Skip to main content

Wanita Ini Mati Akibat Ketagih Minum Coca-Cola





Seorang koroner mengesahkan bahawa punca kematian ibu lapan anak, Natasha Harris, 30 adalah akibat minum terlalu banyak minuman berkarbonat Coca-Cola.


Harris minum sehingga 10 liter air berkarbonat setiap hari, bersamaan lebih dua kali ganda had selamat harian kafein dan hampir satu kilogram gula.

Mendiang meninggal pada pada 25 Februari 2010 akibat serangan jantung. Pasangannya, Christopher Hodgkinson menemuinya dalam keadaan terduduk di atas kerusi tandas, tersandar pada dinding dan mengalami kesukaran bernafas.

Syarikat minuman Coca-Cola terbabit mempertikaikan bahawa kuantiti besar yang diminum setiap hari oleh Harris tidak dapat dibuktikan sebagai punca menyumbang kematiannya.


Namun dalam penemuan dikeluarkan semalam, koroner David Crerar berkata Harris mungkin tidak mati jika dia tidak terlalu bergantung kepada minuman berkarbonat itu.

“Saya mendapati, apabila semua bukti yang diperoleh dipertimbangkan, jika Natasha Harris tidak mengambil kuantiti besar air berkarbonat, agak mustahil dia akan mati seperti sekarang,” katanya.

Hodgkinson berkata, beberapa bulan sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Harris merosot.

“Dia tiada tenaga dan merasa tidak sihat sepanjang masa. Dia akan bangun dan muntah pada waktu pagi,” katanya.

Beliau berkata tabiat minum air berkarbonat pasangannya menjadi satu ketagihan.

“Dia akan marah-marah dan sakit kepala jika tidak minum air berkarbonat dan juga tidak bertenaga,” katanya.

 sumber: berita harian


Comments

  1. wah,,,harus hati-hati tuh...
    jangan terlalu keseringan

    ReplyDelete
  2. Wah wah Saking kecanduan minum air berkarbonat ,jika tidak minum air berkarbonat tidak bertenaga,sakit kepala bahkan marah-marah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.