ini juga khas buat adik Encik Billy yang masih terkial-kial kat rumah tu...buat kamu itu, sila take note! Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2011 | Tawaran Untuk Biasiswa 2012/2013 Biasiswa Yayasan Proton Terbuka buat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran berkaitan automotif. Ada 3 kategori disediakan, biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM2011 (cgpa 3.5 ke atas), biasiswa untuk keluarga kurang berkeupayaan (cgpa 3.0 ke atas) dan biasiswa untuk anak-anak kakitangan Proton. Para pelajar yang mendapat tawaran akan diberikan sehingga RM6,600 setahun + sebuah laptop percuma dan tawaran latihan (dengan elaun khas) dengan Proton. Untuk memohon:   KLIK SINI . Tarikh tutup: 30 April 2012

Sejadah Elektronik Dicipta

Dikenali dengan nama Sajjadah 1426, produk inovatif ini dikatakan dapat menyediakan platform yang bersih dan membangkitkan atmosfera iaitu suasana atau nilai-nilai corak yang lebih menjurus kepada keindahan atau kecantikan semasa sedang bersolat. Terdapat beberapa alternatif teknologi pada sejadah ini iaitu mini LEDs, fibre optics, EL wire embroidery dan EL panel. 

Menyayat Hati, Wanita Menangis Kerana Rumah Dirobohkan

Bayangkan jika kejadian di bawah ini berlaku pada anda atau pada ahli keluarga anda yang lain, apakah perasaan anda?  

Bayi Belum Umur Satu Tahun Dah Tumbuh Payudara

Sejak bulan Ogos tahun lalu dikhabarkan sejumlah bayi di China mengalami pertumbuhan payudara. Sehingga kini, semakin banyak kes serupa terjadi di beberapa bahagian negara itu antaranya Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing. Susu tepung yang dikatakan mengandungi hormon seks dikenalpasti sebagai penyebab pertumbuhan payudara pada bayi-bayi ini. Meskipun begitu, Menteri Kesihatan China menolak tanggapan itu.  Baru-baru ini juga ditemukan pada sejumlah bayi enam bulan yang mengalami pubertas dan juga pada kanak-kanak berusia dua tahun. Diduga sejumlah hormon ini adalah gonadotropins dan testosterone .

Viganella,Sebuah Kampung Di Itali Yang Mencipta ‘Matahari’ Sendiri

Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi. Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Kata-Kata Hikmah Professor Ungku Aziz

* Rajin Bercakap,Rajin Bekerja-BAGUS SEKALI * Rajin Bekerja,Malas Bercakap-KENA BULI * Malas Bekerja,Rajin Bercakap-WAYANG CINA * Malas Bekerja,Malas Bercakap-TAK GUNA * Malas Bekerja,Suka Mengadu-NYANYUK * Malas Bekerja,Selalu Ponteng-BAIK BERHENTI * Malas Bekerja,Suka Menyibuk-BAIK MATI

Rekod Gaun Kahwin Terpanjang di Dunia

  Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia yang direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di Bucharest. Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit. Pihak Guinness Book of World Records mengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km.

[Sedih] Permainan Kanak-Kanak Palestin vs. Kanak2 Malaysia

Anak Melayu suka main masak-masak ,  Juga suka main kahwin-kahwin sebab mereka bercita-cita nak kahwin bila besar nanti...

Fenomena Ganjil 'Lautan Buih' Melanda Cape Town, Afrika Selatan

Fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih 'Cuppuccino'

9 Jalan Paling Berhantu di Dunia

Tuen Mun Road – Hong Kong Dianggap sebagai salah satu jalan paling maut di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak mengorbankan mangsanya selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan paling penting dan salah satu jalan paling banyak dilalui di Hong Kong. Tuen Mun Road dihantui oleh mereka yang telah terkorban di jalan itu. Dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pemandu sering terbabas dari jalan yang mengakibatkan kemalangan dan kematian. Korban-korban baru ini pula kemudiannya menghantui kembali dan menyebabkan kemalangan. A229 – United Kingdom

Pusat Simpanan Alkohol Terbesar di Eropah

Dimiliki oleh Accolade Wines yang menghasilkan beberapa jenis wine seperti Kumala, Hardys, Banrock Station, dan Echo Falls, ia diiktiraf sebagai gudang arak terbesar di dunia. Dengan jangkaan simpanan sebanyak 11.5 juta botol ataupun 9.5 juta gelen alkohol,iaitu memerlukan keluasan sebesar 15 kolam renang saiz olimpik. Gudang ini terletak di Avonmouth berhampiran Bristol.

Rekod Dunia Pertandingan ONANI - 9 Jam 58 Minit

 Tahukah anda ada satu pertandingan yang dinamakan “Masturbate-a-thon” yang disertai peserta lelaki dan wanita yang beronani secara terbuka di khalayak ramai? Ia diadakan di Amerika Syarikat dan Denmark sejak lebih 10 tahun lalu dengan alasan untuk mengumpul dana bagi aktiviti seks yang sihat.

Lelaki Lebih Suka Masakan Ibu Berbanding Isteri Sendiri

          Satu tinjauan baru mendedahkan lebih separuh lelaki lebih menyukai masakan ibu berbanding isteri mereka kerana dimasak dengan cara tradisional serta lebih enak. Kajian juga mendapati ibu jarang menghidangkan masakan segera dan memasak makanan disukai anak. Isteri dan teman wanita, sebaliknya, cenderung menyediakan hidangan segera atau makanan yang menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Warna-Warna Kegemaran Kaum Lelaki dan Rahsianya

Selalunya kita baca warna kegemaran kaum wanita . Apakata hari ini kita ketahui pula warna kegemaran kaum  adam dan dan sebab-sebabnya.  Hijau Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Gaji Seorang Programmer Google

          Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia. Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.