Skip to main content

Sanggup Tukar Jantina Untuk Jadi Seperti Britney Spears






Seorang lelaki yang terlalu meminati Britney Spears sanggup menjalani pembedahan menukar jantina bagi membolehkan impiannya kelihatan seperti penyanyi itu benar-benar menjadi kenyataan.


Kara Hays setakat ini membelanjakan lebih STG60,000 (RM 295,000) untuk mengubah jantina serta menanam implan buah dada. Dia sebelum ini dikenali dengan nama Kody.

Hasil pembedahan dijalaninya, Kara kini memiliki rambut panjang perang yang hampir menyerupai penyanyi pop era 1990-an itu.

Kata Kara, apabila dia nekad menukar jantina dia bebas memilih imej yang ingin ditonjolkan pada dirinya.

“Apabila kamu berasa seperti seorang budak perempuan dalam tubuh budak lelaki, kamu cuba menjadi perempuan yang sebenar. Saya melihat Britney sebagai wanita yang kuat dan semua orang mahu berpacaran dengannya,” katanya.

Kara berkata, dia memberi perhatian kepada Britney dan Christina Aguilera sebagai inspirasi kerana kedua-duanya adalah bintang yang mencipta nama ketika dia di zaman remaja.

“Pada ketika itu, mereka menjadi perhatian remaja,” katanya.

Keadaan sama dihadapi golongan remaja hari ini yang memandang Lady Gaga dan Katy Perry sebagai idola. Ketika memutuskan untuk menjadi perempuan dulu, kata Kara, dia berfikir imej yang ingin ditampilkannya.


Namun, kata Kara, bukan faktor populariti saja mendorong dia meniru Britney. Kara berkata, dia pernah mengalami tekanan emosi ketika Britney berdepan dugaan dalam hidupnya.

“Malah ketika Britney mencukur kepalanya menjadi botak, saya turut melakukan perkara sama,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Kara berkata, perasaannya terganggu pada satu hari dan secara bersahaja pergi ke kedai gunting rambut. Katanya, dia terus meminta pekerja di situ menjadikan kepalanya botak.

“Saya berfikir jika Britney memiliki kekuatan untuk melakukannya, saja juga mempunyai kemampuan sama,” katanya.

Walaupun orang ramai menganggap tindakan itu keterlaluan, katanya, Kara tetap berasa seperti “dibebaskan” daripada segala masalahnya.

Mengenai penampilan barunya, Kara berkata, ia akhirnya membawa kegembiraan selepas bertahun-tahun berasa tertekan.

Ketika berusia 12 tahun, Kara mengejutkan rakan sekelasnya ketika hadir di majlis tari-menari sempena Halloween dengan pakaian ketat seperti dipakai Britney dalam klip video Oops I Did It Again. Kelakuannya ketika itu juga mencetuskan rasa marah di kalangan masyarakat konservatif di bandar di Ohio, AS.

Pada usia 15 tahun, ibu bapanya membenarkan dia bertemu doktor dan disahkan mengalami kecelaruan jantina. Pada 1999, dia mula mengambil hormon wanita. Selama beberapa tahun, payu dara Kody semakin membesar dan dia mula memakai pakaian wanita dengan lebih bebas. Dia juga mula menggunakan nama Kara.

Pada 2002, Kara menjalani pembedahan selama 14 jam bagi menukar jantina dan memasukkan implan pada dadanya.

Setakat ini Kara membelanjakan hampir RM300,000 untuk mewarnakan rambutnya menjadi perang serta merapi dirinya sebagai “wanita sempurna.” Menyimpan angan-angan menjadi pelakon, Kara berkata, dia terpaksa mematuhi peraturan dan kod pakaian seperti wanita lain.


“Saya berasa seperti terlalu diperhatikan dan sama sekali tidak boleh terbabit dalam sebarang skandal kerana diri saya ini sendiri satu skandal,” katanya.

Pada masa sama, kata Kara, dia berasa seperti melalui proses akil baligh sekali lagi.

Tidak lama selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, Kara mula cuba minum arak dan mengambil dadah, sebelum berpindah ke Los Angeles dalam usahanya mencapai impian sebagai pelakon.

Di situ, dia mula disangka Britney dan menimbulkan kekeliruan di kalangan paparazzi.

Kara akhirnya berpindah ke New York untuk mengikuti kursus seni drama selama setahun dan menamatkan pengajian itu tahun lalu. Kini, dia sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang perhubungan awam.

Lagi gambar-gambar menarik:

 Kara ketika kecil bersama ayahnya

 Kara ketika berumur 12 tahun (masih lelaki)


 Kara ketika berumur 13 tahun (masih lelaki)


 Penampilan Kara ketika di sekolah tinggi menggemparkan ramai pihak.


 Gambar terkini Kara sesudah menukar jantinanya


sumber:harian metro, dailymail.co.uk



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.