Skip to main content

Awas Jika Nampak Kertas di Belakang Kereta Anda!





Awas! Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun seterusnya.


Ini kerana, inilah teknik terbaru yang digunakan oleh manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda. Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam:
  1. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya.
  2. Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur.
  3. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. 
  4. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
  5. Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.
  6. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

Berhati-hatilah...Inilah cara baru yang digunakan untuk mencuri kereta.

Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu.

Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca tulisan  ini.

Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini.


p/s: pesanan di atas bukan hanya untuk kaum hawa sahaja, kaum adam pun perlu take care okey...


sumber: http://bm.harakahdaily.net


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.