Skip to main content

Benarkah PEPSI Singkatan Daripada “Pay Every Penny to Save Israel” ??






Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya adalah nama kod bagi komplot Zionis.


Institut Kajian Media Timur Tengah (MEMRI) telah mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang cendekiawan Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dikhabarkan bahawa PEPSI sebenarnya adalah singkatan daripada ayat “Pay Every Penny to Save Israel” atau “Sumbangkan setiap wang untuk menyelamatkan Israel.”

Selain itu, seorang anggota parlimen pergerakan Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara tersebut tahun lalu. Berbicara dalam stesyen TV Al-Aqsha, anggota perlimen Salem Salamah menyatakan, “Terdapat pelbagai syarikat yang didirikan oleh kolonialis dan penjajah – pelbagai syarikat besar dengan banyak cawangan diseluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny to Save Israel.”


Baru-baru ini juga, seorang pemimpin agama Mesir Hazem Abu Ismail mengeluarkan kenyataan yang sama. Berbicara didepan Al Nas TV – sebuah stesen keagamaan- Abu Ismail menyeru agar orang Islam memboikot produk Pepsi kerana istilah tersebut.

Secara spesifik, Hazem Abu Ismail menyatakan sebagai berikut, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Kajian Media Timur Tengah yang berpusat di Washington:


Huruf P pertama bererti “Pay” (Berikan), E untuk “Every” (Setiap). Huruf ketiga untuk “Penny”. Penny adalah syiling kecil yang anda terima dan anda tidak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. Berikan itu untuk “Menyelamatkan” I – “Israel”. Dengan kata lain, berikan setiap syiling kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel. Mereka tidak ingin wang anda – mereka hanya ingin syiling pecahan kecil, penny anda. Dalam ekonomi Amerika, penny adalah satu perseribu dolar. Nilainya kecil sekali.

Mereka mengatakan, “Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda dapat membeli minuman ini.”

Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata “Pepsi”. Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.

"Saya tidak hanya bicara tentang Pepsi, tetapi tentang Coca Cola dan kesemuanya. Saya tak akan menyebutkan suatu produk. Anda dapat lihat sendiri. Anda Muslim. Anda dapat sampaikan kepada saya. Saya tidak tahu. Anak kecil saya malah lebih tahu tentang boikot ini daripada saya. Ketika kami pergi belanja, dia katakan pada saya: “Beli ini, jangan yang itu.” Dia mengetahuinya. Dia sudah menjadi ahli dalam hal ini.

Selama bertahun-tahun, The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak mendapat kritikan darpada pelbagai sumber disebabkan oleh pelbagai alasan termasuk kesan negatif produk-produk tersebut terhadap kesihatan,alam sekitar , penggunaan pestiside dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, eksploitasi buruh dan pelbagai alasan yang lain lagi. Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa syarikat tersebut menghadapi tindakan undang-undang dan menciptakan kontroversi yang terdapat pada logo produk Coca Cola.

Maulana Kalbe Jawwad, seorang pemimpin keagamaan Shias, mengatakan: “Perkara ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sehingga syarikat tersebut menarik balik kata-kata yang menyinggung tersebut.

Maulana mengatakan bahawad ia akan meminta semua kaum Muslim untuk menyebarkan mesej tentang logo “yang sangat menyinggung tersebut”

sumber:  http://zilzaal.blogspot.com/


Lagi satu jika anda cari tentang Coca-Cola di Internet, anda akan jumpa ini...Nauzubillah!





Comments

  1. 1st, hmm..no comment ar perkara ni..byk la konon konspirasit ulisan terbalik la, singkatan2 perkata la...pebende lah..

    M.A.R.L.B.O.R.O = Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang..kenapa ayat nih takde sape nak kaji??

    ReplyDelete
  2. Boikot product dari negara haram Israel!!!! Cemner kurma Dari sana dpt masuk Kat Brunei ... ( kurma tu packed on Singapore)....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wah..so detail..i nvr knew

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.