Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya adalah nama kod bagi komplot Zionis. Institut Kajian Media Timur Tengah (MEMRI) telah mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang cendekiawan Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dikhabarkan bahawa PEPSI sebenarnya adalah singkatan daripada ayat “Pay Every Penny to Save Israel” atau “Sumbangkan setiap wang untuk menyelamatkan Israel.” Selain itu, seorang anggota parlimen pergerakan Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara tersebut tahun lalu. Berbicara dalam stesyen TV Al-Aqsha, anggota perlimen Salem Salamah menyatakan, “Terdapat pelbagai syarikat yang didirikan oleh kolonialis dan penjajah – pelbagai syarikat besar dengan banyak cawangan diseluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny t...