Skip to main content

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri





 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua.


"Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”

Itu pengakuan jujur seorang remaja berusia 13 tahun, Lydia (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal di sebuah pusat pemulihan di Selangor baru-baru ini.

Sejak kecil hidup Lydia diselubungi rahsia. Dia dipelihara datuknya sejak berusia tiga bulan. Status Lydia hanya terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan jalan raya tahun lalu.

Menurut cerita Lydia, datuknya mendakwa ibu bapa kandungnya ialah mak cik dan pak ciknya iaitu ibu bapa kepada sepupunya.


Tidak beragama

Lydia selesa untuk bercinta dengan sepupu sendiri (abang kandungnya), Rashid (bukan nama sebenar) walaupun dia ketika itu baru berusia 10 tahun.

Hakikatnya, remaja itu bukan sahaja ditipu oleh datuk dan keluarganya, malah Lydia dibiarkan terkapai-kapai tanpa didikan agama.

“Saya tidak pernah mengenal erti solat dan menunaikan amalan wajib yang ditetapkan agama Islam sehingga pada usia saya sekarang. Itupun saya belajar di pusat pemulihan.

“Malah, saya tidak beragama walaupun keluarga saya beragama Islam kerana mereka tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Agama Islam hanya sekadar warisan semata-mata,” katanya sedih.

Keadaan itu menyebabkan Lydia bebas untuk melakukan apa sahaja yang disukainya termasuk menjadi minah rempit, menghidu gam dan merokok.

Hakikatnya, antara sebab dia bercinta dengan Rashid adalah kerana mereka berkongsi minat yang sama.
“Rashid juga seorang mat rempit walaupun bersekolah agama. Jarak sekolahnya hampir dengan rumah datuk menyebabkan dia sering bermalam.

“Kami sering minum (di restoran) dan menonton wayang bersama-sama. Rashid sering memberikan hadiah seperti jam tangan, rantai, cincin dan telefon bimbit kepada saya. Setelah sekian lama bercinta kami akhirnya melakukan hubungan seks.


Rumah datuk lokasi seks

“Lokasi perbuatan terkutuk itu tentulah di rumah datuk, terutama ketika dia tiada di rumah. Kami melakukan aktiviti itu selepas menghidu gam.

“Jiran-jiran pula tidak mengesyaki apa-apa kerana hubungan persaudaraan kami,” katanya.

Lydia bernasib baik kerana tidak mengandung kerana dia mengambil pil perancang kehamilan.

Cinta Rashid sebenarnya palsu malah dia mempunyai agenda tersendiri untuk memusnahkan hidup Lydia. Rashid tidak mencintai Lydia, sebaliknya dia berhasrat untuk menjadikan remaja itu sebagai objek taruhan merempit.

“Saya tidak menyedari perkara itu pada awalnya tetapi rahsia itu terbongkar setelah dia kalah dalam perlumbaan.

“Rashid meminta saya mengikut sekumpulan mat rempit. Saya kemudian dibawa ke sebuah rumah dan di sana saya dipaksa melakukan hubungan seks dengan 10 lelaki dalam satu malam.

“Sakit rasanya, tetapi kerana cinta pada Rashid saya pendam sahaja. Keesokannya saya dihantar pulang.


Abang pandai pujuk

“Saya geram dengan sikap Rashid tetapi akhirnya cair kerana Rashid memang seorang yang pandai memujuk,” ujar Lydia.

Selepas itu, dia terus menjadi umpan taruhan Rashid apabila lelaki itu merempit. Lydia akhirnya rela menjadi pemuas nafsu mat rempit.

“Saya tidak kisah (terhadap) pandangan masyarakat. Mereka kata, saya bohsia, pelacur dan sebagainya (tetapi) saya tidak kisah kerana realitinya (saya) memang begitu.

“Saya juga sering melawan cakap datuk malah sanggup memakinya dengan kata-kata kesat jika kehendak saya tidak dipenuhi,” katanya.


Pecah tembelang

Namun, peristiwa kemalangan jalan raya pada tahun lalu mengubah perjalanan hidup Lydia kerana kejadian itu mendedahkan tembelang Rashid.

“Peristiwa (kemalangan) itu berlaku di Puchong semasa saya bersiar-siar bersama seorang kakak angkat. Saya dilanggar oleh sebuah kereta semasa ingin memasuki simpang di satu selekoh.

“Saya kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital dan koma selama seminggu.

“Sebaik sedar, datuk memberitahu saya sebenarnya bercinta dengan abang sendiri. Datuk mengatakan individu yang selama ini saya anggap sebagai bapa dan ibu saudara sebenarnya ibu dan ayah kandung saya sendiri,” ujarnya.

Lydia tidak dapat menerima hakikat itu pada mulanya kerana dia menganggap hubungan seks dengan abang sendiri merupakan perkara paling jijik pernah dilakukannya.

“Selepas sembuh, saya menjadi tidak keruan dan berkurung dalam bilik. Saya pernah cuba membunuh diri.Saya bernasib baik kerana keluarga menghantar saya ke pusat pemulihan untuk menjalani rawatan.

“Rashid juga menghilangkan diri. Syukur kini saya telah kenal erti solat dan bertaubat. Saya berharap Allah dapat ampunkan dosa saya,” ujarnya pilu.

sumber : kosmo.com.my

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.