Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

(Salam Ramadhan) - 9 Hadith Rasulullah Mengenai Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan merupakan salah satu ibadah wajib umat islam yang harus dilaksanakan. Beberapa hadis puasa menjadi pegangan sekaligus rujukan tentang bagaimana menjalankan ibadah ramadhan dengan khusuk dan benar. Nabi Muhammad SAW selalu menyambut bulan Ramadhan dengan bahagia. Baginda menyampaikan beberapa hadis mengenai puasa ramadhan: Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.

Koleksi Kereta Mewah Milik Justin Bieber

Betapa jelesnya Encik Billy melihat koleksi kereta mewah milik Justin Bieber ni. Bayangkan dia baru berusia 17 tahun tapi sudah penuh koleksi kereta mewah di garajnya. Bayangkan juga dia baru saja berusia 16 tahun ketika membeli kereta pertamanya iaitu sebuah Porshe dan Lamborgini! Justin Bieber memiliki sebuah Porsche Turbo 997 , banyak paparazzi menangkap gambar Bieber memandu Porsche mewah ini di Miami . Beliau juga memiliki sebuah Ferrari 430 dan sebuah Lamborghini Gallardo. Selain itu dia turut mempunyai sebuah kereta Range Rover . Kereta ini dihadiahkan kepada Bieber oleh Usher pada parti hari jadinya yang ke-16 .  

Kerap Makan Sosej (Hot Dog) Boleh Membahayakan Kesihatan

Sebuah kajian terbaru di Amerika Syarikat menyebutkan bahawa kekerapan mengambil sosej sebagai hidangan dapat mengakibatkan penyakit kanser kolorektal atau kanser usus. Kajian yang dilakukan oleh Dana Penelitian Dunia itu mengatakan bahawa 50 gram sosej yang dimakan setiap hari dapat meningkat risiko penyakit kanser usus sehingga 20%. Selain itu daging sosej juga mengandungi kolesterol dan sodium yang tinggi - dua bahan penting yang memastikan keenakan sosej.

Rekod Terbaru Burger Terbesar di Dunia

Dua chef berjaya menghasilkan hamburger terbesar di dunia yang memerlukan masa selama 15 jam untuk dimasak dengan berat 352.44 kilogram (kg) di Pleasanton, California. Burger itu dihasilkan oleh chef Brett Enright dari restoran Juicy's Outlaw Grill di Phoenix dan Nick Nicora yang merupakan tukang masak di syarikat makanan Ovations Food Services.

Apple Dan Samsung Ambil Alih Tempat Nokia Sebagai Pengeluar Smartphone Terbesar di Dunia

Suatu ketika dulu, Nokia adalah raja segala raja dalam arena Smartphone. Tapi sejak 3 tahun kebelakangan ini, penguasaan pasaran Nokia dalam arena telefon pintar dilihat semakin menguncup. Dan lebih parah lagi apabila pada suku kedua tahun ini, kedudukan global Nokia jatuh di tempat ketiga dibelakang Apple dan Samsung. (Lihat data di bawah) Yang menariknya adalah keupayaan Apple menguasai pasaran telefon pintar walaupun hanya mempunyai 4 model smartphone di pasaran iaitu iphone I, iphone 3G, iphone 3gs dan iphone 4. Manakala Samsung pula tidak perlu diperkatakan lagi dengan pelbagai barisan telefon pintarnya yang popular seperti Samsung Galaxy dan Samsung Wave.

Jambatan Gulung Yang Menakjubkan di London

Rolling Bridge yang menakjubkan ini terletak di Paddington Basin, London. Ia dicipta oleh Thomas Heatherwick dan mempunyai panjang 12 meter. Ia hanya dibuka setiap Jumaat tengah hari. 

Hanya Wanita Dibenar Pandu Bas di Argentina

Sebuah bandar berhampiran ibu kota Buenos Aires, Argentina yang berwaspada dengan hentian brek mengejut dan selekoh tajam yang sering dilakukan pemandu lelaki, mengambil wanita secara eksklusif untuk membawa penumpang. “Dengan wanita memandu, rangkaian bas berorientasi keluarga, lebih mesra,” kata Rafaela Nuyl, 34, seorang daripada pemandu baru yang diambil untuk perkhidmatan di Vicente Lopez.

Motorsikal Terpanjang di Dunia

Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam. Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu. Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.

101 Tafsir Mimpi (Part 4)

Bermula dari kepakaran Nabi Yusuf yang mendapat kurnia dari Allah, baginda mampu mentakwilkan atau mentafsirkan mimpi dengan benar. Kerana kemampuannya mentafsirkan mimpi, maka baginda dilantik sebagai perdana menteri Negeri Mesir. Seorang sahabat bernama Ibnu Sirrin juga dikenali sebagai ahli mentafsirkan mimpi secara benar. Jadi ilmu tentang tafsir mimpi bukanlah sekadar ilmu rekaan.  Ada satu pesan dari Nabi Muhammad SAW bahawa jika kita bermimpi hal-hal yang baik maka segeralah memuji syukur kehadrat Allah SWT. Dan jika kita bermimpi hal-hal yang buruk segeralah berlindung kepada Allah dan janganlah mimpi yang buruk itu diceritakan kepada orang lain. Hendaknya tafsir mimpi ini tidak dipercayai 100% kerana tafsir ini hanya petunjuk belaka agar anda waspada dan mengambil tindakan sebagai mana mestinya, sedangkan kepastiannya adalah Allah SWT yang menentukan. 1. Mimpi mendengar suara anak menangis :  Ada kerugian dalam usaha anda. 2. Mimpi memungut anak :  Akan ada keuntungan

Pelakon Terbaru Spiderman 4 - Andrew Garfield

Ketika ini sekuel filem terbaru Spiderman; 'The Amazing Spiderman' sedang rancak dengan kerja-kerja produksi setelah penggambaran selesai dijalankan baru-baru ini. Filem itu dijangka ditayangkan pada Mac atau Mei tahun hadapan. Menariknya, filem terbaru ini akan menggantikan hampir keseluruhan pelakon dalam sekuel terdahulu. Ini termasuklah watak hero dan heroinnya. Selain itu, kostum Spiderman juga diberi nafas baru.

Binatang Pun Tahu Berpelukan dan Berkasih-Kasihan

Enjoy these amazing photos of animal hugging and showing love...

Bila Dah Fanatik Dengan Bintang Bola Sepak...

Bila dah fanatik dengan bintang bola sepak, kereta pun jadi mangsa. Kereta di bawah ini dilekatkan sengan 5000 keping pelekat mengandungi wajah-wajah pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris. Ia dimiliki oleh sekumpulan anak muda berusia 20-an di Britain.

(GAMBAR) Isteri Tangkap Suami Curang Sedang Berasmara Dalam Kereta

Kejadian ini berlaku di China tidak lama dulu dan menjadi sensasi di internet di China. Seorang isteri menyerang suaminya yang sedang berasmara dengan seorang perempuan simpanan. Kejadian itu dirakamkan oleh CCTV.

Lelaki Pertama di Dunia Yang Boleh Mengandung Kini Sudah Mempunyai 3 Orang Anak

Thomas Beatie , lelaki pertama di dunia yang boleh mengandung , kini sudah mempunyai 3 orang anak dalam tempoh 3 tahun.   Bersama 3 orang anaknya...

Hot Dog Termahal di Dunia

Bukan saja menjadi yang termahal, malah ia antara hot dog yang terbesar pernah dijual. Menu terbaru, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia. Dan ia disahkan oleh Guinness Book of World Records. 

Lelaki Kacak Lebih Perkasa, Lebih Gagah?

Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih ‘cepat’ dan ‘kerap mencapai kepuasan ketika bersama (berasmara).’ Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan wanita mahu berasmara untuk hamil. Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya.

Ilusi Optik (20)- Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan

Karya seni yang hebat dibawah ini dihasilkan oleh seorang artis dari Belgium, Ben Heine. Menggabungkan lukisan tangannya dengan foto-foto biasa, Ben Heine menghasilkan karya seni mengagumkan diantara fotografi dan ilustrasi.  

Kereta Sport Termahal Di Dunia - Lamborghini Sesto Elemento

Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron.

Hello Kitty Restaurant Yang Serba Pink!

Di sini segalanya pink! Tidak hanya restoren yang dihias dengan tema 'Hello Kitty' pink, malah pelayan restoren dan makanan-makanannya juga bertemakan 'Hello Kitty' pink. Bagi yang meminati Hello Kitty tak menjadi masalah, tetapi bagi yang sensitif kepada warna pink, pastikan anda memakai pelindung kaca mata khas (spek hitam ke) sebelum datang ke sini!

12 Eyeshadows Paling Cool !!

Jika anda suka akan sesuatu yang luar biasa dan bosan dengan bagaimana diri anda dilihat, anda mungkin akan mempertimbangkan teknik-teknik solekan di bawah. Bukankah sesuatu yang luar biasa itu cool?   

10 Lokasi Bunuh Diri Paling Terkenal di Dunia

Bunuh diri adalah penyebab kematian ke-13 tertinggi didunia, dan berada di tempat ke-3 di kebanyakan negara yang mempunyai ramai penduduk di antara usia 10-24 tahun.  Dipercayai bahawa seramai 815,000 orang membunuh diri setiap tahun di seluruh dunia yang bererti satu kematian bagi setiap 40 saat. Berikut merupakan 10 lokasi bunuh diri terkenal di dunia: 1. Golden Gate Bridge,san fransisco california (Lebih dari 1500 kes bunuh diri)

Bir Halal Barbican, Disahkan HALAL - Majlis Fatwa Kebangsaan

Boleh diminum. Itulah rumusan dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan. Ketika mengumumkan perkara itu, pengerusinya, Tan Sri Abdul Shukor Hussin berkata, selepas berbincang dan meneliti beberapa keputusan muzakarah sebelum ini berkaitan alkohol dalam makanan dan minuman serta ubat-ubatan, pihaknya membuat keputusan minuman berkenaan dan beberapa jenis yang lain diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak boleh diminum. Menurutnya, alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan bersesuaian dengan keputusan muzakarah pada kali ketujuh pada 1984, ke 19 pada 1987 dan ke 91 pada tahun lalu.

Kurang Minum Susu Boleh Bantu Kawal Jerawat

Ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang sukar mengawal masalah jerawat. Bagi yang mudah terkena jerawat, fikirlah dua kali jika anda suka minum susu.   Kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health mendapati golongan remaja yang gemar minum susu, tidak kira sedikit ataupun lebih dalam sehari, berkemungkinan mempunyai 45 peratus risiko untuk membentuk kawasan berjerawat di sekitar muka, berbanding dengan mereka yang kurang atau tidak menggemarinya. Hormon androgenik yang ditemui di dalam susu dikatakan menjadi penyebab lain yang membawa kepada pertumbuhan jerawat. Hormon androgenik seperti testosteron biasanya mula terbina di kalangan lelaki dan wanita ketika sudah mencapai akil baligh. Ia bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dan mengekalkan karekter maskulin.

(GAMBAR) Aksi Aneh Penerjun Ketika Membuat Terjunan

Gambar-gambar di bawah ini dirakamkan oleh seorang fotografer, Ezra Shaw memaparkan memek muka para penerjun ketika membuat terjunan pada saingan kelayakan terjun papan anjal 3 meter lelaki di Kejohanan FINA World Championship, Shanghai baru-baru ini.  

(GAMBAR) Tragedi Keretapi Laju 'Made in China'

Isu keselamatan merupakan salah satu isu yang kerap kali dipersoalkan bila menyentuh mengenai barangan buatan China. Itu belum lagi menyentuh mengenai soal kualiti. Tidak hairanlah kejadian kemalangan 'bullet train' ciptaan China yang dimegahkan sebelum ini oleh republik itu, kini menjadi kemarahan bagi kebanyakan rakyat China. 

10 Tabiat Lelaki MALAS

Rumah bersepah, malas membasuh pakaian dan penampilan selekeh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan lelaki. Tabiat ini walaupun tidak semua lelaki menggemarinya, secara tidak langsungnya mencerminkan lelaki adalah insan pemalas berbanding wanita. Sikap pemalas lelaki ini boleh dikatakan bertitik tolak dari sifat semula jadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh dan bersikap kewanitaan. Namun tidak semua lelaki digambarkan sebagai pemalas kerana ada juga lelaki yang mementingkan semua ini dan teliti dalam banyak perkara. Berikut merupakan 10 habit lelaki pemalas secara am:

Kapal Persiaran Mewah Milik Billionaire Misteri Dari Malaysia

Kalau dah kaya, harta berlemon-lemon, nak beli apa pun boleh. Apa nak kesah?

Hutan Yang Tersembunyi di Bawah Air

Tasik Kaindy adalah salah satu tempat yang unik di Kazakhstan, merupakan tempat yang sangat terkenal di kalangan penyelam yang mahu menyaksikan keajaiban hutan yang tersembunyi di bawah air.   

Carian Tertinggi Google Malaysia Sepanjang Jun 2011

Kereta Myvi baharu edisi 2011 yang dilancarkan pada 16 Jun lalu menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, kereta kompak yang cukup popular di pasaran negara itu mencuri tumpuan bagi pelayar internet menggunakan perkhidmatan Google untuk memperoleh maklumat lanjut mengenainya. Berikut senarai 10 carian tertinggi (sumber: kosmo)    

Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara, Ke-19 Di Dunia

      Kajian Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Malaysia juga diletakkan negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini julung kali Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan antara enam negara bukan Eropah menduduki 20 tempat teratas di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia. Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga 38 pada 2008 sebelum memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-26 pada 2009 ke tempat ke-22 pada 2010 dan ke-19 pada 2011.  

Seni Fotografi Pada Sebiji Guli

Seorang remaja 16 tahun dari New Jersey mengambil gambar-gambar menakjubkan berikut untuk projek fotografinya bertajuk 'A Life Through Marble'. Remaja itu menggunakan kamera Canon XS DSLR dengan lens 50mm f/1.8 dan sebuah extension tube Opteka 13mm untuk mem'fokus' pada guli-guli itu.  

Susukan Binatang Guna Susu Badan Sendiri

Tak terlalu pelik rasanya melihat binatang spesies lain menyusukan binatang dari spesis lain. Contohnya ibu kucing menyusukan anak anjing, ia tak terlalu pelik. Namun kes-kes di bawah ini amat pelik rasanya. Manusia menyusukan binatang? Ia adalah sangat tidak normal.

Tandas Pada Batang Pokok

Aandeboom; sebuah syarikat desain berasal dari Belanda mencipta idea bagus dengan membuat P-Tree, iaitu tandas khusus untuk membuang air kecil, yang mana dapat mencegah orang ramai dari membuang air kecil sembarangan pada pokok-pokok atau semak samun.

Pasangan Tunang Termuda di Dunia

Dua warga Syria, masing-masing berumur 3 dan 5 tahun, merupakan pasangan termuda di dunia yang bertunang atas kerelaan mereka sendiri setelah masing-masing jatuh cinta. Ibu bapa Hala, yang berumur 3 tahun dan tunangnya, Khalid, berusia lima tahun, mendakwa kanak-kanak itu telah bersetuju untuk pertunangan itu. Cerita mengenai pertunangan itu telah mendapat liputan luas media di negara itu dan orang ramai mengucapkan tahniah.   Bapa kepada Khalid, Encik Juma memberitahu sebuah akhbar bahawa Khalid adalah anak tunggal dari perkahwinannya yang berlangsung selama lebih daripada 25 tahun.   "Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun perkahwinan, ia kehamilan yang rumit. Saya berikrar untuk anak saya bahawa dia akan hanya berkahwin dengan seorang wanita pilihan pada umur 15 tahun , "katanya.   "Namun hari berganti hari sehinggalah Khalid jatuh cinta dengan seorang gadis yang berusia tiga tahun yang beliau telah temui semasa lawatan keluarga ke bandar la

Minuman Ada Alkohol Kurang 1 Peratus Harus Diminum - Majlis Fatwa Kebangsaan

Semua minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai kandungan alkohol kurang satu peratus adalah harus diminum.   Perkara itu diputuskan dalam muzakarah khas, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan dari 14 Julai hingga 16 Julai lalu bagi membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan. Mesyuarat itu juga memutuskan minuman ringan yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol itu terjadi secara sampingan ketika proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus dimakan atau diminum.

Painful Sacrification

Tengok gambar-gambar di bawah ni saja pun dah rasa seram semacam, inikan pula nak buat betul-betul...ia, pengorbanan yang menyakitkan!  

Ukir Tanda Nama Gergasi Yang Boleh Dilihat Dari Angkasa Lepas

Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh kaya-raya mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas.

(VIDEO) Mesin Basuh Automatik Paling Canggih Ciptaan Seorang Pelajar Kolej

Seorang pelajar kolej di China menunjukkan cara untuk mencipta mesin basuh automatik yang hanya menggunakan sebuah besen dan 2 pili air. Ia tidak menggunakan sebarang kuasa elektrik untuk menggerakkannya. Sila tonton video klip di bawah:

Follower ke-1600 dan Sekapur Sireh Dari Encik Billy

Masa mula berblogging kira-kira setahun yang lepas, tak pernah terlintas pun blog Billy Info ini akan mempunyai follower mencecah lebih dari 1000 followers, even (to be frank) nak mencecah 500 followers pun tak pernah terfikir. Tapi bila tengok balik hari ini - tengok angka 1600 followers yang dicapai semalam, membuatkan Encik Billy seperti berada dalam mimpi, betulkah? Dan ia...kenyataan, membuatkan Encik Billy bersyukur teramat sangat walaupun blog ini tiada-apanya-yang-menarik , namun masih ada yang sudi berkunjung. Terima Kasih!!

Kreatif...Bingkai iPhone Berbentuk Makanan Dari Jepun

Bingkai telefon iPhone kini berbentuk pelbagai jenis makanan seperti mi, telur, sushi dan coklat yang dinamakan sebagai iMeshi.

Rumah Bergerak Will Smith Yang Serba Mewah

Ia bukan satu perkara yang pelik di Amerika Utara apabila kebanyakan keluarga memiliki versi 'mobile home' mereka tersendiri, kerana sememangnya mereka gemar melakukan aktiviti travel secara berkala untuk satu tempoh yang agak lama. Tetapi, pernahkah anda melihat versi 'mobile home' yang diubah suai daripada lori treler, dan yang menariknya ia serba mewah? Macam gambar-gambar di bawah ini?

Snippets(20) - 10 Fakta Menarik Hari Ini

1. Seekor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga 2. Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam 3. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang. 4. Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah "jiffy" 5. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil 6. Kambing mempunyai kelopak mata berbentuk segi empat 7. Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer 8. Hamster sangat suka makan cengkerik 9. Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas. 10. Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.