Skip to main content

Graduan Tertua di Dunia Terima Ijazah Pada Usia 97 Tahun






Seorang pesara doktor gigi warga Australia berusia 97 tahun menerima ijazah sarjana Sains Klinikal semalam dan disifatkan Universiti Southern Cross sebagai graduan tertua di dunia.


Allan Stewart yang dilahirkan pada 7 Mac 1915 adalah pemegang gelaran graduan tertua Rekod Dunia Guinness selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana undang-undang pada 2006 pada usia 91 tahun. Tidak dapat dipastikan sama ada ada individu lebih tua yang menjadi graduan sejak itu.

“Saya rasa saya boleh menggantung topi siswazah dan jubah akademik selepas ini - walaupun saya berkata demikian selepas mendapat ijazah terakhir dan kemudian saya rasa bosan,” kata Stewart dari Port Stephens di utara Sydney selepas majlis konvokesyennya.

“Saya punya banyak masa terluang kini dan saya suka pemikiran saya terus aktif,” katanya.



Sarjana Sains Klinikal itu adalah ijazah keempat datuk itu yang mula belajar di universiti pada 1930 dengan ijazah pergigian. Selepas karier yang panjang sebagai doktor gigi, di mana dia menjadi doktor bedah pergigian selepas menamatkan pengajian keduanya, Stewart memutuskan untuk belajar udang-undang pada usia 80-an bagi membantu fikirannya kekal aktif.

sumber: harian metro

Comments

  1. ilmu itu sangat penting saya salut dengan kakek ini meskipun sudah tua tapi masih mau belajar tidak malu dengan umurnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.