Skip to main content

Bahagian Jahat (Tompok Hitam) Dalam Otak Manusia





Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.


Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.

Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi.


Penjelasan al-Quran

dalam al-Quran disebut "Nasiyyahtin kazibatin khati'ah" maksudnya "Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah".. Jika benar penemuan ini, ianya adalah 'i'jaz al-quran' yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.

Mungkin itulah hikmahnya pasangan yang baru berkahwin, dalam Islam disunnahkan si suami untuk menyentuh ubun - ubun isteri dan membaca doa, dan jangan lupa baca doa sebelum bersama supaya syaitan tidak ikut bersama dalam aktiviti tersebut, dan anak yang bakal lahir suci dan bebas dari unsur-unsur kejahatan syaitan, indahnya Islam, apabila semakin dikaji maka di situlah dapat ditemui hikmah - hikmah larangan dan tegahan dalam Islam.


sumber: sinar harian


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.