Kesan negatif dari getaran enjin motorsikal tidak boleh dianggap remeh. Seorang
lelaki di California misalnya, sejak Mei 2010 mengalami ereksi permanent
yang menyakitkan setelah melakukan perjalanan berjam-jam dengan
menunggang motorsikal.
Henry Wolf ketika ini sedang menfailkan saman terhadap BMW, syarikat yang memproduksi motorsikal miliknya. Selain itu dia juga menyaman Corbin-Pasific, syarikat pembuat tempat duduk khas motorsikal yang dipakainya selama perjalanan kerana dianggap tidak selesa.
Henry meyakini, perjalanan yang dilakukannya dengan motorsikal BMW keluaran 1993 pada 1 Mei 2010 atau kira-kira 2 tahun lalu telah membuatnya menderita sehingga sekarang. Zakarnya mengalami ereksi kekal, sehingga terasa sangat sakit kerana posisinya selalu berdiri.
Menurut Henry, tempoh perjalanan yang dilaluinya tidaklah terlalu lama. Dalam perjalangan pergi balik, dia hanya menghabiskan waktu masing-masing 2 jam menjadikan jumlah jan hanya sekitar 4 jam.
Dalam istilah perubatan,keadaan yang dialami oleh Henry disebut priapism atau ereksi yang tidak wajar terjadi bukan kerana adanya rangsangan seksual. Keadaan ini biasanya terjadi kerana terdapat darah yang menumpuk di kemaluan sehingga posisinya selalu menegang.
"Mangsa saat ini mengalami priapism dan telah mengalami pelbagai masalah sejak menaiki motorsikal ini. Dia juga tidakdapat melakukan hubungan seks, sehingga mengalami penderitaan mental dan emosi yang sangat serius," demikian salah satu kutipan dari saman Henry.
Kes yang menimpa Henry tergolong ekstrim kerana pada kes priapism biasa, ereksi rata-rata hanya berlangsung selama 4 jam sementara Henry mengalaminya selama 2 tahun. Padahal jika berlangsung terlalu lama priapism sering dikaitkan dengan risiko disfungsi ereksi yang sifatnya kekal.
sumber: http://www.exelroze.info
mat salleh bodo..ne leyh parking berdiri..pking la konek kt bwh....bodo nye la
ReplyDelete