Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Kata-Kata Terakhir Seorang Banduan Sebelum Dihukum Bunuh

Jambatan Kaca Yang Scary di Puncak Gunung Tianmen, China

Jambatan yang tergantung dilereng gunung di wilayah Tianmen Zhangjiajie, China ini dibina pada aras 4700 kaki (1430 meter) dari aras laut. Menariknya, laluan ini dibuat menggunakan kaca lutsinar yang membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman 'berjalan di udara'. Laluan ini dibina daripada kaca setebal 2.5 inci, dengan 3 kaki lebar dan mempunyai panjang 200 kaki. Mengikut sumber, syarikat yang membina laluan ini masih belum dapat mencari pekerja pembersihan kerana tidak seorang pun yang sanggup/ berani mencuci di sini. 

Seni Yang Menggelikan...Patung Daripada Chewing Gum

Di Belanda, hampir 3 ribu pelajar daripada 2 buah universiti bersama-sama mengunyah chewing gum untuk menghasilkan sebuah patung raksasa manusia separuh badan. 

Nombor Plate Termahal di Malaysia 'WWW 1' Milik Sultan Johor

Alangkah senangnya menjadi orang kaya dan berduit. Nak apa saja pun, duit bukan halangan...walaupun ia hanyalah beberapa huruf dan nombor pada sebuah plat kereta. Hebat bukan? Hari ini senarai pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang bermula dari WWW telah dikeluarkan olej JPJ. WWW 1 yang berharga RM520,000.00 adalah milik Sultan Johor. 

Sebab Apa Kecoh-Kecoh Pasal Buku Irshad Manji? Ada Apa?

Sepanjang minggu lepas, dan sehinggalah ke hari ini, jika anda membaca akhbar-akhbar arus perdana, atau juga menonton berita di Tv, pasti antara isu yang hangat adalah berkaitan dengan sebuah buku bahasa Inggeris yang di Melayukan bertajuk 'Allah, Kebebasan, dan Cinta' ( Allah, Liberty and Love) karya penulis Irsyad Manji. Apa yang hebatnya tentang buku ini dan penulisnya sehingga semua pihak menyeru agar ia diharamkan di negara ini? Siapakah Irsyad Manji? Irshad Manji adalah seorang penulis wanita yang berasal dari Kanada berkelahiran Uganda pada tahun 1968 oleh kedua ibubapanya yang berasal India dan Mesir. Mereka sekeluarga terpaksa melarikan diri  sebagai political refugees ke Vancouver, Canada tahun 1971-73. Irsyad Manji berkata " I am a reformist not a moderate" ingin mentakrifkan semula pengertian kebebasan atas nama ajaran Islam dan keberanian menolak segala bentuk kelakuan yang mengabsahkan kezaliman atas nama agama.

Indonesia Bangunkan Menara Tertinggi Atasi Menara Berkembar Petronas

Hasrat Indonesia untuk memiliki bangunan komersial tertinggi di bandar raya Jakarta akan tercapai menerusi pembinaan sebuah menara berketinggian 638 meter dengan 111 tingkat yang dinamakan sebagai Signature Tower. Ia dibangunkan seorang usahawan terkemuka Indonesia, Tomy Winata. Selain menjadi mercu tanda ibu negara Jakarta, menara itu turut menempatkan ruang pejabat dan hotel mewah. Menurut media tempatan, pembinaan Signature Tower di Sudirman Central Business District (SCBD) yang merangkumi kawasan seluas 45 hektar itu, bakal mengatasi ketinggian 452 meter Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang pernah menjadi menara tertinggi di dunia pada 1998 hingga 2004.

Crystal Clear Phone - Handphone Lutsinar Masa Depan

Handphone konsep di bawah ini direka oleh seorang desainer dari Korea, Seunghan Song. Diperbuat daripada sejenis bahan gentian kaca yang lutsinar, dilengkapi dengan skrin sesentuh serta operating system berkemungkinan Windows, ia berkemungkinan bakal menjadi kenyataan (mula diproduksi) dalam beberapa tahun akan datang. 

Gambar Terkini Aishwarya Rai di Cannes Tetap Mempersona!

Disebabkan mendapat kritikan yang pedas mengenai badannya selepas melahirkan anak perempuan pada bulan November lalu, ramai yang tertunggu-tunggu penampilan Aishwarya Rai. Walaupun dikritik teruk, dia tidak mengambil pusing kritikan itu, malah tampil berani bergaya di Cannes baru-baru ini. Pada petang 25 Mei semalam, Aishwarya Rai menjadi tumpuan lensa kamera para jurugambar dan paparazi ketika melintasi kapet merah di acara Cannes premiere of Cosmopolis. Walaupun susuk badannya nampak memang berisi tetapi Aishwarya tetap mempesonakan.

Gambar Letusan Gunung Berapi Bawah Laut

Mungkin ramai antara kita pernah melihat atau terlihat imej letusan gunung berapi di darat, namun tak ramai rasanya yang pernah melihat imej letusan gunung berapi di bawah laut. Gambar-gambar letusan gunung berapi bawah laut di bawah ini dirakamkan di negara jiran kita, Indonesia. 

Gila, Terpaksa Pecah Rumah Untuk Selamatkan Gadis Gemuk Sebab Sesak Nafas

Sepasukan penyelamat terdiri daripada bomba, jurutera dan anggota separa perubatan memecahkan sebahagian rumah untuk menyelamatkan seorang remaja belasan tahun yang dipercayai paling besar di Britain selepas dia berdepan dengan masalah sukar bernafas. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengeluarkan Georgia Davis, 19, dari rumahnya di Aberdare, Wales Selatan dan dibawa ke hospital. Menurut beberapa rakannya, Georgia mempunyai berat badan 400 kilogram. Usaha menakjubkan untuk menyelamatkan gadis itu memakan masa lapan jam dan membabitkan 40 orang.  Operasi dilancarkan apabila Georgia pengsan kerana masalah pernafasan dan sakit dada di bilik yang sudah sekian lama menjadi penjaranya.

Mengapa Doktor Bedah Pakai Baju Warna Hijau?

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa? Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.  Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.   Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Kesan Jika Tutup Laptop Tanpa Shut Down

Sebelum ni, Encik Billy pandang remeh benda ni. Tapi lepas baca fakta-fakta di bawah, baru tau..terkedu jugak. So pastikan korang shutdown dulu laptop korang daripada terus tutup macam tu je... Kesan-Kesan Jika Tutup Laptop Tanpa Shut Down: Kehilangan data pada registry di mana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.

Pelajar Lelaki 16 Tahun Hamilkan Guru 43 Tahun dan Mereka Berbangga Dengannya!

Renata Juras- Seorang guru berasal dari Austria berusia 43 tahun dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan hubungan seks dengan pelajarnya, Ervin Unterlechner yang ketika kejadian baru berusia 13 tahun.  Tetapi tiga tahun kemudian, remaja ini yang kini berusia 16 tahun telah menyebabkan cikgu yang sama mengandung. Insiden ini terbongkar selepas cikgu tersebut Renata Juras telah digantung kerja untuk 22 bulan.  Renata dijatuhkan hukuman selepas pelajar tersebut memberitahu mahkamah yang dia mencintai serta ingin berkahwin dengan guru tersebut. Tetapi selepas itu, mahkamah tidak menjatuhkan sebarang hukuman ke atas Renata kerana umur untuk mulai menjalankan hubungan sah di Austria adalah 14 tahun. 

15 Gambar Hebat Yang bikin Anda Tersenyum dan Kagum

Bila memotret dengan sudut pandang yang berbeza, kadangkala imej yang dirakam menghasilkan gambar yang luar biasa. Malah kadangkala, ia boleh menjadi ilusi optik yang seolah-olah nyata (real).  

Bahtera Nabi Nuh di Hong Kong

Dua orang taikun Hong Kong telah membangunkan bahtera tiruan Nabi Nuh, yang dikatakan memiliki saiz dengan skala yang hampir sama dengan ukuran sebenar bahtera Nabi Nuh. Kapal itu turut diisi dengan beberapa binatang yang jumlahnya masing-masing secara berpasangan. Walaubagaimanapun, semuanya hanya terbuat daripada fiber glass. Bahtera tiruan tersebut merupakan sebahagian daripada taman Noah’s Ark atau taman Bahtera Nuh yang berada tepat di sisi jambatan Tsing Ma, Hong Kong. Panjang keseluruhan kapal tersebut adalah 450 kaki, dengan lebar 75 kaki dan selesai dibina pada tahun 2009. Ia turut dilengkapi dengan sebuah restoran mewah dan bilik-bilik hotel dengan pemandangan memukau di tebing sungai yang terbentang lengkap dengan lampu-lampu jambatan yang menyinarinya ketika malam.

Nokia Kini Bukan Lagi Pengeluar Telefon bimbit Terbesar di Dunia

Setelah 14 tahun, kedudukan Nokia sebagai penjual telefon bimbit terbesar di dunia, kini tempatnya telah diambil alih oleh Samsung, menurut firma penyelidikan, Gartner. Hasil penyelidikan jualan bagi suku pertama tahun ini, Samsung berjaya menjual 86.6 juta telefon bimbitnya mengatasi Nokia yang hanya mencatatkan jualan sebanyak 83 juta unit dan Apple melalui jualan 33 juta unit iPhone keluarannya. Kejayaan Samsung itu disumbangkan oleh jualan telefon bimbit pintarnya untuk mengatasi Nokia. Ia menyumbang 43.9 peratus kepada jualan keseluruhan Samsung berbanding Nokia hanya 16 peratus.

Cara-Cara Membuat Telur Rebus Berbentuk 'LOVE'

Di bawah ni tutorial khas untuk korang buat telur rebus berbentuk hati. Tak susah pun, senang je..antara barang yang perlu; kotak kertas susu segera, getah dan chopstik. Cara-Caranya: 1. Potong kotak kertas dan lipat separuh.

Seni Bibir Yang Ohsemm!

Post ini ditujukan khas buat mereka-mereka yang berbibir cantik :))  

Wanita Afghanistan dan Chadri Yang Menutupi Tubuh Mereka

Mungkin anda jarang mendengar istilah Chadri berbanding Burqa. Burqa adalah pemakaian tudung yang menutupi sebahagian muka, kecuali di kawasan mata yang dibiarkan terdedah. Manakala Chadri meliputi keseluruhan muka pemakai kecuali sebahagian kecil ruang mata , yang dilindungi oleh lapisan jaring khas . Sebelum Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan , chadri jarang dipakai di bandar-bandar . Setelah taliban berkuasa , mereka menguatkuasakan wanita dikehendaki memakai chadri di khalayak ramai . Secara rasmi kini, ia tidak lagi dikehendaki di bawah rejim Afghanistan sekarang , tetapi panglima perang tempatan masih menguatkuasakan di selatan Afghanistan .  Pemakaian Chadri dikalangan wanita Afghanistan adalah berubah-ubah dan diperhatikan secara beransur-ansur semakin berkurang di Kabul . Oleh kerana ketidakstabilan politik di kawasan-kawasan ini , wanita yang mungkin tidak cenderung memakai chadri itu perl

Doa Menyambut Bulan Rejab

Sedar tak sedar, kita dah berada di ambang permulaan bulan Rejab. Malam ini merupakan malam permulaan 1 Rejab, marilah sama-sama kita menyambutnya dengan membacakan doa di bawah ini... Encik Billy mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab kepada pengunjung2 Billy Info yang beragama Islam...

10 Artis Lelaki Terkacak di Filipina

Berdasarkan undian peminat-peminat di sebuah lawan web hiburan di Filipina, berikut adalah 10 Artis Lelaki Terkacak dan Terseksi di Filipina:

10 Peperangan Amerika Syarikat yang Dimulakan Dengan Pembohongan

Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula. Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan. 1. Perang Vietnam (1964-1975) Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin. Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media

Inovasi Terbaru, Bra Yang Boleh Simpan iPhone

Bra yang dilengkapi poket pada kedua sisinya ini dicipta oleh 2 orang mahasiswa dari Washington University, bernama Gentry dan Kyle Bartlow. Bra yang diberi nama 'The JoeyBra' itu mendapat inspirasi dari anak kanggaroo bernama Joey. Tidak hanya menjadi tempat penyimpanan iPhone, 'The JoeyBra' juga boleh digunakan u tuk menyimpan kad kredit, dan kunci bilik. Dalam laman web rasminya, bra 'kantung' itu didesain dengan nyaman dan menggunakan motif kulit harimau bintang. Tersedia dalam pelbagai ukuran, 'The JoeyBra' dijual dengan harga promosi US$ 19.90 atau sekitar RM 60 seunit. Sebelum mencipta 'The JoeyBra', Gentry dan Kyle Bartlow terlebih dahulu melakukan survey terhadap 200 pelajar wanita. Hasilnya mendapati 95% wanita mengalami kesulitan menyimpan telefon bimbit ketika ke luar rumah, dan 75% kehilangan telefon bimbit mereka ketika akan pergi ke luar rumah. sumber: http://www.exelroze.info

Tanda-tanda Orang Lelaki Merajuk

Tak dinafikan, adalah 2 atau 3 ciri-ciri di bawah ini pada diri Encik Billy. Orang lelaki kalau merajuk dia boleh jadi complicated kerana dia tak akan tunjuk secara terang-terang. Kalau kaum wanita tak alert, tulah sebabnya boleh jadi pergaduhan. dan, tak perlu pujuk pun, lama-lama dia akan cool down sendiri~ Diam Seribu Bahasa Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Buat Tak Tahu Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Bahaya Naik Motorsikal Terlalu Lama; Zakar Menegang Selama 2 Tahun!

Kesan negatif dari getaran enjin motorsikal tidak boleh dianggap remeh. Seorang lelaki di California misalnya, sejak Mei 2010 mengalami ereksi permanent yang menyakitkan setelah melakukan perjalanan berjam-jam dengan menunggang motorsikal. Henry Wolf ketika ini sedang menfailkan saman terhadap BMW, syarikat yang memproduksi motorsikal miliknya. Selain itu dia juga menyaman Corbin-Pasific, syarikat pembuat tempat duduk khas motorsikal yang dipakainya selama perjalanan kerana dianggap tidak selesa. Henry meyakini, perjalanan yang dilakukannya dengan motorsikal BMW keluaran 1993 pada 1 Mei 2010 atau kira-kira 2 tahun lalu telah membuatnya menderita sehingga sekarang. Zakarnya mengalami ereksi kekal, sehingga terasa sangat sakit kerana posisinya selalu berdiri.

Amerika Syarikat Bakal Bom Makkah dan Madinah Seperti Hiroshima

Amerika Syarikat sedang mempersiapkan sebuah rancangan dan senario yang mengancam tanah suci Makkah dan Madinah. Negara Barat itu merancang perang kemusnahan dengan menggunakan bom atom terhadap Makkah dan Madinah. Ini merupakan langkah deteren terhadap negara-negara Islam yang menjadi ancaman bagi Amerika Syarikat. Tentera Amerika Syarikat dilaporkan sedang mempersiap dan melatih para pemimpin masa depan bahawa perang terhadap umat Islam di seluruh dunia sangat diperlukan, bertujuan melindungi Amerika dari ancaman pengganas Islam, seperti dilaporkan oleh BBC baru-baru ini. Berita yang dikeluarkan oleh BBC itu mengatakan, bahawa tentera Amerika sedang mengajar para pemimpin masa depan yang akan melakukan perang besar melawan 1.4 billion umat Islam di seluruh dunia.

Gambar Aishwarya Rai Kini Gemuk (9 gambar)

Beginilah nasib bekas wanita tercantik di dunia, pemenang Miss Universe, Aishwarya Rai yang kini sedang bergelut untuk kembali ke bentuk badan asalnya setelah melahirkan seorang bayi tidak lama dulu. Kebanyakan pihak di India mencemuh beliau sebagai 'menjatuhkan maruah India' di atas ketidakupayaan beliau untuk kembali kurus, disebabkan statusnya yang bukan sahaja selebriti terkenal di India, malah di dunia:

Lelaki vs. Wanita: Siapa Pemandu Yang Lebih Teruk?

Ramai di antara kita mengakui, kaum lelaki mempunyai tahap driving skill yang rata-ratanya lebih baik daripada kaum wanita. Justeru, disebabkan skill yang hebat sedikit ini, kaum lelaki lebih cenderung untuk memandu secara lebih berbahaya berbanding kaum wanita yang lebih berhati-hati (disebabkan faktor kekurangan skill memandu). Tetapi dalam beberapa skill lain, seperti maintenance kereta, pencapaian wanita adalah sangat teruk. Untuk fakta dan data yang lebih lengkap, anda boleh rujuk infografik di bawah ini, yang berdasarkan sebuah kajian terhadap pemandu-pemandu di United Kingkom. 

Uniknya Lukisan Daripada Ratusan Ribu Semut Mati

Seorang pelukis, Chris Trueman, dari Claremont, California, telah melukis sebuah lukisan yang unik dengan menggunakan 200,000 semut mati berbanding menggunakan cat biasa. Lukisan yang dinamakan “Self Portrait With Gun” itu sebenarnya adalah gambar adik Chris Trueman sendiri, berpakaian sebagai seorang koboi, memegang senapang ayahnya.

Nenas Kembar 15 Berbentuk Hati

Seorang peniaga kedai perkakasan terkesima apabila suaminya membawa pulang nanas kembar 15 seberat 7.7 kilogram yang tumbuh di ladang getah mereka di Kampung Sungkup, Bukit Selambau. Menurut Zuraini Md Isa, 41, nanas unik itu menjadi bualan penduduk kampung dan pengunjung yang memenuhi kedai mereka yang terletak depan masjid Bukit Selambau untuk melihat secara dekat, apabila buah itu diletak sebagai pameran.

Malaysia Antara 10 Negara Dengan Internet Paling Lambat di Dunia

Berdasarkan kajian yang dilakukan Google terhadap kepantasan loading laman web pada komputer desktop dan peranti mudah alih bergerak (mobile phone) di negara-negara di dunia pada awal April lalu, Malaysia menempati kedudukan antara 10 negara dengan kepantasan internet paling lambat baik menggunakan komputer desktop, mahupun mobile phone.  Berikut senarai 10 Negara dengan capaian Internet Terpantas dan Terlembab pada 2012:

Signboard Lawak Yang Akan Membuatkan Anda Tersenyum-senyum

Mengenali Golongan Freegan, Pencari Makanan Dalam Tong Sampah

Beberapa orang mencari sisa makanan yang dibuang dalam tong sampah untuk dimakan di Bandaraya Vancoucer. Mereka merupakan kumpulan yang dikenali sebagai freegan yang tidak membelanjakan wang untuk membeli makanan. Freegan ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu free bermaksud percuma dan vegan yang merujuk kepada para pemakan sayur. Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan. Anggota-anggota kumpulan itu turut membuat makanan seperti sandwic daripada sisa makanan.

Apa Itu Hari Nakba?

Hari Nakba  ( يوم النكبة , bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung diPalestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas pengisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain diPalestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang. Istilah “Nakba” digunakan dalam kaitannya dengan penciptaan Israel pada tahun 1948 setelah berlakunya  ‘pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin. Penduduk Arab Palestin menganggap semua pengusiran dari kampung halaman sejak mandat British (1920-1948) sehingga Perang Arab-Israel 1948 oleh pengganas Zionis sebagai al-Nakba. Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perara

Lebuh Raya Tembus Bangunan di Jepun

“Gate Tower Building”, sebuah bangunan 16 tingkat di Osaka, Jepun ini aadalah antara bangunan paling unik di dunia kerana terdapat sebatang jalan raya bertol yang menembusinya, tepat diantara tingkat 5 hingga 7.  Jalan tol yang menembusinya merupakan jaringan jalan tol sepanjang 293.3 km. Jalan tol ini adalah sebahagian dari “Hanshin Expressway”, jaringan jalan tol yang menghubungkan Osaka, Kobe dan Kyoto. Uniknya lagi, penyelenggara jalan tol tersebut merupakan penyewa tetap pada tingkat ke 5 hingga 7 di gedung ini. Pada tahun 1983, pembangunan bangunan baru di kawasan ini dihentikan oleh pihak berkuasa tempatan, setelah rancangan pembangunan jalan tol yang kebetulan melalui kawasan bangunan ini dimuktamadkan. Namun, pemilik gedung ini menolak untuk menyerah,dan tidak mahu memindahkan bangunan tersebut ke tempat lain. Setelah berunding dengan penyelenggara jalan tol selama 5 tahun, muncullah solusi ini.

Mari Melawat Kilang Kondom

Rupa2nya macam ni caranya nak buat kondom~

Kenali Personaliti Anda Berdasarkan Jenis Darah

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers) Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. Peribadi Asas: Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan. Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Wow, Hotel Bawah Laut di Dubai

Gambar-gambar di bawah ini merupakan gambaran konsep hotel terapung dan juga di bawah laut yang dijangka dibina menjelang 2013 di perairan Dubai. Ia dijangka mempunyai 21 buah bilik bawah laut dan bakal dibina berdasarkan reka bentuk piring terbang UFO.

Kereta Buatan Asli Indonesia VS. Kereta Buatan Asli Malaysia

Sekiranya korang rajin masuk ke forum-forum Indonesia, pasti korang akan perasan betapa tak puas hatinya/marah/dengki/iri hatinya mereka terhadap Malaysia. Salah satunya terhadap produk kereta Proton buatan Malaysia yang dijual di sana. Mereka mengutuk, mengeji malah ada satu komen yang mengatakan, jika didunia ini hanya ada satu sahaja jenama kereta, dan jenama tersebut adalah Proton, maka mereka lebih rela berjalan kaki daripada menaiki kereta Proton! Justeru, bila dah mengutuk macam bagus sangat tu, tertanya-tanya juga, adakah Indonesia mempunyai produk kereta mereka sendiri? Jangan terkejut, rupa-rupanya memang ada! Antara yang dibangga-banggakan:- 1. Mobil Kancil

15 Desain Public Phone Paling Unik dan Kreatif!

Rasanya kini telefon awam sudah semakin tidak relevan pada masa kini jika dibandingkan 10-15 tahun lalu. Teringat lagi masa dulu ketika Encik Billy tinggal di asrama, sanggup beratur setiap hujung minggu di public phone semata-mata nak telefon parents, tetapi sekarang ni, kebanyakan pelajar asrama sendiri dah dibenarkan untuk membawa handphone masing-masing. Mungkinkah pada masa hadapan public phone hanya akan tinggal nostalgia? Mungkin kita perlu melakukan inovasi seperti di bawah ini agar ia tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan...

Syahir a.k.a Edward Martin Jesus, Lelaki Murtad Umum Bunuh Diri Hari Ini?

Ini serius menterkejutkan Encik Billy. Dunia internet Malaysia hari ini dikejutkan dengan pengakuan seorang lelaki di dalam Facebook yang kononnya mahu membunuh diri pada hari ini. Hmm..boleh percaya ke? Sekarang ni, macam-macam benda orang boleh reka. Tapi kalau betul? nauzubillah! Seorang lelaki yang asalnya beragama Islam bernama Syahir dan kemudiannya murtad menukar agama kepada Kristian, Edward Martin Jesus mengumumkan di Facebook miliknya bahawa dia akan membunuh diri. Lelaki itu dikatakan putus cinta dengan wanita bernama Nur Atiqah Nor Aziz. Sebelum membunuh diri dia memberitahu mahu memulangkan barangan pemberian teman wanitanya itu.