Skip to main content

Mengenali Siapa Itu Kate Middleton-10 Fakta Menarik




Seorang Putera Raja bakal berkahwin dengan gadis kebanyakan. Ianya kedengaran seperti sebuah kisah dongeng bak Cinderella. Namun kisah itu bukan lagi dongeng kerana impian gadis itu bakal menjadi kenyataan dan termaktub sebagai salah satu sejarah dunia yang baru. Inilah dia gadis bertuah bernama Kate Middleton.


Sejak bertunang dan memutuskan untuk berkahwin dengan Putera William, nama Kate Middleton pantas dikenali di seluruh dunia. Berita itu dikhabarkan menimbulkan perasaan iri hati dan cemburu para wanita lain kerana beliau mampu menakluk hati Putera William. Inilah yang dinamakan cinta.

Saat ini, nama dan wajah Middleton selalu menghiasi media tidak hanya di Britain malah di seluruh dunia. Populariti wanita ini disejajarkan dengan populariti para selebriti Hollywood.Semua sibuk membicarakan soal wanita berusia 29 tahun ini.  Menjelang perkahwinan Diraja yang akan berlangsung pada 29 April ini, apa kata kita melihat beberapa fakta menarik tentang wanita bernama Kate Middleton ini:

 
1. Beliau merupakan seorang wanita cantik yang berjaya memperoleh gelaran Master of Art dari Universiti St Andrew.

Kate ketika majlis konvokesyennya
2. Merupakan salah satu wanita yang ketika ini sering menjadi bahan perbincangan awam. Media-media seluruh dunia berpusu-pusu berusaha mendapatkan berita tentang Middleton. Justeru tidak menghairankan jika wajah dan namanya selalu muncul di media hampir setiap hari. Tetapi, tahukah anda? Ternyata, Middleton memiliki panggilan khusus di media. Nama panggilan Middleton di tabloid adalah 'Waity Katie'

Keratan akhbar

3. Middleton adalah anak pertama daripada tiga adik beradik. Ayahnya dahulu pernah bekerja sebagai seorang juruterbang dan ibunya pula adalah seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan. Tetapi  kini kedua-dua orangtuanya lebih dikenali sebagai peniaga yang membekalkan alat-alat untuk menganjurkan parti dan acara keraian. 

Kate bersama ibu dan bapanya

4. Middleton dianggap sebagai wanita yang bertuah kerana bakal berkahwin dengan seorang putera raja. Pemilik nama Catherine Elizabeth Middleton ini menjadi idola para wanita kerana berjaya 'merobek' hati William. Tetapi, Middleton sebaliknya mempunyai tanggapan yang lain. Dia mengatakan William yang bertuah kerana mendapatkan dirinya.

5. Middleton selalu tampil elegan dan mampu mengimbangi penampilan dan status William. Beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ternyata, usia Middleton lebih tua enam bulan dari kakak Putera Harry (adik William).
 
Penampilan Kate sentiasa menawan
6. Middleton bakal berkahwin dengan William pada usia 29 tahun. Middleton akan menjadi pengantin Diraja tertua dalam sejarah Britain. Ini kerana sebagian besar pengantin di keluarga Diraja Britain itu masih berusia muda ketika melangsungkan perkahwinan.

7. Middleton pernah bersekolah di sekolah berbahasa Inggeris di Amman, Jordan. Kemudian beliau pindah kembali ke Berkshire bersama keluarganya.
 
Kate ketika kecil

8. Sebagai calon isteri putera Diraja Inggeris, Middleton telah diberikan 4 orang pengawal peribadi oleh Scotland Yard untuk melindungi wanita tersebut sepanjang waktu. Namun dikebanyakan masa, beliau lebih selesa berjalan berseorangan.
 
Kate lebih selesa berjalan seorang diri tanpa ditemani pengawal peribadi

9. Middleton bertunang dengan William ketika mereka bercuti di Kenya. Saat itu, William memberikan cincin pertunangan berupa batu nilam berwarna biru. Cincin itu merupakan milik mendiang ibunda William, Puteri Diana. Harga cincin itu sekitar 300 ribu poundsterling.


 
10. Middleton pernah menggemparkan Britain melalui penyebaran gambar-gambar yang menyaksikan dia hanya memakai bikini putih. Foto-foto itu diambil ketika dia bercuti ke Ibiza, Sepanyol. Foto itu sebelum ini pernah beredar pada 2006 yang lalu, Tetapi, baru-baru ini, foto tersebut kembali disebarkan.


sumber: http://raziq-ahmed.blogspot.com

 

Comments

  1. hmm apa yg istimewa nya kate ni dimata william eh.

    ReplyDelete
  2. istimewanya seseorang itu hanya diketahui oleh pasangannya sahaja ;) itulah cinta!

    ReplyDelete
  3. Setuju skali dgn pendapat anonymous

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.