Skip to main content

Maksud dan Tingkatan Darjah Kebesaran Kerajaan Diraja British





Di Malaysia, terdapat beberapa gelaran yang diberikan untuk mengiktiraf seseorang individu, antaranya gelaran  Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun yang diberikan oleh sultan-sultan termasuklah daripada Yang dipertua negeri. Di UK, yang juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja, turut mempunyai gelaran kebesaran yang tersendiri yang biasanya dikurniakan oleh Ratu Elizabeth.


Berikut beberapa gelaran yang sinonim dengan pemerintahan beraja di sana:


1. Duke (Duchess)

Duke merupakan gelaran tertinggi dari 5 tingkat gelaran dalam ke'bangsawanan' Inggeris. 

Jika seorang Duke juga merupakan anggota angkatan bersenjata, pendeta atau duta besar, pangkat atau jabatan mereka mendahului gelaran bangsawannya. Misalnya, "Major-General Duke of ...". Seorang wanita yang diberi gelaran Duke atau isteri kepada seorang Duke selalu disebut Duchess. Dalam dokumen legal, Duke disebut sebagai "Most Noble William Edward Duke of ...".

Di UK, gelaran yang berkenaan dengan Duke yang telah diberikan kepada keluarga Diraja iaitu Duke of Cornwall, Duke of Lancaster, Duke of Clarence, Duke of York, Duke of Gloucester, Duke of Bedford, Duke of Cumberland, Duke of Cambridge, Duke Rothesay, Duke of Albany, Duke of Ross, Duke of Edinburgh, Duke of Kent, Duke of Sussex dan Duke of Connaught and Strathearn.



2. Marquess (Marchioness)

Gelaran kedua tertinggi setelah Duke adalah Marquess. Seorang wanita dengan pangkat dari Marquess, atau isteri kepada Marquess, disebut Marchioness. Perbezaan yang sebenarnya dari gelar Marquess dan gelaran kebangsawanan lainnya dalam lebih beberapa tahun terakhir ini menjadi agak tidak jelas. 

Pada masa lalu, perbezaan antara Marquess dan gelaran bangsawan lainnya terletak pada keluasan tanah kekuasaan Marquess di perbatasan Kerajaan. Disebabkan itu, seorang Marquess diberi kepercayaan untuk mempertahan dan melindungi Kerajaan terhadap mereka yang menjadi musuh Kerajaan.



3. Earl (Countess)

Earl atau Countess(gelaran pada wanita) menempati peringkat ketiga dalam gelaran kebangsawanan Diraja British. Earl pada awalnya berfungsi sebagai Gabenor Kerajaan. Mereka mengumpulkan denda dan cukai dan sebagai imbalannya mereka akan menerima sepertiga dari hasil yang mereka kumpulkan. Dalam masa perang mereka juga akan memimpin tentera diraja.

Sebuah Earl memiliki gelar "Earl of ..." sekiranya gelaran tersebut berasal dari nama tempat, atau "Earl ..." sekiranya gelaran tersebut berasal dari nama keluarga. Seorang Earl biasanya disapa sebagai Lord, dan isterinya disapa Lady. Sedangkan seorang wanita yang memiliki gelaran Countess juga menggunakan Lady, tetapi suaminya tidak memiliki gelaran kecuali jika dia mempunyai gelarannya sendiri.

Anak lelaki sulung dari Earl berhak untuk menggunakan gelaran Courtesy. Anak yang lebih muda dijuluki "The Honourable ...", dan anak perempuan mereka dipanggil "Lady ...". Lady Diana Spencer adalah contoh yang terkenal.



4. Viscount (Viscountess)

Istilah Viscount digunakan dalam bahasa Inggeris sejak 1387, berasal dari Bahasa Perancis Visconte. 
Di UK pemberian gelaran ini tercatat pertama kali pada tahun 1440, pada masa Raja Henry VI diangkat menjadi Raja Britain dan Perancis. Dia ingin menyatukan ke dua negara dengan mengangkat John Beuamont sebagai Viscount Beaumont di UK dan Viscount Beaumont di Perancis.

Di UK, penggunaan gelaran Viscount juga sebagai gelaran kehormatan bagi ahli waris dari Earl atau Marquess. Sebagai contoh adalah putra Earl of Wessex yang diberi gelaran Viscount Severn. Viscount disebut sebagai lord seperti Viscount X sementara isterinya disebut Lady.



5. Baron (Baroness)
Baron merupakan peringkat terakhir dalam senarai gelaran bangsawan British. 
Seorang wanita dengan gelaran Baron disebut Baroness. Raja William I memberikan Gelaran Baron sebagai peringkat di UK untuk orang-orang yang telah berjanji kesetiaan mereka kepadanya.

Sapaan bagi seorang baron cukup disebut sebagai lord. Seorang baroness disebut lady. Gelaran Baron atau Baroness hanya digunakan dalam dokumen-dokumen mahkamah atau formal. Untuk sebutan mereka akan disapa dengan Lord atau Lady.



 6. Sir
Sir adalah gelaran dalam bahasa Inggeris yang secara formal diasosiasikan dengan orang yang berpengaruh. Panggilan Sir berasal dari bahasa Inggeris abad pertengahan sire, dari bahasa Perancis sieur, yang bermaksud "Tuan" dari kata sifat Latin senior ("yang tua"), yang dipakai untuk menyatakan penghormatan dalam banyak bahasa-bahasa di Eropah.



 sumber: http://wahw33d.blogspot.com


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.