Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Seorang Ayah di Mesir Namakan Anaknya 'Facebook'

Seorang pemuda berusia dua puluhan   yang mahu mengungkapkan rasa terima kasih dan syukur tentang kemenangan yang telah dicapai oleh golongan muda dalam revolusi Mesir telah memilih untuk menamakan anak sulungnya sebagai Facebook. Keputusan si bapa, Jamal Ibrahim itu turut mendapat sokongan ahli keluarganya , rakan - rakan , dan tetangga di kawasan tempat tinggalnya. Mereka berkumpul sekeliling bayi perempuan yang baru dilahirkan untuk mengekspresikan sokongan mereka yang terus berlanjutan pada revolusi yang bermula di Facebook . Dalam revolusi Mesir yang akhirnya berjaya menumbangkan regim Mubarak, Facebook telah digunakan untuk menganjurkan perhimpunan awal protes 25 Januari di Tahrir Square . Sejak itu , rakyat Mesir mengambil bahagian dalam pemberontakan yang turut menggunakan medium Twitter , YouTube dan sejumlah laman web lain , selain Facebook , untuk berkomunikasi dan berkoordinasi . sumber: http://www.huffi

Lelaki Terpendek vs. Wanita Dengan Kaki Terpanjang

He Pingqing berasal dari Mongolia (kawasan autonomi China), lelaki terpendek di dunia (2008-2010) berdiri di bawah Svetlana Pankratova dari Rusia, ratu dengan kaki terpanjang, ketika mereka bergambar di Trafalgar Square London pada 16 Sept. 2008 Lagi gambar-gambar menarik:  

[Gambar]- Wanita Paling Gemuk

Lihat gambar di bawah ini...fokus pada kanak-kanak yang paling kiri.  Akibat kecewa putus cinta, dia (kanak-kanak yg paling kiri itu) mula memakan dengan banyaknya sehingga berat badan dia naik seperti gambar di bawah ini...

Ais Krim Susu Ibu (nyam nyam!)

Aiskrim ini diberi nama Baby Gaga  

Hidung Terbesar di Dunia

Ramai orang cakap hidung Encik Billy besar macam jambu air, tapi rupa-rupanya lelaki Turki kat bawah ni ada hidung yang lagi besar! Di bawah ini, inilah manusia yang mempunyai hidung paling besar di dunia.

Seks Oral Punca Utama Barah Tekak

Saintis mendapati seks oral lebih berisiko menyebabkan barah tekak berbanding penggunaan tembakau menerusi aktiviti merokok. Berdasarkan hasil kajian terbaru, saintis-saintis mendapati aktiviti itu merupakan punca utama barah tekak dalam kalangan individu berusia di bawah 50 tahun. Mereka berkata, virus papilomma manusia (HPV) yang merebak ketika aktiviti itu menjadi punca peningkatan barah tekak sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Akuarium Terkecil di Dunia

Hanya memerlukan 10 ml air, atau kira-kira 2 sudu teh air

Gambar Mikroskopik Mata Manusia

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Tuhan...di bawah ini adalah gambar-gambar mikroskopik mata manusia, karya Suren Manvelyan yang merupakan seorang guru di Armenia. Manvelyan mengambil gambar mikroskop mata ini daripada rakan-rakan dan pelajarnya.    

Labah-Labah Berwajah Manusia

Ini baru betul-betul Spiderman!

Gambar Sinar-X Berusia 125 Tahun Dilelong Pada Harga RM 123K

Merupakan gambar sinar-X yang pertama dirakam di Britain Seorang pengumpul barangan antik, Roy David tidak menyangka sekotak fail yang dibelinya dengan harga beberapa pound 15 tahun lalu, tersimpan beberapa gambar berharga. Selepas menyelongkar kotak tersebut baru-baru ini, dia menemui gambar-gambar sinar-X yang pertama dirakam di Britain. Kini, gambar-gambar tersebut yang dirakam oleh seorang pencipta Britain, Alan Swinton, pada Januari 1896, bakal dilelong pada harga £20,000 (RM123,294) dalam satu lelongan di sini, Mac depan. Gambar-gambar itu termasuk tangan duit syiling, pisau cukur dan gabus. Berdasarkan dokumen-dokumen yang ditemui bersamanya, beberapa pakar sejarah mengesahkan bahawa gambar-gambar itu adalah sahih. Swinton merakam gambar-gambar itu beberapa minggu selepas penemuan sinar-X dibuat oleh seorang saintis Jerman, Wilhelm Rontgen pada 1896. sumber:kosmo

[Gambar]- Kesan Kemusnahan Gempa Bumi di New Zealand

My condolences to the New Zealand's people...

Ilusi Optik (14)- Ilusi Optik Paling Simple!

Simple jer nak buat ilusi optik macam kat bawah ni, tak payah nak guna magic, photoshop ke hape ke...macam mana? Korang tengoklah gambar kat bawah ni betul-betul, nanti korang taulah sendiri :p simple kan??

Bayi Terkecil: Daripada Janin Menjadi Bayi Normal

Ketika dia dilahirkan , iaitu pada minggu ke- 15 kehamilan, dan hanya seberat 10.5 ounce , keyakinan ayahnya adalah satu-satunya perkara yang ada di sisi bayinya, Kimberly Mueller . Dia hanya dibenarkan berada bersama ayahnya selama beberapa saat sebelum dia dibawa pergi oleh doktor . Si ayah, Andreas Mueller ketika itu berbicara dari hatinya . 'Kimberly, you'll make it,' Bisiknya kepada bayi itu. Kimberly hanya bersaiz seperti sebuah telefon bimbit. M emiliki berat lebih dari 10 ounce ketika dia lahir di Hanover , Jerman - membuat kan dia adalah bayi terkecil di dunia yang masih hidup

Lady Gaga Menetas Dari Telur Gergasi

Sebelum ini, Lady Gaga sudah membuat penampilan cukup aneh ketika tampil di karpet merah, namun dia melakukannya sekali lagi sewaktu muncul pada anugerah Grammy, baru-baru ini, apabila dia bersembunyi di dalam telur gergasi. Gaga memastikan dia menetas keluar daripada telur gergasi itu melalui persembahan hebat dalam majlis berkenaan.Penyanyi berusia 24 tahun yang suka melakukan kejutan itu keluar daripada telur gergasi berkenaan bagi menyampaikan lagu terbarunya 'Born This Way'. Gaga yang memakai pakaian keemasan dengan rambut diikat tinggi kelihatan seiras Madonna dalam konsert Blonde Ambition, memulakan persembahan dengan cukup bertenaga. Dia juga menunjukkan bakat bermain piano dalam persembahan itu.

Kanak-Kanak Dirantai Seperti Binatang

Melihat gambar-gambar di bawah, terdetik di hati; memang terdapat manusia di dunia ini yang berperangai seperti binatang, malah mereka lebih teruk lagi. Di mana hilangnya sifat kasih sayang sesama manusia?     Bukan sahaja dirantai, malah disuruh juga mengemis

Cerun Merah Jambu Yang Hilang Ditemui Semula

Tarikan pertama ke New Zealand yang dipanggil "tempat ajaib kelapan dunia" oleh pelancong asing pada lewat abad ke-19 ditemui semula selepas 125 tahun tertimbus akibat letusan besar gunung berapi di kawasan itu.   Saintis New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) berkata, mereka menemui semula Cerun Merah Jambu dan Putih ( Pink and White Terraces ) 60 meter di bawah Tasik Rotomahana kira-kira 30 kilometer dari Rotorua. Cerun tersebut digambarkan seperti satu kipas tangan berwarna-warni yang dilitupi warna merah jambu dan putih dan apabila dilihat dari tasik, ia seolah-olah seperti kek perkahwinan yang besar, yang tertimbus akibat letusan gunung berapi berhampirannya, dikenali sebagai Gunung Tarawera yang meletup pada 10 Jun 1886. Letupan selama lima jam itu turut membelah gunung setinggi 1,111 meter itu kepada dua bahagian dan turut menghemburkan debu dan lava ke kawasan sekitarnya yang turut memusnahkan tiga buah kampung serta kira-kira 153 orang penduduk terb

Rasmi: Grand Prix F1 Bahrain Dibatalkan !!

Perlumbaan pembuka tirai Formula Satu 2011, Grand Prix Bahrain dibatalkan ekoran protes anti-kerajaan yang berlaku di negara Teluk itu. Status perlumbaan, yang dijadual berlangsung pada 13 Mac depan tergantung sejak seminggu lalu ekoran keadaan keselamatan negara itu tidak selamat ribuan penunjuk perasaan antikerajaan memenuhi bandar raya utama Manama. sumber: utusan

Komputer Tablet Bakal Gantikan Notebook dan Netbook?

Baru-baru ini Encik Billy ada terbaca satu artikel menarik di mana penulis artikel itu menjangkakan komputer tablet bakal mengambil alih peranan Notebook dan Netbook dalam tempoh 5 tahun saja  lagi...menarik bukan? Bagi Encik Billy, perkara ini tidak mustahil berdasarkan persaingan daripada pengeluar-pengeluar utama dunia memperkenalkan variasi model komputer tablet masing-masing ke pasaran dunia pada tahun ini.  Fenomena ini yang sebenarnya bermula dengan kemunculan iPad oleh Apple pada tahun lalu, kini semakin meriah pada tahun 2011.  Berikut, di bawah ini adalah model-model komputer tablet yang diperkenalkan oleh pelbagai pengeluar jenama terkemuka di Mobile World Congress (WMC) di Barcelona baru-baru ini.  Samsung  Samsung Galaxy Tab 10.1

Hidangan Air Mani Kuda di New Zealand

Air mani kuda yang diekstrek dari kemaluan kuda New Zealand yang dikenali sebagai destinasi sukan ekstrem seperti terjunan bungee dan luncur salji kini mengubah haluan kepada hidangan makanan apabila menyediakan air mani kuda kepada penggemar makanan eksotik. Sajian itu akan disediakan dalam majlis tahunan Festival Makanan Eksotik di bandar Hokitika di Pulau Selatan bulan depan bersama hidangan lain seperti kala jengking, kumbang disalut cokelat dan ulat goreng. “Sajian air mani kuda dapat memberi anda kekuatan seperti haiwan itu selama seminggu,” ujar penternak kuda lumba di Christchurch, Lindsay Kerslake.

Kad Kahwin Putera William dan Kate Middleton

Ratu Elizabeth II sudah menghantar lebih 2,000 kad jemputan bertulisan emas perkahwinan cucunya, Putera William dan Kata Middleton pada 29 April depan. Kad jemputan itu diposkan pada Rabu dan Khamis, dengan lambang Ratu ditampal dengan warna emas.

Lesbian-Lesbian Yang Kelihatan Seperti Justin Bieber

Sapelah yang tak kenal mamat kat bawah ni kan? Umur baru jer 16 tahun tapi dah mampu jadi fenomena satu dunia. Tengoklah rupa dia yang cute dan menawan ni, tak heranlah dia menjadi kegilaan para remaja perempuan di luar sana. Dek kegilaan terhadap Justin Bieber inilah banyak orang yang nak jadi macam dia. Di US, terdapat segelintir perempuan songsang(a.k.a lesbian) yang sanggup merubah penampilan mereka agar kelihatan macam Justin Bieber....macam gambar-gambar kat bawah ni...

Kanak-Kanak Berusia 80 Tahun

Kanak-kanak 8 tahun ini terperangkap dalam badan 80 tahun. Seorang kanak-kanak di United Kingdom menderita sejenis penyakit pelik yang menyebabkan dia menjadi tua pada kadar yang sangat pantas. Ashanti Elliot - Smith, kanak-kanak berusia 8 tahun ini memiliki tubuh seperti seseorang yang berusia 80 tahun , disebabkan oleh sejenis penyakit yang dinamakan Hutchinson - Gilford Progeria Syndrome ( hgp ) .

[Gambar]- Sekitar Perasmian Masjid Al-Khalidiah, Masjid Sumbangan Datuk Siti dan Datuk K

Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid.   Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.  

Cara Membuat Air Soya

Senang je rupanya nak buat air soya ni, ingatkan susah la sangat. Lepas ni konpem tak beli dah dari kedai atau pasar malam. Buat sendiri jek...lagi bagus kan? Berikut merupakan cara-cara membuat air soya tanpa beli dari kedai: B ahan-Bahan : 500 gm kacang soya Sedikit garam Gula secukup rasa Beberapa helai daun pandan Cara: 1. Rendamkan kacang soya sebanyak 500gm dalam air selama 24 jam. 2. Basuh kacang soya dan toskan 3. Kisar kacang soya bersama air dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya bersamaan dua cawan air) 4. Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk mengelakkan air soya berkeladak) 5. Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini. 6. Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau) 7. Masukkan beberapa helai daun pandan 8. Masukkan secubit garam 9. Masukkan gula secukup rasa 10. Sedia diminum sepuas-puasnya! sumber: Me

Kebaikan Meminum Air Soya

Antara menu wajib yang Encik Billy akan beli bila pergi pasar malam adalah air soya (selain spring potato dan ayam goreng). Sebab apa air soya? Sebab dia sedaplah...lagipun air soya pasar malam lagi mantap dari air soya botol atau tin. Selain tu air soya ni lebih berkhasiat daripada minum air-air lain. Apa khasiatnya?...bleh jer usha info-info kat bawah ni... Khasiat air soya: • Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. • Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur. •Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus. •Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin. •Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. •Protien soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung. •Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino ya

Buku Terbesar dan Terberat di Dunia

Berukuran 6x3 meter,  seberat 600 kg

Aksi Kanak-Kanak Yang Mencuit Hati

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang serba indah. Kalau boleh diputarkan kembali masa, Encik Billy ingin kembali ke zaman tu, duduk kat situ dan kekal selama-lamanya macam di alam Neverland (alam Peter Pan yang mana kanak-kanak tak akan besar). Kan Best? Hehehe...  

Al-Quran Terkecil

Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini. Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal. Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid.

Pengasas Facebook Makan Bersila Pun Masuk Berita?

Benda macam ni pun nak masuk berita ke? Seriusly, apa yang peliknya makan bersila? Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan makan bersila dekat pintu sebuah kedai di Palo Alto, California baru-baru ini. Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini. Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan. “Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya. Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.

Sepasang Naga Muncul di Kalimantan

Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini. Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga. Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun , peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas. Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan. Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.

Snippets(13) - 10 Fakta Menarik Hari Ini

1. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10 2. Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi 3. Kita menyambut ulang tahun kelahiran bersama 9 juta orang dari seluruh dunia 4. Setiap manusia dalam seumur hidupnya rata-rata dihabiskan untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu 5. Botol air mineral dan tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50,000 tahun 6. Satu dari 9000 orang menderita albino 7. Gigi memerang tak pernah berhenti tumbuh 8. Kelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang 9. Jika patung Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84cm). Tingginya sekitar 215cm dan punya leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal 10. Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.

Beras China Mengandungi Logam Berat

Sehingga 10 peratus beras yang dikeluarkan China dicemari logam berat berbahaya daripada pencemaran yang dikaitkan dengan proses perindustrian pesat negara itu, menurut satu laporan. Laporan majalah New Century edisi minggu ini melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar beras China dicemari logam berat seperti kadmium sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada banyak usaha diambil bagi mendedahkan bahaya itu.

20 Filem Malaysia Yang Mencatat Kutipan Tertinggi Sepanjang Masa

sumber: beautifulnara

Pramugari Mak Nyah

Sebuah syarikat penerbangan mengambil mak nyah sebagai kakitangan pembantu penerbangan dalam usaha mereka mencipta kelainan daripada pesaing. Dari kiri, Nathatai Sukkaset, 26, Dissanai Chitpraphachin, 24, Chayathisa Nakmai, 24 and Phuntakarn Sringern, 24 Dikenali sebagai golongan ‘katoey’, golongan mak nyah Thailand memiliki peluang dan ruang lebih besar berbanding di negara lain. Selain di kedai menjual barangan kesihatan dan kosmetik, ‘katoey’ sering diberi peluang menjawat pelbagai pekerjaan di bidang lain. Di pusat kesihatan dan kecantikan, seakan-akan satu kemestian sekurang-kurangnya seorang ‘katoey’ bekerja di situ sebagai pembantu. Syarikat penerbangan PC Air yang akan memulakan operasi secara rasmi pada April depan ke beberapa negara Asia pada awalnya bercadang hanya mahu mengambil kakitangan kabin di kalangan lelaki dan wanita, sama seperti syarikat lain.

Topi Keledar Cukur Rambut Dalam Tempoh 20 saat

Seorang lelaki di New York berjaya mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat. Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.

iPhone 4 Diiktiraf Sebagai Handset Terbaik, HTC-Pengeluar Terbaik

 .  . Acara Global Mobile Awards yang baru saja berlangsung di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini telah mengumumkan senarai pemenang untuk tahun 2011 . Beberapa pembuat telefon dan pemaju perisian terkenal telah menerima anugerah . Ada keputusan yang sudah dijangka , sementara yang lain datang sebagai kejutan . Daripada senarai 25 kategori anugerah yang diberi, apa kata kita lihat tiga kategori paling menarik - Best Mobile Award, Device Manufacturer of the Year award dan Best Mobile App Award. Anda boleh menyemak senarai lengkap pemenang dan komen hakim GSMA   di website ini .   Apple iPhone 4 dipilih untuk anugerah Best Mobile Device , dipuji terutamanya untuk paparan tajam (Retina Display), kualiti binaan (build materials) dan yang paling penting adalah kemampuannya mewujudkan ekosistem yang " fenomenal "   bagi aplikasi dan pemaju mereka . Kemenangan ini adalah diluar jangkaan ramai kerana kontroversi kegagalan an

Bila Binatang Pun Tahu Bercumbu

Bila tengok gambar-gambar kat bawah ni, Encik Billy pun rasa teringin nak bercumbu...korang tak rasa ke? :p  

Ikan Paus Yang Bengkok

Seekor ikan paus yang gambarnya dirakamkan dari udara di Pulau Kauai, Hawaii didapati bengkok dekat bahagian ekornya. Gambar ikan paus humpback itu dirakamkan dari sebuah pesawat. Pada mulanya, terdapat tanggapan bahawa sebuah bot mungkin melanggar bahagian belakang ikan tersebut. Namun, seorang penyelaras Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), David Schofield berkata, ikan itu bengkok mungkin disebabkan penyakit scoliosis atau tulang melengkung. Penyakit itu jarang dihidapi haiwan tetapi beberapa saintis menyatakan mereka pernah melihat ia turut berlaku ke atas ikan lumba-lumba.