Sepanjang minggu lepas, dan sehinggalah ke hari ini, jika anda membaca akhbar-akhbar arus perdana, atau juga menonton berita di Tv, pasti antara isu yang hangat adalah berkaitan dengan sebuah buku bahasa Inggeris yang di Melayukan bertajuk 'Allah, Kebebasan, dan Cinta' ( Allah, Liberty and Love) karya penulis Irsyad Manji. Apa yang hebatnya tentang buku ini dan penulisnya sehingga semua pihak menyeru agar ia diharamkan di negara ini?
Siapakah Irsyad Manji?
Irshad Manji adalah seorang penulis wanita yang berasal dari Kanada berkelahiran Uganda pada tahun
1968 oleh kedua ibubapanya yang berasal India dan Mesir. Mereka sekeluarga terpaksa
melarikan diri sebagai political refugees ke
Vancouver, Canada tahun 1971-73.
Beliau menganut faham liberal, open lesbian dan seorang feminist. Dirinya ingin menyatakan secara bebas melalui pemahaman ceteknya dan literal beliau terhadap sumber agama. Beliau dianggap " Sang Pencerah Baru" yang membawa refomis kepada pemahaman Islam yang lebih terbuka dan berani keluar dari lingkungan adat dan kebiasaan.
Beliau mengikut dua sistem pengajiiannya di waktu pagi di sebuah sekolah kerajaan Canada dan sebelah petangnya di sebuah madrasa hingga umurnya 14 tahun. Beliau dikeluarkan dari Madrasa ini lantaran terlalu banyak menyoal kepada para gurunya. Beliau diterima masuk ke British Columvia University dalam major "History of Ideas". Beliau ingin membawa idea pembaharuan dan melakukan ijtihad baru dalam ajaran Islam yang beliau lihat tidak realistik dan zalim pada fikirannya.
Memang kalau dilihat dari latar belakang dari pelarian dari Uganda ini sudah tentu bagi kita mungkin tidak dapat memahaminya. Namun sebagai keluarga yang ditindas dan dibunuh atas faktor kezaliman politik di negerinya mungkin menyebabkan lahirnya sifat jiwa yang memberontak hingga dengan kecetekan ilmunya terhadap pemahahaman Islam yang sebenar menyebabkan beliau berbicara berani tanpa ilmu yang bukan menyesatkan dirinya bahkan menyesatkan pegangan agama orang lain.
Idea-Idea Sesat Yang Dibawa Irsyad Manji
Beliau mencadangkan bahawa tidak salah untuk wanita Islam berkahwin
dengan bukan Islam, mengamalkan lesbian dan homosexual. Namun dalam masa
yang sama bangkangannya terhadap kezaliman dan ruang kebebasan di
negaranya atas nama agama atau fahaman politik ada kebenarannya jika
dibanding dengan nikmat kebebasan yang beliau terima di Canada tanah
pelariannya. Antara lain:
“Quran tidak memperlihatkan sifat egalitarian jelas untuk perempuan dan wanita. Ianya tidak jelas tetapi penuh dengan kebingungan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Jauh daripada sempurna, kenyataan-kenyataan Quran yang sering bercanggah itu memaksa para Muslim yang hidup “berpandukan Quran” untuk memilih yang mana untuk diberi penekanan dan yang mana untuk diendahkan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Kita harus mengaku bahawa Quran memainkan peranan dalam konflik di merata tempat. Belas kasihan dan hasad dengki dan dendam muncul sebelah-menyebelah. Lihatlah apa yang dikatakannya tentang wanita.
2. Irshad Manji mempertikaikan kema’suman Nabi Muhammad s.a.w lalu menganggap hadith-hadith tidak patut dijadikan sumber rujukan.
“Bagaimana pula dengan masalah tentang sifat kemanusiaan Nabi Muhammad dan maka terdedah kepada kemungkinan melakukan kesilapan. Sssh. Oleh kerana hadith-hadith ini mengisahkan kehidupan utusan Tuhan terakhir kepada umat manusia, syak-wasangka dan keraguan terhadap hadith-hadith tidak boleh diterima sama sekali…nampak tidak ke mana hala tuju kita? Ke destinasi yang bernama Mati-Akal.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Di dalam kumpulan hadith – riwayat-riwayat sabda dan perlakuan Nabi Muhammad – hampir kesemua yang menyebut tentang anjing hitam muncul dengan rujukan-rujukan yang menghina terhadap perempuan dan Yahudi. Jauh daripada objektif, riwayat-riwayat hadith ini mengutuk anjing-anjing hitam dengan makhluk-makhluk “lain” yang terkutuk. Sekiranya kita tidak mempertikai hadith-hadith, dan sekiranya kita membuka mata kepada corak-corak prasangka, maka kita terus mendokong satu sistem yang menganggap jutaan makhluk Tuhan sebagai makhluk hina dan pelik.” (Irshad Manji, Bab 3: The Trouble with Islam Today.)
“Antara sabda Nabi yang mereka gemari: “Berhati-hatilah terhadap perkara baru, setiap yang baru ialah bidaah (pembaharuan) dan setiap bidaah itu satu kesalahan.” Inikah caranya untuk membina masa depan?” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)
3. Irshad Manji meremeh-remehkan solat dan kefardhuannya.
“Namun demikian, tindakan mengambil wuduk, melafazkan ayat-ayat tertentu, sujud dalam keadaan kekok, pada waktu-waktu yang ditetapkan dalam sesehari, adalah satu bentuk penyerahan yang tidak masuk akal – dan satu kecenderungan untuk submisif kerana sudah menjadi kebiasaan. Jika kalian belum pernah menyaksikan kecenderungan ini pada ibubapa atau datuk dan nenek kalian, kalian adalah Muslim di luar kelaziman, sahabatku. Aku mula sedar bahawa apa yang sepatutnya bermula sebagai pedoman hidup beriman berakhir menjadi satu ikutan semata-mata, dan ini membuat aku menggantikan rutin sembahyang biasa aku dengan sesuatu yang lebih bermakna: perbualan-perbualan yang tidak terselindung dan tidak mempunyai struktur khas dengan Pencipta sepanjang hari. Setidak-tidaknya kata-kata perbualan itu adalah daripada aku sendiri.” (Irshad Manji, Bab 1: The Trouble with Islam Today.)
“Nampaknya dalam Islam, para imperialis kebudayaan Arab bersaing dengan Tuhan untuk takhta Yang Maha Berkuasa. Quran menegaskan “Dan milik Allah timur dan Arab. Ke manapun kamu menghadap di sanalah wajah Allah.” Jadi, kenapa , umat Islam harus tunduk menghadap Makkah lima kali sehari? Tidakkah ia menandakan ketewasan kita terhadap Padang Pasir?” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)
4. Irshad Manji giat mempromosi homoseksualiti dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran bagi menyokong pendapatnya.
“Bagaimana pula Quran boleh mengecam homoseksualiti dan pada masa yang sama melaung-laungkan segala yang Allah “cipta adalah indah?” Sumber: Quran, 32:6-7, “Yang demikian itu, ialah Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan nyata Yang Maha Perkasa, Maha Penyayang. Yang memperindah segala sesuatu yang dia ciptakan. Lihat juga 38.26 yang berbunyi, “Dan kami tidak menciptakan langit dan bumi dan ada apa di antara keduanya, dengan sia-sia.” Ada ayat-ayat yang serupa di 3:191 dan 3:48 yang berbunyi, “Tuhan mencipta apa yang diinginiNya.” (Irshad Manji, Bab 1: The Trouble with Islam Today.)
“Al-Fatiha ialah pertubuhan gay dan lesbian Muslim yang mempunyai cawangan-cawangan di kotaraya-kotaraya besar di Amerika Utara dan Eropah. Di Toronto, paling tidak, majlis makan malam tahunannya menarik kehadiran sesetengah ibubapa-ibubapa yang beragama Islam.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Tidak lama dahulu, semasa minggu coming-out di sebuah universiti Amerika Syarikat, aku membentangkan topik Tuhan dan golongan gay.” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)
Bahayanya Pemikiran dan Pengaruh Irsyad Manji
Manji sebagai seorang lesbian yang “seolah-olah cuba menjuarai isu kebebasan seks dan moral dan mahu menjadikan ia norma masyarakat Melayu walaupun jelas bertentangan dengan agama Islam.
Usaha bersistematik dan terancang peringkat Asia dan global sedang dilaksanakan berterusan mengasak negeri-negeri Muslimin khususnya negara Malaysia dan Indonesia bagi mewujudkan satu gelombang baru yang mengajak masyarakat menerima idea kebebasan atas nama agama yang bukan hanya mengelirukan umat yang jahil bahkan akan mencetus perpecahan dan penyelewengan dari segi akidah dan syariat.
Umat Islam mestilah bangkit dan sedar akan bahaya ini dan semestinya para ulamak dan Institusi Agama menyatakan dan mengambil langkah tegas membenteras setiap langkah dan usaha yang jahat ini dalam usaha merosak negara dan umatnya.
sumber: http://www.harian-metro-online.com, http://ezzuraza.blogspot.com, http://selangor.ikram.org.my
Bahaya manusia macam ni..
ReplyDeleteYa Allah ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami.. Amin.
hah gila banget ini orang
ReplyDeletedasar sesat ...
ReplyDeletesemoga Allah menerangi hatinya dan membimbingnya ke jalan yang benar...^^
ReplyDeletealah, sokong homoseksualiti sebab nk buku laris, dan nak bank-in pada bende yg sedang 'hot' sekarang ni... yelah, sekarang kt US dan beberapa negara barat sedang hangat memperjuangkan hak golongan homoseksual.. so org2 yg gay dan lesbian pasti akan sokong dia, sebab tu dia konon2 memperjuangkan hak2 golongan homoseksual.. kalau betul Islam itu pada pendapat dia tidak betul, kenapa pula time nk sokong arugument membernarkan homoseksualiti tu dia petik dari Al-Quran? tp ajaran2 Al-Quran lain dikutuk? Nampak sangat dia ni hipokrit dan apa yg dia katakan tak boleh pakai...
ReplyDelete