Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Menarik

Inilah Gua Ais Yang Tidak Pernah Mencair, Walaupun Dalam Musim Summer!

Di sekitar benua Eropah, Asia Tengah, dan Amerika Utara terdapat banyak gua ais di mana musim sejuk berlangsung sepanjang tahun. Sebahagian besar gua-gua ais ini terletak di kawasan yang lebih sejuk, seperti Alaska, Iceland dan Rusia, di mana suhu rendah sepanjang tahun membantu menjaga gua secara semulajadi untuk kekal sejuk dan beku. Walau bagaimanapun, gua-gua ais juga wujud di kawasan-kawasan yang lebih panas.

Pantai Yang Rare di Tepi Sungai Paris

Setiap tahun sejak tahun 2002, sebahagian daripada kawasan pejalan kaki di sepanjang Sungai Seine, di tengah-tengah Paris, berubah menjadi pantai dalam acara musim panas popular dipanggil Paris Plages, yang bermaksud "Paris Beach" dalam bahasa Perancis. 

Apa Yang Ada Di Atas Bumbung Bangunan Ini Amat Menakjubkan

Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi kebun tanaman, antara lain turut mempunyai beberapa petak sawah padi, terusan, kolam ikan dan kawasan ternakan.

Beginilah Keadaan Komputer di Korea Utara, Tak Ada Windows Mahupun Mac OS Dibenarkan Penggunaannya!

Tak ramai yang tahu info ini;  Korea Utara memang telah lama membuat dan membangunkan sistem operasi sendiri untuk penggunaan komputer peribadi di negara itu. Ia dikenali dengan nama Red Star OS. Tiada penggunaan sistem operasi windows mahupun Mac OS dibenarkan. Hal tersebut dilakukan untuk mengawal seluruh informasi yang mengalir melalui sektor IT. Dan sekarang sistem operasi berteraskan Linux ini sudah sampai ke versi Red Star 3.

Mengapa Kalendar 2014 Sama Dengan Kalendar 1997? Ini Alasannya..

Satu hal yang menarik, namun ramai yang tak perasan adalah tentang kemiripan kalendar tahun 1997 dan 2014. Ambil contoh, tanggal 1 Januari pada tahun tersebut sama-sama jatuh pada hari Rabu. Sementara akhir tahun juga jatuh pada hari Rabu. Bulan Februari juga sama-sama mempunyai 28 hari. Apa sebab kemiripan tersebut? Apakah hanya kebetulan atau memang ada latar belakang ilmiahnya, sebagai contoh dari segi astronomi?

16 Tempat 'Berhantu' Paling Cantik di Dunia

1. Kolmanskop, Namib Desert   Merupakan sebuah bandar berhantu di sebuah gurun pasir di selatan Namibia. Bandar ini adalah bandar tinggalan sebuah perkampungan perlombongan setelah dilanda ribut pasir.

Apa Yang Akan Terjadi Sekiranya Anda Panaskan Coca-Cola Sehingga Mendidih?

Coca Cola adalah minuman kegemaran ramai dan juga kontroversi, namun ramai tak tahu anda boleh menggunakannya untuk banyak kegunaan lain. Tetapi apa yang berlaku apabila anda didihkannya?

Hotel Bilik Mayat

Menginap di sebuah motel dengan bilik yang nyaman mungkin sudah menjadi perkara yang biasa. Namun, beranikah anda menginap di sebuah motel yang dibangun dengan tema seperti bilik mayat?

Spesies Buah Durian Tanpa Duri Yang Jarang Kita Lihat

Inilah dia buah durian tanpa duri, ia dikenali dengan nama Durian gondol, berasal dari daerah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian lain pada umumnya sehingga dapat mempermudah anda untuk mengupas dan memakannya.

Bisnes Macam Ni Pun Ada? Inilah Kedai Untuk Menghilangkan Stress

Anda stress? Atau baru putus cinta? Atau geram terhadap seseorang sama ada exgirlfriend, bos atau jiran anda? Namun anda tak tahu bagaimana untuk melepaskan stress anda itu? Maka berkunjunglah ke kedai ini. Mungkin ia dapat membantu anda ;p

Kereta Diperbuat Daripada Kertas Seberat 11 Kilogram

Seorang pereka yang berpangkalan di Seattle,  Taras Lesko telah menghabiskan  masa selama  beberapa bulan untuk membina replika  yang hampir sama saiz dengan model kereta popular Lamborghini Aventador  hanya menggunakan  kertas percetakan dan kadbod.

Menakjubkan, Satu Pokok Epal Menghasilkan 250 Jenis Epal Yang Berbeza

Seorang lelaki di Amerika Syarikat mengambil tempoh masa selama 20 tahun untuk menanam sebatang pokok buah epal yang menghasilkan 250 jenis epal dibelakang rumahnya. 

Hotel Twitter Pertama di Dunia

Hotel Melia International adalah hotel pertama di dunia yang berkonsepkan jaringan sosial popular iaitu Twitter. Hotel ini terletak di Magaluf, Sepanyol.  Hotel Melia memperbolehkan para pengunjung berinteraksi dengan staff mahupun pelancong lainnya melalui tweet 140 karakter. Untuk melakukannya, tetamu yang menginap perlu mengakses kemudahan WiFi hotel untuk bergabung di komuniti #SocialWave. Dari situ mereka boleh berbual, berkongsi foto atau mengirim emoticon dengan tetamu yang lain.

Inilah Cara Bagaimana Cermin Kalis Peluru Diuji

Syarikat pembuat kaca kalis peluru, Texas Armoring Corporation mempunyai cara unik bagaimana untuk menguji kaca lais peluru keluaran mereka. Demonstrasi ini dilakukan oleh CEO syarikat tersebut bersama presidennya, Kimball yang berlindung di sebalik kaca tahan peluru setebal dua inci, dan lelaki bersenjata kemudian menembak tiga putaran langsung ke arah kepalanya. Dan kaca tersebut berjaya menahan ke tiga-tiga peluru tersebut.

Spa Minyak Mentah di Azerbaijian

Lazimnya, di sesebuah spa yang terkenal, mereka akan menggunakan kaedah-kaedah seperti menggunakan bunga, mandian susu, urutan badan dan lain-lain lagi yang mampu memberikan keselesaan dan kelegaan pada tubuh badan..Namun, di sebuah klinik di Naftalan, 160 batu dari Baku, ibu negara Azerbaijan, telah mengamalkan kaedah terapi yang menggunakan minyak mentah..menarik bukan

Al-Quran Theme Park Dibina di Dubai

Dubai akan memiliki sebuah taman dengan tanaman dan pokok yang disebut dalam kitab suci al-Quran. Jabatan Projek Am Majlis Perbandaran Dubai mengumumkan rancangan untuk membina Taman al-Quran di Al Khawaneej.

Kafe Yang Diperbuat Daripada Ais Di Tengah Padang Pasir Dubai

Bayangkan di sebuah kawasan yang beriklim padang pasir, anda boleh berjumpa dengan struktur yang diperbuat daripada ais dan bersuhu takat beku. Bukankah ianya kedengaran menarik?

Penjara Mewah Arab Saudi Untuk Militan al-Qaeda

Militan al-Qaeda yang ditangkap di Arab Saudi dikatakan tidak berdepan suasana penjara seperti di kebanyakan penjara lain. Mereka sebaliknya, diberi peluang menjalani pemulihan di sebuah pusat 'pemulihan mewah' yang jarang dirasai oleh tahanan lain.  Pihak berkuasa Saudi berharap, suasana mewah pusat tahanan itu dapat menarik militan al-Qaeda kembali ke pangkal jalan melalui kaunseling, rawatan spa serta riadah.

Ini Bukan Hotel 1,2,3,4 atau 5 Bintang, Tetapi Hotel KOSONG Bintang

Hotel biasanya akan dinilai dengan rating tertinggi berdasarkan layanan, hiburan dan reka bentuknya yang istimewa dan menarik. Namun, terdapat sebuah hotel yang mempunyai nilai 'kosong bintang' yang terletak di bunker bawah tanah di Switzerland.  Dikenali dengan nama Null Stern Hotel, hotel ini tidak menyediakan televisyen, dan bilik mandi peribadi. Kos untuk penginapan selama satu malam adalah sebanyak €6-€18 Euro (RM 40-120).

Rumah Permainan Untuk Anak-Anak Orang Kaya

Teringat dulu masa kecik-kecik selalu main pondok-pondok di kampung. Ada bangsal/dangau yang dibuat khas untuk budak-budak kampung bermain dan menjalani kehidupan bekeluarga secara olok-olok. Masak menggunakan tempurung kelapa sebagai kuali dan lauk yang dimasak selalunya daun-daun hijau, bunga-bunga kertas dan masak air. Ada peranan bapa, emak, ayah, datuk, nenek dan ada juga main kahwin-kahwin. Inilah nostalgia zaman dulu, cara kanak-kanak kampung bermain dan berhibur. Kanak-kanak zaman kini? Mungkin memerlukan 'dangau' mewah seperti di bawah ini...