Harisu adalah selebriti terkenal Korea pertama yang melakukan pembedahan menukar jantina. Dia yang lahir dengan nama Lee Kyung Yeop memutuskan
untuk menjalani pembedahan pertukaran jantina pada tahun 1995 kerana
tertekan dengan pandangan umum.
Lahir 17 Februari 1975, Harisu menjalani hidup sebagai lelaki dan belajar di sekolah rendah dan menengah khas untuk lelaki. Namun ketika itu orang-orang di sekitarnya sudah menyedari bahawa dia lebih cenderung ke arah perwatakan sebagai wanita
"Saya selalu menjadi kanak-kanak yang lebih gemar bermain dengan anak patung," ujar Harisu
Suatu hari, Harisu jatuh cinta dengan seorang lelaki. Namun kerana lelaki yang bercinta dengan lelaki lain sukar diterima masyarakat ketika itu, kedua-duanya memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan. Sejak itu, Harisu ingin sepenuhnya menjadi perempuan.
Harisu kemudian menjalani pembedahan pertukaran jantina pada 1995. Dilanjutkan melalui pembedahan payudara, hidung, dan pinggul di Korea dan Jepun sekitar tahun 1998.
Keputusannya itu pernah ditentang keluarganya. Hubungan dengan ibu bapanya menjadi renggang. Ayah Harisu tidak boleh menerima kenyataan anak lelakinya
berubah menjadi seorang perempuan. Namun lama kelamaan hakikat itu berubah apabila ayahnya mula berlembut hati.
Sehingga sekarang ini Harisu adalah orang kedua di Korea yang secara
rasmi mengubah jantinanya. Status jantina Harisu diputuskan secara rasminya sebagai seorang wanita pada 13 Disember 2002
lalu melalui mahkamah Incheon. Nama asalnya Lee
Kyung Yeop diubah menjadi nama perempuan Lee Kyung Eun.
Harisu terkenal di dunia nyanyian pada tahun 2001 dan menerbitkan 5 album. Selain itu dia juga terkenal sebagai seorang pelakon.
Harisu berkahwin dengan Micky Jung pada tahun 2007
Pada tahun 2006, beliau pernah berlakon di Malaysia bersama Amber Chia (model terkenal Malaysia) dalam filem berjudul " Posession"
Beliau sekali lagi kembali ke Malaysia pada 2011 untuk berlakon dalam sebuah filem seram bertajuk " The Hunter" bergandingan dengan Carmen Soo, Sharifah Amani, Cindy Chen, Smythe Wong, Koe Yeet, Lou Qi, Tavani Hu dan Wayne Thong.
source: http://absoluterevo.wordpress.com, http://kpoppworlds.wordpress.com
Kalau di tgk btl2 muka di ade jgk mcm lelaki lg.. muka masam jer.
ReplyDeletex mcm transgender thai, muka dy ni still mcm lelaki lar...
ReplyDelete