Skip to main content

Perbandingan Matinya 3 Pemuda Yahudi dan Pembunuhan 1500 Kanak-Kanak Palestin





Dunia Barat seolah gempar, media mainstream bertalu-talu menyiarkan berita tiga orang pemuda Israel mati dibunuh. Hamas lagi-lagi dijadikan kambing hitam. Pemerintah Benjamin Netanyahu menuntut balas, ribuan warga Tebing Barat dan Gaza terancam mati.


Naftali Frankel, 17; Gilad Shaar, 16; dan Eyal Yifrach, 19 (gambar atas); rakyat Yahudi yang diculik berdekatan Hebron pada 12 Jun lalu ditemui mati di sebuah lubang cetek. Sebelum itu, hilangnya ketiga-tiga pemuda ini menggoncangkan hati masyarakat Israel yang langsung melancarkan kempen pencarian di media sosial. Tentera zionis tanpa berlengah melancarkan misi pencarian bertajuk 'Operasi Penjaga Saudara'.

Lebih dari 2100 bangunan di Tebing Barat digeledah. Sebanyak 566 warga Palestin ditahan tanpa alasan yang jelas. Pencarian juga berlangsung secara kekerasan. Menurut CNN pada 30 Jun 2014, 6 pemuda Palestin mati ditembak tentera Zionis sejak pencarian itu bermula. Dan setakat sudah 27 rakyat Palestin mati syahid. Ini adalah hukuman kolektif dari Israel untuk Palestin.

Dua orang warga Hebron jadi mangsa, iaitu Marwan Qawasmeh dan Amer Abu Aisha. Rumah mereka dibakar pada Isnin malam oleh Angkatan Bersenjata Israel, seperti dilaporkan laman Deutche Welle (DW).

Perkampungan Halhul, tempat mayat-mayat pemuda itu ditemui dijaga ketat. Sementara itu, jet Israel menjatuhkan bom-bom di Gaza, di hari-hari pertama bulan suci Ramadan. Netanyahu menuding Hamas sebagai punca disebalik kematian tiga pemuda tersebut. Dia bersumpah akan menuntut balas pada Hamas yang disebutnya "binatang liar".

Tidak ada bukti kuat yang menunjukkan bahawa Hamas yang telah melakukan hal tersebut. Hamas sendiri telah membantah tuduhan terlibat dalam penculikan tersebut. Namun jika memang Israel ingin "menjual", Hamas siap "membeli."

"Jika Netanyahu ingin berperang di Gaza. Maka gerbang neraka akan terbuka untuknya," ujar Hamas.

Kematian 3 pemuda ini memicu komentar dari para pemimpin Barat, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, contohnya. Dia mengaku tidak dapat membayangkan kesedihan yang dialami ahli keluarga para pemuda itu. Tidak lupa Obama mengutuk pelakunya yang disebutnya pengganas.

"Amerika Syarikat mengutuk dengan keras tindakan keganasan terhadap pemuda tidak berdosa ini. Saya menawarkan dokongan untuk Israel dan pihak berkuasa Palestin untuk mencari pelaku kejahatan ini dan membawa mereka ke pengadilan," kata Obama.




1500 Kanak-Kanak Palestin Maut

Tiga pemuda tewas, Israel dan sekutunya seluruhnya berduka. Dunia marah. Tetapi di mana mereka saat 1500 kanak-kanak Palestin maut dibunuh Zionis? Kanak-kanak ini meregang nyawa di tangan orang-orang yang kini berteriak menentang 'teroris Zionis' itu.

Angka ribuan kanak-kanak yang tewas itu berdasarkan data organisasi Remember These Children sejak September 2000 hingga 2014. Data ini belum termasuk kanak-kanak Palestin yang gugur ketika serangan ke Gaza antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. B'Tselem, kelompok aktivis HAM untuk Israel menyebut sekurang-kurangnya 318 anak Gaza tewas pada serangan ini, namun diduga jumlahnya lebih banyak.


"Majoriti kanak-kanak Palestin ini terbunuh atau cedera ketika melakukan aktiviti harian, seperti sekolah, bermain, belanja, atau di dalam rumah. 64 peratus  kanak-kanak ini terbunuh pada 6 bulan pertama tahun 2003 akibat serangan udara dan darat Israel, atau dari tembakan tentera Israel yang tidak pandang bulu," kata Catherine Cook, salah satu aktivis Remember These Children.

Anehnya, penderitaan ribuan anak-anak Palestin ini seperti tenggelam dan tidak diendahkan media besar dunia. Laman web Intifada tahun 2002 lalu menuliskan, jika ada satu sahaja warga Israel yang terbunuh oleh serangan Palestin, maka stesen  televisyen di seluruh dunia langsung menyiarkan "breaking news". 

Berita itu menampilkan rakaman lokasi penyerangan, ditambah wawancara warga Israel yang ketakutan atau reaksi marah pemimpin mereka. Besoknya, komentar pedas datang dari PBB dan dari kebanyakan negara-negara Barat.

"Sebaliknya, pembunuhan warga  Palestin yang berpanjangan, kebanyakan mereka adalah kanak-kanak, oleh tentera Israel (yang secara terang-terangan) sebahagian besarnya tidak dilaporkan dan diabaikan. Dengan terus menekankan penderitaan Israel, dan mengabaikan pembunuhan rakyat Palestin, media telah memberikan kesan yang salah," tulis Electronic Intifada.


Sekarang, penduduk di Hebron, Tebing Barat, sedang berada dalam ketakutan akibat serangan balas dari Israel. Diberitakan DW.de, mereka kini bersiap untuk yang terburuk. Kereta-kereta mereka masukkan ke dalam garaj, anak-anak dan wanita dilarang ke luar rumah. 


#PrayForPalestine
#DoaUntukGaza


sumber: http://www.atjehcyber.net


Comments

  1. Dayusnya pemimpin negara yg kononya Islam seperti umno celaka haramjadah!! Lemahnya negara2 Islam utk bangkit menyatakan sokongan d Palestin pun kita tak mampu apatah utk berperang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn tunding jari kt org len cermin cket diri tu..nk jd ketue klas pon dok lepas ni nk jd pemimpin negare..bntu pon idok mulut je byk ckp

      Delete
  2. anonymous 11:25pm

    apehal pulak kait dgn umno ni, pastu sikit2 mencarut...patut muhasabah dulu diri kau dulu tu, kalau yg ni pun tak boleh buat jgn mimpi nak pi berjihad/berperang

    ReplyDelete
  3. Israel memang sengaja menyerang dan membunuh kanak2 agar mereka tidak membesar dalam menentang mereka.. pergilah wahai anak2 kecil ke Syurga Allah.. doakanlah dr sana kesejahteraan Palestin.. saya akan sentiasa doakan agar suatu hari palestin kembali aman.. #paryforgaza

    ReplyDelete
  4. Kita sebagai umat Islam seharusnya bangkit untuk bersatu bukannya hanya tahu menunding jari sahaja.

    ReplyDelete
  5. Bukan salah umno ke pas ke tpi salah kite sbab x nak brsatu klu satu pihak hnya menyalahkan pihak yg lain tnpa memikirkan solusi yg perlu dibuat mcm sampah yg ade kat tepi jln

    ReplyDelete
  6. sungguh ironi sekali,, semoga alloh menyadarkan mereka,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.