Sebuah kajian terbaru di Amerika Syarikat menyebutkan bahawa kekerapan mengambil sosej sebagai hidangan dapat mengakibatkan penyakit kanser kolorektal atau kanser usus.
Kajian yang dilakukan oleh Dana Penelitian Dunia itu mengatakan bahawa 50 gram sosej yang dimakan setiap hari dapat meningkat risiko penyakit kanser usus sehingga 20%. Selain itu daging sosej juga mengandungi kolesterol dan sodium yang tinggi - dua bahan penting yang memastikan keenakan sosej.
Selain itu, sosej juga mengandungi bahan pengawet. Bahan pengawet inilah yang memungkinkan daging sosej dapat tahan berhari-hari. Bahan-bahan berbahaya lain yang terkandung dalam sosej adalah Mononatrium/Monosadium Glutamat (MSG).
MSG memastikan sosej seolah-olah mempunyai perasa, meskipun tidak menggunakan sebarang bahan tambahan lain saat disajikan. Seperti diketahui MSG sangat berbahaya jika diambil secara berlebihan (lebih 6 mg gram per hari) kerana dapat menyebabkan penyakit jantung, stroke, dan sebagainya.
"Sosej harus dipasarkan dengan label peringatan yang dapat membantu pengguna lebih memahami risiko gangguan terhadap kesihatan," kata Susan Levin, direktor jawatankuasa pendidikan nutrisi USA.
mau share di blog ^^ izinkan yaa :D
ReplyDelete@diyan izin diberi..hehe (",)
ReplyDeletenasib azie tak suka sangat sosej..
ReplyDeletetak la sedap sangat kan..huhu
bahaya rupanya..
nice info :)
Kenapa kementerian kesihatan tak war war kan
ReplyDeleteWah takut donk kalau dapat mengakibatkan penyakit kanker usus
ReplyDeletetidak sosis saja banyak makanan lain juga
ReplyDeletebetul tak wajar makanan cepat busuk bisa awet kan????
ReplyDelete