Skip to main content

Petua-Petua Dapur Yang Menarik Untuk Dipraktikkan






Minyak menggoreng boleh hilangkan ketuat
Jika minyak menggoreng anda sudah terlalu hitam, jangan di buang. Gunakan ia untuk menghilangkan ketuat. Caranya sapu minyak tersebut pada ketuat dan ulangi langkah tersebut 3-4 kali sehari sehingga ketuat itu hilang.



Rangupkan cucur
Bagi penggemar cucur udang, ikan bilis, jagung mahupun pisang, mungkin tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini panas panas. Tambah tambah lagi dengan kerangupannya. Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng.


Bawang goreng tahan lebih lama
Untuk mendapatkan bawang goreng yang tahan lebih lama, mula-mula rendamkan bawang yang telah dimayang di dalam air garam selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Gorengkan bawang tersebut di atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan-kannya di dalam bekas kedap udara. Insya-Allah bawang goreng akan tahan lebih lama dan tidak mudah lemau.


Tangan berbau hanyir
Selepas menyiang ikan, tangan biasanya akan berbau hanyir dan akan membuat anda rasa tidak selesa. Untuk menghilangkan bau hanyir yang tidak menyenangkan ini, cuba lumurkan sedikit halia yang ditumbuk pada tangan anda. Insya-Allah bau hanyir akan hilang.


Menggoreng ikan gelama masin
Jika kita menggoreng ikan gelama masin kadang kala kepalanya akan terpisah dari badan atau lebih teruk lagi hancur terus apabila diterbalikkan dan diangkat setelah masak. Tapi kalau anda inginkan ikan gelama masin yang tergoreng cantik terutamanya untuk dihidangkan pada tetamu, bolehlah mencuba petua berikut. Mula-mula bersihkan seperti biasa. Kemudian ambil sedikit tepung gandum. Tabur atau lumurkannya pada bahagian ekor ikan. Selepas itu gorengkannya. Pasti ikan akan kelihatan cantik kekuningan. Selamat mencuba!


Elakkan mata berair kerana bawang
Rendam bawang dalam bekas berisi air, anda boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.


Limau nipis segarkan taugeh
Umum mengetahui bahawa sayur taugeh tidak tahan lama untuk disimpan. Namun jika anda hendak menyimpan lebihan taugeh yang tidak habis digunakan, bolehlah mengikut petua ini. Caranya masukkan taugeh tersebut kedalam bekas berisi air kemudian perahkan limau nipis ke dalam bekas taugeh tersebut. Gaulkan dengan sebati dan sayur taugeh anda akan tahan lebih lama dari biasa.


Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.


Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.


Menghalau nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.


Melancarkan laci yang tersekat
Jika laci almari atau meja anda tersekat-sekat dan sukar ditolak-tarik, ambil lilin dan gosokkan pada bahagian tepi-bawah laci anda. atau jika laci anda menggunakan rel di bahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian itu, selepas itu pasang kembali laci anda dan sorong tarik beberapa kali dan lihatlah hasilnya. Laci anda pasti akan lebih lancar.


Jam tangan dimasuki air
Beras banyak kegunaannya termasuklah mengatasi masalah jam tangan yang di masuki air. Caranya letak jam tangan di dalam beras semalaman. Keesokannya jam tangan tidak berair lagi.


Hilangkan kesan gincu
Untuk hilangkan kesan gincu pada pakaian atau tudung anda, tidak perlu menyental terlalu kuat. Ambil sedikit syampu dan gosok pada bahagian tersebut. Syampu juga lembut pada tempat yang terkena bahan kotoran lain. Bilas seperti biasa.


Tajamkan gunting
Gunting daun sirih satu persatu. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula.


Petua mencabut gigi sendiri
Ambil tempurung kelapa yang masih basah dan letakkan di atas cawan. Letakkan bara api di atas tempurung dan biarkan sehingga keluar minyak tempurung yang menitis kedalam cawan. celupkan kapas kedalam minyak tersebut dan letakkan kedalam gigi dan dititik ke gigi tersebut.


sumber: familiazam.com


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.