Skip to main content

Perkampungan Paling Tinggi (Juga Paling Ekstrim) di Dunia






Perkampungan unik ini terletak di Spiti, Himachal Pradesh, India dan berada pada ketinggian 4200 meter di atas permukaan laut.  


Kibber dapat dicapai dengan menggunakan bas dari lokasi terdekat di Kaza atau dengan menyewa jeep. Perkampungan ini terkenal sebagai lokasi ekspedisi trekking dengan pemandangan-pemandangannya yang menakjubkan.

Di sini juga dapat dijumpai Biara Buddhist Ki di puncak Kibber. Bangunan spektakuler ini mempunyai roda besar berukir untuk peribadatan dan juga sejumlah lukisan-lukisan di dinding. Yang mengejutkan, tempat yang dikeramatkan di sini ternyata adalah tempat di mana guru dari Dalai Lama yang sekarang tinggal pada tahun 1980-an. Di sini juga dapat dijumpai bendera-bendera yang berkibar di atas biara dan piramid-piramid kecil yang disusun bersama tanduk-tanduk biri-biri.










sumber: http://absoluterevo.wordpress.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.