Skip to main content

Ada Apa Dengan Garam? Fakta-Fakta Yang Ramai Orang Tak Tahu





Garam menjadi sebahagian barangan keperluan penting dalam kehidupan manusia, bukan sahaja dalam kehidupan moden kita pada hari ini, malah di sepanjang peradaban manusia sejak dahulu lagi. Berikut beberapa fakta menarik tentang garam.


1. Sehingga abad ke-20, garam masih digunakan di Abyssinia (sekarang disebut Ethiopia) sebagai alat pembayaran atau mata wang.

2. Pada abad pertengahan, garam sangat mahal harganya, sehingga disebut sebagai “emas putih”. Di Jerman masih terdapat laluan yang dipakai sebagai jalur transportasi garam antara Pantai Baltik hingga kota pedalaman di Luneberg.


3. Begitu mahalnya harga garam, pada awal 1800-an harganya 4 kali lebih mahal dari daging lembu.


4. Garam ada yang berwarna hitam. Penghasilannya hanya terdapat di India, caranya dengan mencampurkan garam dengan biji Harad. Saat campuran tersebut menguap akan meninggalkan gumpalan garam berwarna hitam.


5. Salar de Uyuni, Bolivia, adalah padang garam terbesar di dunia seluas 4000 mil persegi. Bila ada lapisan tipis air di atasnya, maka padang garam tersebut tampak seperti cermin yang sangat besar. Padang garam ini juga membekal lithium, separuh dari keperluan dunia.


6. Tahukah anda garam sangat penting bagi tubuh manusia? Jika pengambilan  garam dalam tubuh terlampau sedikit, boleh menyebabkan Hiponatremia yang mendatangkan kematian.

7. Namun, pengambilan terlalu banyak garam pun dapat mematikan. Perbandingannya seperti berikut: 1 gram garam untuk satu kilogram berat badan. Contoh, jika berat anda ialah 70 Kg, maka memakan 70 gram garam akan membunuhmu. Anehnya, kaum bangsawan di China sempat menggunakan garam sebagai bahagian dari ritual bunuh diri.

8. Ada kesalahfahaman yang sangat umum tentang tentara Rom yang digaji dengan garam. Sebenarnya mereka dibayar dengan wang normal. Gaji  mengacu pada kata latin: salarium. Hasil gaji inilah yang digunakan para perajurit untuk membeli garam.


source: strano66.blogspot.co

Comments

  1. Alamak adli buat lg,sbln skli bru nk update

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.