Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Automotif

Gambar Model Terbaru Proton Global Compact Car (GCC) Bocor di Internet

Menarik juga rekaan model terbaru Proton ini. Sekali imbas, desain depan ala-ala gabungan model Ford Fiesta + Kia Rio (pada bahagian lampu), dengan desain belakang seperti gabungan model Myvi + Exora + Kia Picanto. Memang menarik rekaannya. Model ini dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.

(GAMBAR) Proton Perdana Versi Terbaru Keluaran Proton

Sebentar tadi, syarikat kereta Nasional, Proton baru sahaja melancarkan model generasi terbaru Proton Perdana. Model ini dihasilkan berdasarkan model Honda Accord generasi lama yang diubahsuai (rebadge) dengan imej Proton. Kereta itu didatangkan dalam dua warna iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan engin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun buat masa ini, kereta tersebut tidak dijual kepada orang awam kerana hanya sebanyak 200 unit dihasilkan untuk kegunaan pegawai kerajaan.

Melihat Kereta Konsep Perodua Buddyz di Pameran KLIMS 2013

Mengambil tempat di pameran Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS13) dari Perodua adalah satu konsep yang optimistik dipanggil Sedan Model Global ( GMS) Buddyz . Disasarkan kepada   pengguna Gen Y dan Gen Z, kereta empat pintu itu memunyai bentuk sudut bersih dengan unsur-unsur pencahayaan yang menarik.

(GAMBAR) Ini Kereta Atau Hotel 5 Bintang?

Ini kereta atau hotel 5 bintang? Itulah persoalan yang pasti terlontar setelah kita melihatnya pertama kali.

Kereta-Kereta Mewah Milik Orang Kaya Arab Yang Terbiar dan Terbuang di Dubai

Orang-orang Arab sang raja minyak memang terkenal kaya raya. Hartanah  dan kereta mewah sudah menjadi perkara biasa untuk mereka. Lihat saja kereta-kereta mewah yang 'dibuang' dan terbiar begitu sahaja di tempat-tempat awam di Dubai. Kereta-kereta mewah ini sebenarnya masih lagi elok dan boleh dipakai, namun mungkin kerana dah terlalu kaya dan dah tak tau nak buat apa dengan duit yang berkepul-kepul, inilah jadinya...

Kereta Termahal di Dunia - Lamborghini Veneno Roadster

Pengeluar kereta sports terkenal Itali, Lamborghini baru-baru ini memperkenalkan model terbarunya, sekaligus merupakan kereta paling mahal di dunia

Canggih, Tayar Kereta Tanpa Angin Buatan Korea Selatan

Pengeluar tayar terkenal dari Korea Selatan, Hankook, bakal menghasilkan tayar kereta canggih tanpa angin menjelang awal 2014. Tayar ini dikenali dengan nama i-Flex.

Spesifikasi Penuh dan Harga Proton Suprima S

Baru sebentar tadi berakhir majlis pelancaran model terbaru Proton, Proton Suprima S yang disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Matrade Exhibition and Convention Centre, di Kuala Lumpur. Berikut spesifikasi penuh Proton Suprima S serta beberapa gambar sekitar majlis pelancarannya sebentar tadi:

Model Terbaru Proton Suprima Bakal Dilancarkan Sabtu Ini?

Jika sebelum ini model terbaru Proton hanya dikenali dengan nama C Hatch@P3-22A ataupun Preve Hatchback , kini teka-teki nama model terbaru Proton itu telah terjawab. Ia dikenali dengan nama Proton Suprima . Mengikut info di internet, varian tertinggi (hi-spec) bakal dikenali dengan nama Suprima S manakala varian biasa dengan nama Suprima sahaja.  Khabarnya majlis pelancaran model ini bakal dilangsungkan pada Sabtu ini dengan jangkaan harga RM 75k sebuah. Sama-sama kita nantikan.

(GAMBAR) Proton Preve Hatchback Undisguised, Nampak Menarik!

Imej model terbaru Proton memang sudah lama muncul di internet, namun berbeza berbanding sebelum ini, imej terbaru yang bocor di internet ini memperlihatkan gambaran keseluruhan kereta ini tanpa sebarang penyamaran. Pada hemat Encik Billy, rekaan yang ditampilkan Proton kali ini boleh tahan menarik. Kini kita tunggu pula detail spesifikasinya selepas ini....

Gambar Terbaru 'Rear View' Model Proton Preve Hatchback P3-22A Bocor di Internet

Selama ini kita hanya didedahkan dengan spyshot versi camouflage yang sarat sebagai usaha pihak Proton untuk menyembunyikan 'wajah' sebenar model terbaru ini. Tetapi hari ini, sebuah gambar leak yang bocor di forum.lowyat.net mendedahkan rupa sebenar bahagian belakang Model Proton Preve Hatchback P3-22A ini.  Versi camouflage

(GAMBAR) Polis UK Guna Kereta Proton Sebagai Kenderaan Rasmi

Wow, walaupun banyak rakyat Malaysia yang merungut tentang Proton, namun ia tetaplah menjadi satu kebanggaan apabila kereta keluaran Malaysia ini digunakan sebagai kenderaan rasmi oleh pihak polis tempatan di UK, lebih tepatnya  berdekatan sebuah bandar di Humberside UK, kereta Proton digunakan oleh polis disana. Antara model yang digunakan adalah Proton Waja, Proton Wira, Proton Gen-2 dan Proton Persona.

Proton Bakal Lancarkan Model Terbaru Proton Suprima, Idaman, Persada, Exia, Esfora?

Carian daripada pangkalan data MyIPO mendedahkan Proton telah mendaftarkan nama Proton Suprima pada awal tahun ini dalam apa yang dikatakan adalah pengganti kepada model Proton Perdana. Selain daripada Proton Suprima, beberapa trademark lain yang belum pe rnah kita dengar sebelum ini turut muncul dalam database MyIPO iaitu Proton Idaman , Proton Persada , Proton Exia dan Proton Esfora .  

Sekolah Memandu Khas Untuk Kaum Gay Dibuka di UK

Golongan homoseksual (penyuka sesama jenis) di UK terkadang berasa malu jika perlu berurusan dengan golongan heteroseksual. Melihat keadaan itu, sebuah sekolah memandu khas untuk penyuka sesama jenis di buka di Manchester, UK.

Gambar Toyota Vios Generasi Terbaru

Kecantikan memang sesuatu yang subjektif. Walaupun pada pandangan Encik Billy model Toyota Vios ketika ini, tidak menarik dan rupawan, namun ia tetap merupakan antara model kereta kegemaran rakyat Malaysia. Buktinya, Vios merupakan model kereta bukan nasional yang paling laris di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

10 Kereta Dengan Rekabentuk Paling Buruk

Majalah Forbes baru-baru ini mengeluarkan senarai kereta dengan desain terburuk untuk tahun ini. Jenama-jenama yang masuk dalam senarai ini datangnya dari Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat. Sayangnya brand dari Malaysia tak termasuk pulak..hehe.

Kereta-Kereta Made in China Yang Dicetak Rompak Dari Jenama Terkenal

China memang terkenal sangat produktif membuat pelbagai jenis barangan dan peralatan, mulai dari peralatan rumah tangga sehinggalah ke pembuatan gadjet dan perlatan berteknologi tinggi. Sayangnya, strategi yang diterapkannya lebih cenderung meniru dan mencetak rompak, terutamanya yang berjenama terkenal dan berjaya di pasaran. Lihat saja bagaimana jenama kereta di China meniru jenama terkenal dunia seperti di bawah ini: Dadi Shuttle copy of Toyota Prado

(GAMBAR) Spyshot dan Rendering Model Terbaru Proton, Preve Hatchback

Dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2013, pengeluar kereta nasional negara, PROTON kini sedang rancak melakukan pelbagai uji-kaji sebelum pelancarannya. Model ini membawa kod nama P3-22A ( atau Prevé hatchback) adalah lanjutan daripada versi sedan Proton Preve yang dliancarkan pada suku pertama 2012.  Berikut beberapa gambar spyshot yang berjaya dirakam dalam tempoh sebulan yang lalu (Disember 2012):

Kos Memliki Kereta di Malaysia Adalah Yang Terendah di ASEAN

Kos keseluruhan bagi pemilikan kenderaan di Malaysia adalah antara yang terendah di ASEAN, menurut satu analisis perbandingan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, harga kenderaan di Malaysia diakui tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Thailand namun jika dihitung dengan harga petrol, insurans dan cukai jalan, kos pemilikan kenderaan di negara ini masih lagi rendah.

Canggih, China Cipta Kereta Yang Boleh Dipandu Dengan Remote Control

BYD Auto telah mengeluarkan satu model baru sedan F3 , salah satu kompak terlaris di China .Sedan itu diberi nama F3 Su Rui , dengan harga bermula dari RMB   65900 ( RM32 , 300) untuk kuasa asas 109 hp dengan varian 1.5   liter . Tetapi yang paling menarik pada model ini ialah ciri Remote Driving - yang mana kereta boleh dipandu hanya dengan remote control tanpa memerlukan pemandu berada di dalam kereta.