Skip to main content

28 Ciri-Ciri Fizikal Rasulullah SAW





Bagi seorang peminat, membayangkan idolanya bila-bila sahaja pasti sangat mudah. Sebagai seorang muslim pula, wajar jika kita berusaha membayangkan idola kita, Rasulullah Muhammad SAW. Untungnya, walaupun tidak ada sebarang rujukan gambar baginda (kerana memang tidak dibenarkan), banyak para sahabat Rasulullah SAW yang telah menyampaikan ciri fizikal baginda dalam hadiths-hadiths.


Ciri fizikal Rasulullah Muhammad SAW yang disebutkan para sahabat tersebut, antara lain adalah sebagai berikut:
  • Berpostur tubuh sedang dan tegap;
  • Tinggi tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak pendek;
  • Warna kulitnya sedang dan cerah, tidak terlalu putih dan tidak terlalu hitam;
  • Sendi-sendi tulang baginda kuat;
  • Bentuk kepala baginda agak besar dan kuat;
  • Rambutnya tidak keriting, namun juga tidak lurus. Agak berombak;
  • Rambutnya cukup tebal, panjangnya sampai batas telinga;
  • Memiliki dahi yang lebar;
  • Wajah baginda bercahaya;
  • Alis mata melengkung dan tebal. Di antara alisnya nampak urat darah halus yang berdenyut bila baginda beremosi;
  • Warna mata hitam dan bulu mata yang panjang. Terlihat garis-garis merahnya;
  • Hidung baginda agak melengkung dan mengkilap jika terkena cahaya serta tampak agak menonjol jika kita pertama kali melihatnya, padahal tidak demikian sebenarnya;
  • Mulut baginda sedang, agak lebar;
  • Gigi baginda putih cemerlang dan agak renggang;
  • Memiliki janggot hitam dengan uban putih. Janggotnya tipis tapi penuh rata sampai di pipi;
  • Bahunya bidang (lebar) dan tegap;
  • Memiliki dada, tangan dan kaki yang kekar;
  • Pergelangan tangan baginda cukup panjang;
  • Jari jemari tangan dan kaki baginda tebal dan lentik memanjang;
  • Telapak tangan dan kaki baginda agak lebar dan padat berisi;
  • Kawasan di sekitar tulang belikat baginda cukup lebar, dan terlihat proporsional;
  • Memiliki tanda kenabian di antara tulang belikat;
  • Dada dan pinggang baginda seimbang ukurannya;
  • Lengan dan dada bahagian atas beliau berbulu;
  • Terdapat bulu-bulu halus tumbuh di dada baginda dan terus kebawah hingga pusar;
  • Bahagian-bahagian tubuh baginda yang tidak tertutup bulu lebat satupun nampak bersih dan bercahaya;
  • Tumit baginda langsing;
  • Telapak kaki baginda cukup lengkungannya dan atasnya halus serta bagus bentuknya.

   Tentu masih ada ciri lain yang belum disebutkan di atas. Wallahua'lam.


sumber:  http://www.zilzaal.blogspot.com


Comments

  1. hebat-hebat.. nice sharing.. :)

    mohon kongsikan artikel anda di www.kongsiblog.com

    thanks,

    ReplyDelete
  2. terima kasih ..rindu nk jumpa baginda rasulullah s.a.w=`)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.