Skip to main content

Gila, Terpaksa Pecah Rumah Untuk Selamatkan Gadis Gemuk Sebab Sesak Nafas





Sepasukan penyelamat terdiri daripada bomba, jurutera dan anggota separa perubatan memecahkan sebahagian rumah untuk menyelamatkan seorang remaja belasan tahun yang dipercayai paling besar di Britain selepas dia berdepan dengan masalah sukar bernafas.


Ia adalah satu-satunya cara untuk mengeluarkan Georgia Davis, 19, dari rumahnya di Aberdare, Wales Selatan dan dibawa ke hospital. Menurut beberapa rakannya, Georgia mempunyai berat badan 400 kilogram.

Usaha menakjubkan untuk menyelamatkan gadis itu memakan masa lapan jam dan membabitkan 40 orang. 
Operasi dilancarkan apabila Georgia pengsan kerana masalah pernafasan dan sakit dada di bilik yang sudah sekian lama menjadi penjaranya.

Dinding rumah terpaksa dipecahkan

Dia hanya boleh dibawa ke hospital selepas skuad penyelamat memusnahkan dinding tingkat atas rumah kembar ibunya dengan tukul besi dan gergaji untuk membuat lubang seluas tiga meter kali tiga meter.

Pasukan itu juga meruntuhkan dinding bilik untuk membolehkan Georgia dipindahkan dari biliknya di belakang rumah itu. Skuad penyelamat itu turut membina tanjakan yang disokong oleh perancah untuk menyambung bilik Georgia dengan lorong pejalan kaki. Perancah juga dipasang untuk mengelak bumbung runtuh.

Georgia diangkat ke tanjakan itu dari biliknya dengan mengguna kren sebelum dinaikkan ke atas pengusung khas yang seberat 70 kilogram dan dimasukkan ke dalam ambulans yang sudah diubahsuai.





Remaja berkenaan dibawa ke hospital di Merthyr Tydfil, dengan topeng oksigen terlekap pada mukanya. Dia dkatakan sakit teruk malam kelmarin sementara ibu, Lesley, sentiasa berada di sisi.

Pasukan perubatan yang dipanggil ke rumah itu menyedari Georgia terlalu gemuk untuk dibawa keluar menerusi pintu. menyebabkan operasi itu dilakukan dengan bantuan bomba dan jurutera.

 sumber: harian metro, dailymail.co.uk


Comments

  1. 400kg? mak aii,pe la yg dia makan tu

    ReplyDelete
  2. menyusahkan orang je..tu la mkan x beringt lansung...

    ReplyDelete
  3. Korang yang ckp ni...dengar...daripada 10...7 orang di.dunia.mempunyai.masalah berat badan..yang tak dapat dihindar sebab sebahagian imunisasi sistem yang tidak menyokong..jadi..jangan.nak tafsir sendiri...

    ReplyDelete
  4. Korang yang ckp ni...dengar...daripada 10...7 orang di.dunia.mempunyai.masalah berat badan..yang tak dapat dihindar sebab sebahagian imunisasi sistem yang tidak menyokong..jadi..jangan.nak tafsir sendiri...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.