Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jenayah

[GAMBAR] Melihat Keadaan Syria Sebelum dan Selepas Perang Saudara

Bandar bersejarah Aleppo, salah satu bandar tertua yang didiami di dunia, berada dalam kemusnahan pada hari ini. Perang saudara di Syria, yang telah meledak selama hampir lima tahun sekarang, telah memusnahkan seluruh negara, membunuh puluhan ribu dan berjuta-juta pelarian. Tapak Warisan UNESCO World of Aleppo adalah salah satu kawasan paling teruk dengan kemusnahan yang hanya boleh digambarkan sebagai bencana.

Kartun-Kartun Menghina Islam Oleh Majalah Tabloid Charlie Hebdo

Minggu lepas (7 Januari 2015), dunia dikejutkan oleh kejadian serangan di pejabat akhbar tabloid mingguan Charlie Hedbo, di Paris, Perancis. Kejadian itu telah meragut nyawa sebanyak 12 orang, termasuk 4 daripadanya adalah kartunis Charlie Hedbo. Kejadian serangan ini dikatakan berlaku sebagai tindak balas terhadap penghinaan/perlecehan yang dilakukan oleh majalah ini terhadap Islam.

Warga Yahudi Israel Tonton Gaza Dibom Seperti di Panggung Wayang

Pemandangan kontra terjadi di Semenanjung Gaza, Palestin dan padang pasir Negev, Israel. Dua wilayah ini bersempadan, tetapi warga Gaza bertarung nyawa sedangkan warga Negev sebaliknya menonton tragedi itu. Sebuah foto yang dipost di Twitter oleh wartawan Denmark menggambarkan warga Israel sedang duduk-duduk di puncak bukit, menonton gempuran ke atas Gaza, dan bersorak saat bom-bom skala besar Israel menghentam wilayah Palestin tersebut.

Perbandingan Matinya 3 Pemuda Yahudi dan Pembunuhan 1500 Kanak-Kanak Palestin

Dunia Barat seolah gempar, media mainstream bertalu-talu menyiarkan berita tiga orang pemuda Israel mati dibunuh. Hamas lagi-lagi dijadikan kambing hitam. Pemerintah Benjamin Netanyahu menuntut balas, ribuan warga Tebing Barat dan Gaza terancam mati. Naftali Frankel, 17; Gilad Shaar, 16; dan Eyal Yifrach, 19 (gambar atas); rakyat Yahudi yang diculik berdekatan Hebron pada 12 Jun lalu ditemui mati di sebuah lubang cetek. Sebelum itu, hilangnya ketiga-tiga pemuda ini menggoncangkan hati masyarakat Israel yang langsung melancarkan kempen pencarian di media sosial. Tentera zionis tanpa berlengah melancarkan misi pencarian bertajuk 'Operasi Penjaga Saudara'.

Sadis, Inilah Penjara Paling Sempit Di Dunia!

Benar-benar sadis! Bayangkan, banduan di San Salvador (di Amerika Tengah) ini harus bersesak-sesak dalam sel kurungan sempit yang boleh dikatakan sebagai kandang haiwan.

(GAMBAR) Mangsa Serangan Gas Beracun Oleh Pihak Tentera di Syria

Ketika dunia tertumpu kepada pergolakan di Mesir, Syria pula digegarkan dengan kejadian pembunuhan 'senyap' besar-besaran dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,300 kematian. Ia merupakan insiden terburuk dalam sejarah kemanusiaan berhubung penggunaan senjata kimia dalam perang saudara yang telah berlanjutan selama dua tahun di Syria.

10 Bandaraya Paling Berbahaya di Dunia, Kuala Lumpur di Tempat Ke-6

Tak sangka pula Kuala Lumpur disenaraikan antara 10 Bandaraya paling berbahaya di dunia, di mana bandaraya ini diletakkan pada kedudukan ke-6. Bukankah selama ini pihak berkuasa di Malaysia sering mengatakan Malaysia masih negara yang selamat? Walaupun artikel ini boleh dipertikaikan kesahihannya, namun melihatkan kejadian jenayah terutamanya kejadian bunuh-tembak yang kerap berlaku kebelakangan ini, mungkin apa yang ditulis artikel ini ada kebenarannya.    Berikut 10 Bandaraya paling berbahaya di dunia (artikel dalam bahasa Inggeris):

Kanak-Kanak 11 Tahun Jadi Ayah Kerana Hamilkan Ibu Rakannya Sendiri

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan menjadi ayah setelah menghamili ibu rakannya sendiri yang sudah berusia 36 tahun.  Kanak-kanak berasal dari New Zealand ini tidak pernah menyangka aktiviti seksualnya dengan ibu kepada rakannya itu boleh menyebabkan kehamilan. Kes kanak-kanak 11 tahun 'menghamilkan' suri rumah tangga ini berujung pada perubahan Undang Undang anti pemerkosaan yang wujud di New Zealand ketika ini.

Secara Purata 5 Janin Dibuang Setiap Tahun Ke Dalam Sistem Kumbahan di Malaysia

Malaysia membuang sejumlah 60,000 tan sampah yang boleh diisi hampir 25 kolam renang bersaiz Olimpik dalam sistem rawatan kumbahan setiap tahun. Walaupun proses rawatan di bawah Indah Water Konsortium (IWK) direka untuk berurusan dengan bahan buangan domestik, keadaan sampah-sarap yang tersumbat dalam paip dan loji rawatan termasuk barangan buangan plastik, lampin, tuala wanita dan kondom. Lebih menyedihkan, IWK juga menjumpai beberapa mayat janin dalam loji rawatan, yang masih mempunyai tali pusat. Secara purata, terdapat lima penemuan itu dalam setahun.

Gambar Bayi Diselamatkan Setelah Dibuang Ke Dalam Saluran Kumbahan di China

Allahhu ya Allah...terkedu Encik Billy melihat berita ini di TV sebentar tadi. Betapa ada segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan, malah lebih teruk daripada taraf seekor haiwan.

Kanak-Kanak Ini Tulis Surat Untuk Pencuri Mainannya

Kanak-kanak berusia 7 tahun ini menulis surat untuk pencuri trak permainanannya. Kanak-kanak lelaki bernama WilliamO"Brien ini sangat marah kepada pencuri yang mencuri trak mainan itu ketikaWilliam meninggalkannya di luar rumah. source: thesun.co.uk

Masjid Agung Umaya Dianggap Seperti Taj Mahal India Namun Hancur Kerana Dibom Kerajaan Syria

Menara Masjid Agung yang dibuat pada abad ke-11 yang berdiri menjulang di kota Aleppo ini hancur lebur akibat perang saudara yang terjadi di Syria. Di kota Aleppo ini terjadi perang antara orang awam dengan tentera kerajaan pimpinan Bashar al-Bashir yang dimulai sejak musim panas tahun lalu. Banyak mangsa yang telah maut dalam peperangan ini. Yang lebih parah lagi, banyak kanak-kanak yang terlibat.

Kejam! Rakaman Lelaki Islam Dibakar Hidup-Hidup di Myanmar Oleh Puak Buddha

Menangis Encik Billy tengok gambar dan video di bawah ni. Kenapakah wujud manusia yang kejam, bermusuhan dan saling berbunuhan antara satu sama lain? Kes terbaru ini berlaku di Myanmar di mana aktiviti perbersihan etnik besar-besaran pada abad ini sedang berlaku, dengan kekejaman tahap maksima dilakukan terhadap etnik Rohingya yang beragama ISLAM. Seorang lelaki Islam baru-baru ini dibakar hidup-hidup tanpa sebarang belas kasihan dan bantuan! Polis pula hanya memerhati tanpa menghalang perlakuan kejam ini.

(Gambar) Perlaksanaan Hukuman Gantung Di Kuwait Ditunjukkan Kepada Orang Awam

Kuwait untuk pertama kalinya melaksanakan hukuman mati dalam kurun 6 tahun terakhir pada 1 April 2013 yang lalu. Terdapat 3 pesalah yang menjalani hukuman gantung itu iaitu satu warga negara Pakistan, satu warga negara Arab Saudi, dan satu lagi tidak mempunyai kewarganegaraan.

Kisah Ted Bundy, Si Pembunuh Kacak

Dia mempunyai perwatakan menarik dan bijak yang didakwa mampu memikat golongan wanita. Tetapi, di sebalik wajah kacaknya, lelaki dikenali sebagai Ted Bundy ini sebenarnya adalah seorang penculik, perogol, pembunuh bersiri yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat (AS) pada era 1970-an.

Seorang Ayah Ampuni Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Alquran

Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah. Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya

Gambar Ahli Sihir Dibakar Hidup-Hidup!

Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea. Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu.

Kanak-Kanak 2 Tahun Dibesarkan Oleh Kambing

Pekerja kebajikan masyarakat terkejut apabila menemui kanak-kanak berusia dua tahun tinggal dalam bilik yang penuh dengan kambing. Kanak-kanak liar itu yang dikenali sebagai Sasha T, dibiarkan tinggal bersama-sama haiwan itu oleh ibunya. Menurut sumber, dia bermain dan tidur dengan kambing berkenaan, tidak pandai bercakap atau makan seperti manusia,. Timbalan Ketua Kebajikan Masyarakat di Rostov, sebuah wilayah di Russia berkata: “Ketika kami tiba, Sa- sha duduk di bilik yang sejuk itu, tanpa pakaian. Ibunya tiada di rumah. “Dia sentiasa berdepan dengan maut. Rumah itu terlalu kotor dan busuk. Kami mengambil kanak-kanak itu dan membawanya ke hospital.

Kata-Kata Terakhir Seorang Banduan Sebelum Dihukum Bunuh

10 Peperangan Amerika Syarikat yang Dimulakan Dengan Pembohongan

Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula. Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan. 1. Perang Vietnam (1964-1975) Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin. Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media...