Skip to main content

Kasut Bermotor Untuk Mereka Yang Malas Berjalan Kaki





Sepasang kasut bermotor yang mampu membawa pemiliknya sejauh tiga hingga lima kilometer akan mula dijual pada Februari ini dan dijangka menjadi produk yang popular.


Perekanya, Peter Treadway mencipta alat itu sejak lima tahun lalu selepas sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan.

Sejak itu beliau telah mencipta 30 prototaip kasut beroda tersebut dan beliau akan mula menjualnya melalui laman webnya Februari ini.
 
Info Ringkas:
  • Alat berkuasa bateri yang dijual pada harga AS$647 (RM2,041) itu sebenarnya dicipta untuk dipasang pada kasut dan dikendalikan melalui alat kawalan jauh tanpa wayar.
  • Kasut bermotor dikenali sebagai spnKiX itu boleh mencapai kelajuan 16 kilometer sejam dan kelajuannya dikawal melalui alat kawalan jauh.
  • Pembelian spnKiX akan turut disertakan dengan roda latihan yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.
  • SpnKiX diperbuat daripada nilon yang diperkuatkan dan aluminium, manakala baterinya hanya perlu dicas selama dua hingga tiga jam untuk mencapai tahap isian penuh. 




 sumber: utusan malaysia

Comments

  1. mm..dapat satu pun best jugak ni..ehehe

    ReplyDelete
  2. bukan sesuai utk yg malas berjln kaki tapi utk org yg jauh berjln. kemudahan ini sesuai utk mrk. :P

    ReplyDelete
  3. mmg sesuai sngat guna kat shopping complex..xD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.