Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Semasa

Misteri dan Teori Kematian William Yau Zhen Zhong

Adakah kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong diculik sebelum dibunuh atau dia mati akibat terlibat dalam tragedi? Itulah persoalan yang berada di fikiran pegawai penyiasat ketika ini berikutan penemuan mayat reput kanak-kanak berusia enam tahun di Kampung Sungai Sireh pada petang Khamis lalu.

Terkini, Gambar-Gambar Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112)

Pusat bandar Kuala Lumpur dibanjiri 100,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

Gambar Perbandingan Yahudi Zaman Hitler dan Zaman Kini

Satu fakta yang perlu diketahui, peperangan yang dianjurkan Hitler yang membunuh jutaan bangsa Yahudi  juga adalah disokong oleh Illuminati bagi mencetuskan Perang Dunia ke-2. Hal ini mampu dijadikan cara untuk meneruskan peperangan demi peperangan. Dunia terus tertipu oleh kaum yahudi dengan konspirasi yang mereka cipta.. Berikut perbandingan Yahudi di zaman Hitler berbanding Yahudi di zaman kini (di Palestin)...

Gempa Bumi 8.9 Ritchter di Aceh: 27 Negara Keluar Amaran Tsunami, Malaysia Mungkin Terlibat

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dipercayai berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh dikesan berlaku, sebentar tadi. Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku tsunami. Amaran itu meliputi seluruh kawasan melibatkan Lautan Hindi. Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi ini.

Perbandingan Harga Minyak Termahal dan Termurah di Seluruh Dunia

          Inilah senarai harga petrol di negara-negara di dunia. Data ini terbahagi kepada 2 bahagian: 25 harga termurah dan 25 harga termahal. Untuk data selengkapnya, boleh klik di petrol-prices/ Perhatian: data dibawah ini disusun berdasarkan mata wang euro. Jadi anda harus congak sendiri untuk tukar kepada nilai Ringgit. (1 euro = 4.091 ringgit Malaysia). Lagi satu, tidak semua negara menggunakan standard petrol yang sama e.g Malaysia paling murah RON 95 manakala di Brunei RON 97.

Tragedi TITANIC di Abad ke-21 (Berulang Lagi !!)

 Oh, ianya sangat ironik! Kejadian kapal persiaran mewah Costo Concordia yang tenggelam baru-baru ini sangat mengingatkan Encik Billy dengan kejadian kapal TITANIC yang tenggelam kira-kira 100 tahun yang lalu (15 April 1912). Korang boleh lihat gambar2 di bawah ini dan pasti korang akan dapat relate gambar2 ni dengan beberapa scene dari filem Titanic...ianya sangat identical dan ironic!

Sejarah Diolah: Tarikh Penubuhan Melaka Pada 1262 Bukan 1400

Kerajaan negeri Melaka bersetuju menetapkan tarikh penubuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1262 dan bukannya 1400 seperti yang menjadi rujukan umum sebelum ini. Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP), Datuk Mohd. Said Yusof berkata, asas yang diambil untuk menukar tarikh sebenar penubuhan Melaka berdasarkan dua karya agung iaitu Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

(GAMBAR) Letupan di Pusat Beli Belah Empire Tower Subang

Highlight: Letupan berlaku pada kira-kira pukul 3.40 pagi tadi. 4 orang dilaporkan cedera Letupan dipercayai akibat kebocoran gas di bawah bangunan

Sebab-Sebab Mengapa Israel dan AS Takut Dengan Kemerdekaan Negara Palestin

Palestin telah mengemukakan permohonan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendapatkan pengiktirafan daripada badan dunia itu sebagai sebuah negara berdaulat kelmarin. Meskipun mendapat tentangan kuat daripada Israel dan Amerika Syarikat (AS), Presiden Mahmoud Abbas tetap bertegas untuk meneruskan usaha itu bagi mendapatkan pengiktirafan Palestin menjadi negara anggota penuh PBB. AS telah mengumumkan akan menggunakan kuasa vetonya bagi menolak permohonan Palestin itu jika ia dibawa ke peringkat pengundian.

Undang-Undang ISA Bakal Dimansuhkan - PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.   Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan TV3, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

(GAMBAR) New York Selepas 10 Tahun Peristiwa 9/11

Amerika Syarikat akan memperingati ulangtahun ke-10 serangan 11 September 2001, tidak lama lagi. Mari kita lihat keadaan lokasi kejadian setelah 10 tahun peristiwa ini terjadi... Dahulu

(GAMBAR) Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

Gambar detik-detik terakhir Allahyarham Noramfaizul...  

Info Grafik: Liku-Liku Kejayaan Rakyat Libya Menumbangkan Regim Muammar Gaddafi

Game over! Kini, selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli. Pertahanan Gaddafi hancur manakala pemerintahan kuku besinya selama 42 tahun juga berakhir, namun di mana pemimpin Libya itu kini bersembunyi masih tidak dapat dipastikan. Berikut liku-liku kejayaan pemberontak menumbangkan Regim Gaddafi:

Awas Dengan Buah Kurma Tiruan di Pasaran

Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis. Perbezaan kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah. Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kerajaan Umum Bonus Raya Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Apple Dan Samsung Ambil Alih Tempat Nokia Sebagai Pengeluar Smartphone Terbesar di Dunia

Suatu ketika dulu, Nokia adalah raja segala raja dalam arena Smartphone. Tapi sejak 3 tahun kebelakangan ini, penguasaan pasaran Nokia dalam arena telefon pintar dilihat semakin menguncup. Dan lebih parah lagi apabila pada suku kedua tahun ini, kedudukan global Nokia jatuh di tempat ketiga dibelakang Apple dan Samsung. (Lihat data di bawah) Yang menariknya adalah keupayaan Apple menguasai pasaran telefon pintar walaupun hanya mempunyai 4 model smartphone di pasaran iaitu iphone I, iphone 3G, iphone 3gs dan iphone 4. Manakala Samsung pula tidak perlu diperkatakan lagi dengan pelbagai barisan telefon pintarnya yang popular seperti Samsung Galaxy dan Samsung Wave.

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram. Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun. “Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Selamat Datang Negara Terbaru di Dunia - Sudan Selatan

Selepas berdekad-dekad peperangan dan berjuta-juta kematian dicatatkan, hari ini tepat pukul 12.01 pagi dihadapan berpuluh-puluh ribu rakyat Sudan dan pembesar-pembesar asing menyaksikan negara terbaru di dunia dilahirkan pada hari Sabtu (9/7/2011).   Sudan Selatan menjadi negara ke-193 di dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), juga merupakan salah satu dari negara di dunia yang paling kurang membangun.  Bertempat di sekitar makam John Garang, iaitu seorang pemimpin lama Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA) - orang ramai yang mula berkumpul sejurus selepas fajar, dengan beribu-ribu rakyat Sudan Selatan mula mengambil tempat masing-masing untuk menyambut kemerdekaan.  

Google Buat Penjenamaan Semula Untuk Picasa dan Blogger (Picasa=Google Photos, Blogger=Google Blogs)

Google benar-benar mahu projek rangkaian sosial (Google + ) nya untuk berjaya . Sehinggakan syarikat itu akan melakukan penjenamaan semula perkhidmatan popularnya iaitu Picasa dan Blogger untuk membantu promosi bagi menyaingi Facebook . Google akan cuba untuk mengukuhkan jenama dengan penamaan semula Picasa kepada " Google Photos " dan Blogger kepada " Google Blogs " . Khabar angin mengatakan bahawa perkhidmatan lain mungkin akan turut terjejas (penjenamaan semula), walaupun nama YouTube akan kekal buat masa ini . Penjenamaan semula Picasa dan Blogger akan mengambil masa mungkin selama sebulan atau berbulan-bulan , jadi mungkin ia tidak akan siap sepenuhnya ketika perkhidmatan Google + dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Khabar angin mengatakan bahawa perkhidmatan Google + akan dilancarkan pada 31 Julai ini .

Orang Melaka Please Take Note! - Inilah 5 Zon Larangan Merokok di Melaka

Berita buruk kepada perokok dan berita baik kepada mereka yang tidak merokok di Melaka. Ini kerana mulai 15 Jun ini, orang ramai dilarang menghisap rokok di lima kawasan awam di negeri itu termasuk tempat tumpuan pelancong seperti sekitar kota peninggalan penjajahan Portugis, A’Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka.  INFO: Zon Larangan Merokok Melaka   Bandar Warisan Dunia - meliputi sekitar Bukit St. Paul yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, muzium, gereja, bangunan Stadthuys, Kota A’Farmosa dan persisiran Sungai Melaka. Kawasan perumahan dan komersil yang bersejarah serta bangunan keagamaan sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock (Jalan Heren), Jalan Hang Jebat (Jonker Street), Jalan Tokong/Tukang Emas/Tukang Besi dan Jalan Kampung Pantai, Jalan Merdeka, Jalan Kota Laksamana, Jalan Ong Kim Wee, Jalan Tan Chang Yan, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Banda Kaba dan Jalan Chan Koon Cheng.