Senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia: 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong) 2 Canada: 178,900,000,000 barrels 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
Pernah dengar iklan berbunyi seperti ini; 'Tawaran Separuh Harga Courts Mammoth, Pakai Dulu Bayar kemudian', 'Tawaran Hebat Aidilfitri, Diskaun Sehingga 70% dengan cashback sehingga RM 5000!'. Siapa yang tak tergiur bukan bila mendengar tawaran 'hebat' seperti ini? Maka ramailah diantara kita (terutamanya orang Melayu, sadly!) yang berpusu-pusu serbu Courts Mammoth semata-mata 'buta' dengan tawaran murah ini.
Malaysian Business, majalah perniagaan utama di negara ini baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 40 individu terkaya di Malaysia. Menariknya, buat pertama kalinya kali ini, 3 daripada 10 individu terkaya di Malaysia terdiri daripada tokoh korporat Melayu. Siapakah mereka? Ikuti senarai 10 individu terkaya di Malaysia di bawah ini:
Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion). Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.
Siapa kata kempen memulaukan produk zionis hanyalah aktiviti yang sia-sia? Ia juga adalah suatu jihad yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja termasuklah kita di Malaysia ini tanpa perlu mengangkat senjata dan berperang. Malangnya di Malaysia, kempen seperti ini hanya bersifat hangat-hangat tahi ayam.
Dahulu, Samsung dianggap sebagai jenama elektronik kelas ke-dua. Produk mereka dianggap kurang berkualiti dan kurang berstatus dibandingkan dengan jenama lain, khususnya jenama berasal dari Jepun. Namun kerja keras Samsung akhirnya membuahkan hasil. Hingga akhirnya vendor berasal dari Korea Selatan tersebut saat ini menjadi pengeluar elektronik kelas dunia yang disegani. Ingin tahu beberapa fakta menarik mengenai pengeluar smartphone terbesar di dunia ini? Jemput baca.
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia, demikian mengikut kajian dibuat oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg.
Ia tidak menjadi rahsia lagi bahawa Samsung mendominasi pasaran Android , tetapi margin kedudukannya mungkin agak mengejutkan bagi sesetengah pihak . Menurut laporan dari firma analisis telefon bimbit Localytics , syarikat dari Korea Selatan itu mendominasi 8 daripada 10 teratas dalam penggunaan peranti Android .
Samsung adalah salah satu penyedia OEM terbesar di dunia teknologi. Didirikan oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938 sebagai syarikat menjual mee dan makanan laut kering, Samsung kemudiannya berkembang sebagai syarikat perdagangan eksport pelbagai produk dari Korea Selatan ke Beijing, China. Kemudiannya Samsung secara bertahap berkembang menjadi syarikat multinasional seperti sekarang ini.
Ketika syarikat elektronik gergasi Apple dan Samsung bersaing untuk mendominasi pasaran dengan melancarkan produk yang kompetitif sehingga perlu bertarung sengit dalam hal paten, syarikat elektronik Jepun pula sebaliknya perlu berjuang untuk bertahan dalam pasaran elektronik yang kompetitif dan sengit.
Kos keseluruhan bagi pemilikan kenderaan di Malaysia adalah antara yang terendah di ASEAN, menurut satu analisis perbandingan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, harga kenderaan di Malaysia diakui tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Thailand namun jika dihitung dengan harga petrol, insurans dan cukai jalan, kos pemilikan kenderaan di negara ini masih lagi rendah.
Laporan ini dipetik daripada data Bank Dunia tentang 75 negara dengan kemampuan ekonomi terbesar yang memiliki beban hutang paling tinggi dibandingkan ratio Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Laporan yang dimuat majalah Forbes ini membandingkan 20 Negara Penghutang Terbesar di Dunia : 1.Ireland Ratio Hutang (% KDNK): 1352% Hutang luar negeri: $2.39 juta KDNK : $177.3 juta
Setelah 14 tahun, kedudukan Nokia sebagai penjual telefon bimbit terbesar di dunia, kini tempatnya telah diambil alih oleh Samsung, menurut firma penyelidikan, Gartner. Hasil penyelidikan jualan bagi suku pertama tahun ini, Samsung berjaya menjual 86.6 juta telefon bimbitnya mengatasi Nokia yang hanya mencatatkan jualan sebanyak 83 juta unit dan Apple melalui jualan 33 juta unit iPhone keluarannya. Kejayaan Samsung itu disumbangkan oleh jualan telefon bimbit pintarnya untuk mengatasi Nokia. Ia menyumbang 43.9 peratus kepada jualan keseluruhan Samsung berbanding Nokia hanya 16 peratus.
Tak kiralah seberapa famous pun anda, sebagai seorang ahli perniagaan, anda wajib mempunyai bisnes kad sendiri. Berikut 10 bisnes kad milik 10 ahli perniagaan paling terkenal di dunia: Mark Zuckerberg - Facebook
Apple berjaya mendapatkan perintah mahkamah di Jerman untuk menyekat Samsung daripada memasarkan keluaran komputer tablet terbaru mereka, Galaxy Tab 10.1 di Kesatuan Eropah (EU).
Apple iPad vs. Galaxy Tab
Dalam pertikaian terbaru mengenai paten dan hak cipta antara kedua-dua syarikat itu, perintah sekatan penjualan tersebut akan dilaksanakan di semua negara anggota EU kecuali Belanda, menurut satu sumber yang rapat dengan perundingan tersebut kepada agensi berita Jerman dpa . Perintah yang dibuat oleh mahkamah negeri Dusseldorf itu dikenakan ke atas anak syarikat Samsung di Jerman iaitu Samsung Electronics GmbH dan syarikat induk di Korea Selatan. Keputusan dibuat ketika Samsung bersiap sedia untuk melancarkan keluaran terbaru mereka, Galaxy Tab 10.1 di Jerman bulan ini. Apple turut memfailkan tuntutan saman sebanyak 250,000 (RM1.09 juta) atau hukuman ke atas syarikat Korea Selatan itu jika tidak mematuhi perintah tersebut.
Gergasi komputer dan telefon bimbit AS, Apple memintas pengeluar minyak global, Exxon Mobil sebagai syarikat terbesar di dunia untuk seketika baru-baru ini. Nilai syarikat Apple yang diasaskan oleh Steve Jobs pada 1976 yang mengeluarkan telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad itu ialah AS$341.5 bilion (RM1.027 trilion) kelmarin sekali gus berjaya mengatasi Exxon yang bernilai AS$340 bilion (RM1.023 trilion).
Akibat marah dengan kelemahan pihak berkuasa, lapan ketua kampung di daerah Sintang, Kalimantan Barat bercadang mengibarkan bendera Malaysia sempena hari kemerdekaan republik Indonesia pada 17 Ogos ini. Ia sebagai tanda protes berikutan tindakan kerajaan mengabaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana dan perkhidmatan untuk rakyat yang tinggal di sempadan negara ini dengan Sabah dan Sarawak. "Pentadbiran tempatan di kawasan sempadan itu hanya mengambil berat mengenai kebajikan rakyat sewaktu pilihan raya saja. Pada masa lain, rakyat dilupakan," kata TB Hasanuddin, seorang ahli politik daripada parti pembangkang Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan.