Skip to main content

Nokia Kini Bukan Lagi Pengeluar Telefon bimbit Terbesar di Dunia






Setelah 14 tahun, kedudukan Nokia sebagai penjual telefon bimbit terbesar di dunia, kini tempatnya telah diambil alih oleh Samsung, menurut firma penyelidikan, Gartner.


Hasil penyelidikan jualan bagi suku pertama tahun ini, Samsung berjaya menjual 86.6 juta telefon bimbitnya mengatasi Nokia yang hanya mencatatkan jualan sebanyak 83 juta unit dan Apple melalui jualan 33 juta unit iPhone keluarannya.

Kejayaan Samsung itu disumbangkan oleh jualan telefon bimbit pintarnya untuk mengatasi Nokia. Ia menyumbang 43.9 peratus kepada jualan keseluruhan Samsung berbanding Nokia hanya 16 peratus.

Berdasarkan penguasaan pasaran dalam suku pertama itu, Samsung menguasai 20.7 peratus pasaran, diikuti Nokia (19.8 peratus), Apple (7.9 peratus), ZTE (4.2 peratus) dan LG (3.5 peratus).

Bagaimanapun menurut Gartner, jualan telefon bimbit dunia dalam suku pertama 2012, merosot dua peratus kepada 419.1 juta unit berbanding tempoh sama 2011 iaitu berjumlah 427.8 juta unit.

Sementara itu, jualan telefon bimbit pintar terus mencatatkan jualan memberangsangkan iaitu sebanyak 144.4 juta unit dijual dalam suku pertama tahun ini, iaitu meningkat 44.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, dari segi persaingan jualannya, Samsung kembali mengatasi Apple apabila berjaya menjual 38 juta unit di seluruh dunia.

sumber: utusan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.